Hotlink mempersembahkan siaran dokumentari autobiografi JoeFlizzow bertajuk ‘This is Johan’ bersama Universal Music Group danViu
untuk mencapai impian mereka walau apapun cabaran yang mereka akan hadapi. Percayalah,
moment 5am inilah yang akan membentuk anda untuk menjadi seorang legenda kelak,”
“Dokumentari ini menawarkan pandangan unik dalam kehidupan seseorang artis yang tidak sahaja
melakarkan impak dalam industri muzik tempatan, tetapi juga perjuangan untuk memperolehi
tempat dalam industri ini. Dokumentari ini mempunyai sesuatu untuk semua para penonton, baiklah peminat hip-hop ataupun seorang yang gemar kisah-kisah tentang daya tahan terhadap cabaran hidup dan kretiviti,” tambah pemuzik rap tersebut. “Kami teruja untuk berkongsi dokumentari ini dengan memberi peluang untuk para penonton untuk menonton kisah perjalanan Joe Flizzow yang menakjubkan serta kemeriahan industri muzik di
Malaysia. Kisah pengalaman Joe sejak permulaan beliau dalam industri muzik ini adalah bukti
daripada ketekunan, titik peluh beliau dan juga keupayaan transformasi hasil seni seperti muzik,”
kata Kim Lim, Pengarah Urusan Universal Music Malaysia.
Bermula hari ini, 29 Februari 2024, dokumentari ‘This is Johan’ akan disiarkan secara khas di laman
penstriman Viu. Para pengguna Hotlink boleh memperolehi kod percuma sebulan Viu Premium
daripada Hotlink app untuk menonton kedua-dua bahagian dokumentari ‘This is Johan’.
Kami Adalah Maxis
Maxis adalah penyedia penyelesaian bersepadu terkemuka di Malaysia, dengan kepakaran penyelesaian
kesalinghubungan dan perkhidmatan digital berkualiti tinggi. Sebagai jenama tempatan Malaysia yang telah
beroperasi lebih daripada 28 tahun, Maxis menggabungkan teknologi terbaik untuk membolehkan rakyat,
perniagaan dan negara Terus Menerajui dalam dunia yang berubah. Kami terus berinovasi melalui produk dan
perkhidmatan kami untuk pengguna dan perusahaan dengan memanfaatkan rangkaian konvergen terkemuka
kami serta salah satu dari rangkaian runcit terluas di Malaysia.
Kami meneruskan pelaburan tempatan dengan memberikan impak positif kepada semua pihak melalui
program kemasyarakatan kami. Ini tertumpu kepada pembelajaran digital untuk kanak-kanak, serta membantu
perkembangan perniagaan kecil, memperkasakan usahawan wanita secara digital dan menyediakan program
biasiswa dan peluang menggilap keupayaan bakat muda Malaysia. Maxis adalah syarikat awam yang tersenarai
di Bursa Malaysia, dengan saham dimiliki oleh lebih 5,400 pemegang saham institusi merangkumi lebih
daripada 23% Pelabur Berkaitan Kerajaan setakat Disember 2023.
Untuk maklumat lanjut mengenai syarikat dan inisiatif kelestarian sila layari www.maxis.com.my.
Comments
Post a Comment