KADOS TARUHAN TERBAHARU ISOBAHTOS

 


Kumpulan  hip  hop yang  berasal  daripada Sabah  menggelarkan diri mereka sebagai ISOBAHTOS ini terus optimis dengan muzik yang dibawa. Ia bertepatan  dengan misi mereka bukan saja memperkenalkan bakat yang dimiliki sebagai rapper,mereka juga menonjolkan muzik dan karya dihasilkandaripada kumpulan itu sendiri sebagai komposer serta penulisan lirik.Dianggotai oleh 10 orang anak muda, ISOBAHTOS yang juga dikenali sebagai IsoB, antara lain mahu  membawa,  memartabatkan  dan  mewakili  unsur  seni  budaya  dan  warisan  tradisi masyarakat Borneo melalui muzik mereka dalam industri hiburan tanah air.Anggota ISOBAHTOS terdiri daripada Mohd Azizan Danial Abdullah (A.D); Diji Panis (D&G); Jay Adner  James  (ghidd);  Ian  Josue Jaideh  (IAN J.);  Oliver  Ordine  (Ibherrrr);  Ramziwazizi  (Ramzi Ali); Quenner Mitchell Pauzi (Quenner M.); Roysten Habirin Lapongan (RODB); Jesper Evans Dumali (RYT) dan Carey Didier Chin Zao Yuan (YERAC).Buktinya,  single  ARJIIBII  (RGB)  yang  dilancarkan  secara  rasmi  pada  8  April  lalu  di  saluran YouTube ISOBAHTOS berjaya memperkenalkan merekadi persada seni.Tanpa menunggu lama, ISOBAHTOS akan melancarkan lagu bertajuk KADOSyang juga hasil ciptaan sepenuhnyadaripadamereka danIsoMeds Studio. Selain itu, mereka juga bertindak selaku penggubah dan penerbit bagi lagu ini.

SIARAN MEDIAMenurut RODB, KADOSadalah buah tangan  terbaharu mereka yang disifatkan hadiah  buat semua peminat mereka.“Lagu iniadalahhadiah  daripada kami kepada pendengar muzik ISOBAHTOS. Tajuk KADOSberasal daripada bahasa Indonesia ‘Kado’yang membawa maksud hadiah. Hadiah dalam lagu ini  merujuk  kepada  kebebasan  atau  kepuasan  dalam  diri  selepasmencapai  sesuatu  yang diidamkan atau diingini,” katanya.Apa yang pasti, lagu KADOSini bertemakan komedi gelap dengan unsur-unsur konsep fiksyen sains atau ‘sci-fi’ selain disesuaikan dengan jalan cerita video muzik lagu itu.“Cerita  lagu  ini  bermula  dengan  suasana  malam  sambil  berada  di  sebuah  landskap  tropikal diterangi  oleh  cahaya  bulan.  Sekumpulan  kawan  boleh  dilihat  berada  di  lokasi  itu.  Latar belakang sekumpulan kawan ini terdapat sebuah bas terbiar yang dan petanda 'radioactive'. Secara tidak langsung, bas terbiar itu dihidupkan dengan lampu warna warni dihias dalam bas itudan boleh dilihat satu konsol serupa dengan konsol sebuah kapal angkasa.“Begitu juga dengan video muzik yang mana ia diteruskan dengan sekumpulan kawan ini yang membuat perbuatan rawak, seperti bermain bola memakai sut angkasawan dan perkara lain yang janggal.“Selepas  itu,  salah  satu  anggota  kumpulan  sekawan  ini  mula  terapung  di  udara  dan  secara tiba-tiba terdapat  perubahan  tona  dalam  muzik  video  ini.  Rupanya,  sekumpulan  kawan  ini terdedah    dengan   keracunan    radiasi   dan   mengalami   kemerosotan   mental.   Mereka sebenarnya berada di sebuah institusi hospital sakit mental dan sedang berkhayal mengenai semua aktiviti yang mereka lalui selama ini.

SIARAN MEDIA“Pendek kata, maksud KADOSdi sini adalah memori khayalan yang kami alami bersama-sama adalahhadiahyang menggembirakan diri kami masing-masing walaupun itu semua hanyalah mainan minda semata-mata,” katanya.Berkongsi mengenai proses penulisan lagu, RamziAli berkata, pada mulanya ia hanya sekadar satu sesi bebas ketika masih berada di dalam fasa pandemik.“Lagu ni tercipta hanya sebagai hiburan dalam kalangan ahli IsoB sendiri ketika bosan semasa musim  PKP.  Setelah  hampir tiga tahun,  barulah  lagu  ini  diproses  semula  dan  dirakamkan.Penulisan lirik dilakukan sepenuhnya oleh ISOBAHTOS sendiriyang mana kami bersama-sama ‘cross-check’ atau semak lirik masing-masing semasa proses penulisan lagu,” katanya.Menurut Ghidd, proses rakaman lagu KADOScukup mematangkan mereka.“Proses rakaman lagu berjalan lancar dan hanya memakan masa tigahari bagi proses rakaman suara selesai.Bagi proses rakaman video muzik KADOSpula ia mengambil masa yang singkat dan  padat.Rakaman  mengambil  masa  selama  dua  hari  dan  dijalankan  di  dua  daerah  yang berlainan, iaitu Kudat dan Kota Kinabalu,” katanya.Berkongsi  pengalaman bekerjasama  dengan  semua  yang  terbabit  dalam  menjayakan  lagu KADOS, IAN J dan Ibherrrr berkata, ia satu pengalaman yang amat bermakna buat IsoBdan menarik.“Kru produksi daripada Huntwo Studios pun sangat ‘sporting’, banyak memberi semangat dan haluan  kreatif  untuk  menambahbaik  idea  sedia  ada.  Mereka  juga  memberikan  kerjasama yang amat baik, serta berfikiran terbuka dengan idea daripada anggotaIsoB.

SIARAN MEDIA“Selepasbeberapa kali bekerjasama, kami berasa amat selesa untuk bekerja bersama Huntwo Studio.Kerjasama  diantarasemua  anggota  kumpulan  kamijuga  bertambah  baik.Masing-masing semakin arif dengan tugas diberikansemasa bekerja,” katanya.Bagaimanapun,  RYT  dan  Quenner  M  mengakui  mereka  tetap  berdepan  cabaran  ketika menghasilkan lagu dan MV KADOSini.“Bagi  lagu,  kami  mencari  masa  yang  sesuai  untuk  proses  rakaman.Oleh  kerana  masing-masing dalam kalangan kami mempunyai kerja hakiki yang lain. Jadual masa itu agak berbeza-beza dan agak menjadi masalah untuk mencari masa yang sesuai untuk merakamkan lagu.“Lirik  dan ‘flow’ juga  berubah  beberapa  kali  kerana  rasa  tidak  berpuas  hati  dari  segi kualiti yang terhasil.Oleh kerana kami ingin lagu ini menjadi komersial, kami cuba untuk buat lirik itu  mudah  difahami,  dan  elak  penggunaan  slang atau  loghat  Sabah  yang  mungkin  tidak difahami  oleh  orang  luar.  Dari  segi  penulisan  lirikdan  melodi,  kami  tidak  menekankan  skiltetapi lebih kepada lagu santai.“Bagi penggambaran video muzik pula, jadual ‘shooting’yang padat adalahcabaran terbesar kami.Faktor  masauntuk  kesemua anggota  kumpulanberkumpul  juga  menjadi  salah  satu cabaran.Ada yang tidak tidur semasa proses rakaman MV kerana membanturakanyang lain.Ada yang jatuh sakit kerana kurang rehat.“Selain  itu, kostum yang  dipakai  juga  agak  mencabar.Banyakkali  juga  berlaku ‘wardrobe’ tidak berfungsi dengan baikketika penggambaran dijalankan. Malah, ada anggota IsoB yang terkena renjatan elektrik,” katanya.Bagi A.D dan YERAC, mereka berharap agar pendengar musik ISOBAHTOS dapat memahami apa   yang   ingin   disampaikan   melalui   lagu   ini selain dapat   menerima   lagu   ini   untuk menghiburkan hari-hari mereka.

SIARAN MEDIAKADOS bakal dilancarkan di semua pelantar penstriman digital seperti Spotify, Apple Music, Joox,  KKBOX,  Deezer  dan  YouTube  Music  pada  4  November  2022  jam  12  tengah  malam manakala muzik video rasminya boleh ditonton di saluran YouTube ISOBAHTOS bermula jam 9 malam pada tarikh yang sama

 

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

PEMENTASAN TEATER DI SEBALIK TOPENG KETENGAHKAN ISU KESIHATAN MENTAL