Insomniacks Ingin Menemani Dengan Teman
Nama kumpulan Insomniacks memang sudah tidak asing lagi di dalam dunia muzik Malaysia masa kini. Sejak memasuki industri muzik, lagu-lagu mereka kerap menjadi siulan anak-anak muda tempatan serta tular di pelbagai wadah media sosial. Kini mereka kembali dengan sebuah lagi karya menarik berjudul ‘Teman’. Melodi muzik dan lirik ditulis oleh ahli kumpulan ini sendiri iaitu Iqie, digubah dan dibantu oleh Bajai, penerbit yang tidak asing lagi bersama Insomniacks. “Lagu ini tentang sentiasa berada di sisi orang yang kita sayang. Ia ditulis dengan niat untuk menemani mereka yang sukar tidur di waktu malam,” ujar Iqie “Kami mendapat ilham untuk menulis lagu ini selepas ramai pendengar kami memberitahu bahawa muzik kami sering menemani mereka dalam pelbagai aktiviti, seperti dalam perjalanan ke tempat kerja atau belajar, selain waktu mengulang kaji pelajaran dan juga saat masih terjaga di waktu malam. Kami mahu diskografi kami mengandungi lagu-lagu yang boleh menjadi lagu pengantar