Posts

Showing posts from November, 2022

RAISA TAWAN HATI PEMINAT MALAYSIA

Image
  Hitman Solutions, antara penganjur acara terkemuka Malaysia sekali lagi berjaya menghiburkan sekitar 2,500 orang peminat diva dari Indonesia, ratu pop dan R&B masakini, Raisa dalam sebuah konsert memukau penuh pesona, ‘Raisa Live In Malaysia’ pada malam semalam bertempat di dewan serba moden, Zepp KL. Menurut Encik Rohit Rampal, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) & Pengasas Hitman Solutions, “Saya amat bersyukur kerana segalanya telah berjalan dengan lancar seperti yang direncanakan, terima kasih kepada hampir 2,500 peminat yang hadir memenuhi ruang konsert bagi menonton persembahan perdana berskala konsert artis termasyhur Indonesia di Malaysia       iaitu Raisa. “Rata-rata pembeli tiket konsert mengatakan mereka amat berpuas hati dapat menyaksikan bintang kesayangan mereka membuat persembahan secara ‘live’ dan terpesona oleh kebolehan Raisa berinteraksi dengan penonton secara baik sekali ibarat seorang ‘story-teller’ menceritakan maksud setiap karya yang dinyanyikann

Andry Darwisy harap magis Rela Aku Rela

Image
  Nama-nama seperti Hady Mirza, Taufik Batisah, Aliff Aziz, Sufi Rashid antara penyanyi kelahiran Singapura yang berjaya mencuri hati peminat di Malaysia. Malah, kerjaya seni dan karya mereka juga mekar hingga kini. Terbaharu, bintang muda yang menggunakan nama pentas Andry Darwisy bakal mengikut jejak langkah seniornya dalam bidang nyanyian itu sekali gus memperkenalkan namanya ke persada muzik tanah air. Andry Darwisy yang dicungkil bakatnya menerusi program Youth Got Talent pada 2012 terus mengorak langkah dalam industri hiburan Singapura apabila kini bernaung di bawah syarikat Boss Production selepas menjadi juara pertandingan Who’s The Boss Singing Competition yang diadakan tahun lalu. Bertitik tolak dari pertandingan itu, kelebihan dan bakat nyanyian dimiliki Andry melayakkan dia untuk muncul dengan single sulung, Rela Aku Rela yang sudah dilancarkan secara rasmi di semua platform muzik digital sejak 27 Oktober. Andry berkata, lagu ciptaan Wanz Baronz itu diharap dapat mencipta m

Retak Aqeesh Aleeya Jadi Lagu OST Drama Bersiri Terbaru, ‘Rindu Kasih’

Image
  Pembabitannya dalam industri hiburan tanah air bermula ketika menyertai pertandingan ‘Bintang Kecil 2013’ ketika baru berumur 9 tahun. Selepas itu, rezeki Aqeesh Aleeya atau nama sebenarnya Nur Balqis Aleeya Shahrom lebih pada bidang pengacaraan dan lakonan. Selepas menjuarai pertandingan bakat dalam talian ‘Bakat Ohsem Malaysia (BOM) 2017’ anjuran hurr.tv ketika berusia 13 tahun, Aqeesh Aleeya telah mengeluarkan single sulung beliau berjudul “Aku Malu” ciptaan DJ Fuzz dan Hez Hazmi.  Pada bulan Mei tahun ini, Aqeesh Aleeya mengeluarkan single ke-2 beliau berjudul, “Kau Ada”, sebuah lagu duet bersama Momo, salah seorang anggota kumpulan Unknown yang popular dengan lagu “Jangan Marah (Baby Sayang)”. Pada bulan Ogos tahun ini, di bawah bimbingan Akim Ahmad, Aqeesh Aleeya berjaya mara hingga minggu ke-6 program nyanyian realiti baru, ‘Terpaling Juara’ yang bersiaran di TV3.  Melihatkan bakat dan kualiti vokal dimiliki anak kelahiran Selangor ini, Aqeesh Aleeya yang kini berumur 18 tahun

30 LAGU LAYAK KE SEPARUH AKHIR MUZIK-MUZIK 37

Image
Program variasi yang memaparkan carta mingguan lagu paling popular di Malaysia, Muzik Muzik kini telah memasuki musim ke-37. Debaran untuk mengetahui 30 buah lagu yang berjaya mara ke pusingan separuh akhir menjadi teka-teki dalam kalangan pengkarya muzik dan peminat-peminat di tanah air. Hari ini, sidang media Separuh Akhir Muzik Muzik 37 telah berlangsung untuk mengumumkan senarai penuh 30 buah lagu menerusi persembahan istimewa oleh naib juara Terpaling Juara, Aqmal dan juga finalis Terpaling Juara iaitu Shaz dan Aqeesh di Nero Event Space, Petaling Jaya Performing Arts Centre. Separuh Akhir Muzik Muzik 37 akan dikendalikan oleh Muaz Mohamed dan Izzue Islam, bersiaran secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral pada 25 November 2022 (pukul 3.00 petang - 6.00 petang) dan 26 November 2022 (pukul 3.00 petang - 5.30 petang) di TV3 dan strim HD secara langsung di www.tonton.com.my Episod pertama separuh akhir Muzik Muzik akan membawakan tema genre muzik Rock & R

YHB SLEEPSALOT DEDIKASI HORMAT KEPADA KUALA LUMPUR DENGAN SINGLE BAHARU, ‘TUKAR CURRENCY’

Image
  Bintang   rap   Singapura,   YHB   Sleepsalot kembali tampil dengan single baharu berjudul Tukar Currency yang kini sudah berada di semua platform digital menerusi Universal Music. Tukar Currency adalah lagu pertama tahun ini keluaran bakat baharu cukup menyinar itu selepas menutup tahun 2021 dengan karya romantiknya Jatuh Boi tahun lalu.Sejak sempadan negara dibuka beberapa tahun lalu, warga Singapura berpeluang untuk mengubat kerinduan menjejak tanah   Malaysia, dan sebaliknya. Ia turut dirasakan   YHB Sleepsalot yang tidak bertangguh ke Kuala Lumpur (KL) pada Mac lalu di mana dia dapat bertemu semula dengan sahabat serta rakan artis dalam industri rap.Dalam persiapannya menuju ke sini, tercetus sebuah perasaan yang menurutnya kembali segar dalam diri, lantas ideanya terhasil daripada gambaran betapa terujanya dia dapat melangkau   keluar   dari   Singapura.   “Sewaktu   pergi   menukar   wang,   ia   serta-merta mengembalikan semula kenangan itu,”katanya teringat masa itu. “Rasany

KADOS TARUHAN TERBAHARU ISOBAHTOS

Image
  Kumpulan   hip   hop yang   berasal   daripada Sabah   menggelarkan diri mereka sebagai ISOBAHTOS ini terus optimis dengan muzik yang dibawa. Ia bertepatan   dengan misi mereka bukan saja memperkenalkan bakat yang dimiliki sebagai rapper,mereka juga menonjolkan muzik dan karya dihasilkandaripada kumpulan itu sendiri sebagai komposer serta penulisan lirik.Dianggotai oleh 10 orang anak muda, ISOBAHTOS yang juga dikenali sebagai IsoB, antara lain mahu   membawa,   memartabatkan   dan   mewakili   unsur   seni   budaya   dan   warisan   tradisi masyarakat Borneo melalui muzik mereka dalam industri hiburan tanah air.Anggota ISOBAHTOS terdiri daripada Mohd Azizan Danial Abdullah (A.D); Diji Panis (D&G); Jay Adner   James   (ghidd);   Ian   Josue Jaideh   (IAN J.);   Oliver   Ordine   (Ibherrrr);   Ramziwazizi   (Ramzi Ali); Quenner Mitchell Pauzi (Quenner M.); Roysten Habirin Lapongan (RODB); Jesper Evans Dumali (RYT) dan Carey Didier Chin Zao Yuan (YERAC).Buktinya,   single   ARJIIBII

IRFAN HARIS ‘NERVOUS’ NAK MELAMAR SIAPA TU?

Image
Pelantun Lagu ‘Bisik’ Yang Viral Di TikTok Tampil Dengan Single Terbaharu Yang Berbeza Dan Lebih Comel! Penyanyi BBNU popular tanah air yang sinonim dengan lagu-lagu balada dan sedang popular dengan lagu ‘Bisik’ yang viral di aplikasi TikTok, Irfan Haris tampil dengan single terbaharu berjudul ‘ Nervous ’ ciptaannya sendiri bersama abang kandung, Haiqal Iskandar serta saudara rapat, Ubaidillah, manakala diterbitkan oleh jenama hiburan paling berpengaruh negara, Rocketfuel Entertainment . Baru-baru ini, Irfan telah memperoleh keputusan cemerlang di dalam pelajarannya dan berita tersebut turut dikongsi di laman Instagram miliknya. “Saya berasa sangat-sangat bersyukur dengan keputusan ini, tiada formula rahsia selain bekerja keras dan komited dengan setiap tugasan yang diberikan. Selain itu, saya juga sentiasa akan pastikan untuk hadir ke setiap kelas dan kebanyakan pensyarah banyak membantu saya,” kongsi Irfan dalam nada gembira. Selain itu, single Bisik yang dilancarkan kira-kira tiga

HARI BAHAGIA ARA JOHARI ‘PASTI TIBA’?

Image
  Pelantun Lagu ‘Sumpahan Salju’ Nyanyikan OST Drama Bersiri 40-Episod ‘Jesnita’ Yang Meruntun Jiwa Penyanyi bersuara hebat, wanita genit namun tangkas, Ara Johari yang berjaya menghiburkan kira-kira 200 orang penonton di Nero Event Space, PJ, ketika ‘showcase’ A Night With Ara Johari tempoh hari kembali lagi memeriahkan persada muzik negara dengan single terbaharunya berjudul ‘ Pasti Tiba ’ hasil ciptaan komposer ternama, Sharon Paul serta penulis lirik terkenal, Fedtri Yahya, dan diterbitkan oleh jenama ulung hiburan tanah air yang tidak asing lagi, Rocketfuel Entertainment untuk drama bersiri 40-episod bertajuk ‘Jesnita’ yang bakal ditayangkan mulai 7 November 2022 di saluran Astro Prima. “Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat peminat yang hadir ketika ‘showcase’ A Night With Ara Johari tempoh hari dengan memberikan respon yang sangat positif termasuk rakan artis yang turut serta memberikan sokongan. “Selain itu, ramai juga yang turut mendoakan kesihatan