Posts

Showing posts from October, 2022

SYAMEL DALAM ‘BAHAGIA MILIK KITA’

Image
Penyanyi Popular Tanah Air Kembali Dengan Single Romantis Terbaharu Yang Cocok Untuk Hari Bahagia Anda KUALA LUMPUR, 23 Oktober 2022 – Baharu sahaja selesai mengadakan konsert sulung bersama isteri menerusi ‘Konsert Syamel & Ernie Zakri: Aku Cinta’ bertempat di ibu negara, penyanyi lelaki popular bersuara emas tanah air, Syamel kembali dengan single romantis terbaharu berjudul ‘Bahagia Milik Kita’ yang telah dinyanyikannya buat pertama kali ketika berlangsungnya konsert mereka hasil ciptaannya sendiri bersama penyanyi-penulis lagu berpengalaman, Yuka Kharisma, manakala diterbitkan oleh jenama hiburan nombor ‘syatuu’ negara, Rocketfuel Entertainment.     “Pertama sekali, saya dan Ernie ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung yang hadir memberikan sokongan sewaktu konsert sulung kami berdua, serta terima kasih juga kepada pihak pengurusan iaitu Rocketfuel Entertainment yang telah berjaya merealisasikan impian kami,” ucap Syamel. Terakhir, Sya...

DADDYKU GANGSTER

Image
‘Angkat Kisah Seorang Gangster Terpaksa Menjaga Dua Kanak-Kanak’ Boleh dikatakan nashkah yang mengangkat kisah tentang gangstarisme sudah banyak dihasilkan oleh pembikin-pembikin filem tempatan. Bagaimanapun, filem yang bercorak sedemikian masih lagi mendapat tempat dan cukup diminati untuk menarik penonton ke pawagam. Melihat kepada situasi berkenaan, syarikat produksi D’Ayu Pictures Sdn. Bhd. turut tampil dengan sebuah filem aksi komedi berjudul Daddyku Gangster arahan Ismail Bob Hashim. Penerbitnya, Dato Rosmarayu Mokhtar berkata, nashkah filem berkenaan boleh memberikan kepuasan kepada penonton dengan jalan cerita yang cukup menarik. “Idea untuk mencetuskan filem ini timbul apabila melihat kanak-kanak terbiar tidak mempunyai ibu bapa yang meninggal dunia. “Selain itu, saya juga mendapat inspirasi daripada filem Hollywood iaitu Fast And Furios 8, di mana ia turut menerapkan elemen kekeluargaan, meskipun ia sarat dengan aksi,” ujarnya. Beliau berkata, filem terbaru terbit...

Tak Terganti dedikasi Farahdhiya buat arwah ayah tercinta

Image
  Tidak dinafikan lagu Bertakhta Di Hati memberikan impak besar terhadap kerjaya nyanyian penyanyi Farahdhiya. Malah, lagu itu juga dianggap ‘berhantu’ kerana kekal menjadi siulan anak muda hingga kini.   Biarpun Farahdhiya, 38, atau nama sebenarnya Nur Farahdhiya Mohd Amin muncul dengan single baharu, ia dikatakan masih tidak dapat menandingi kehebatan lagu itu. Disebabkan itu juga, peminat sentiasa merindukan karya atau lagu balada yang menyentuh jiwa.   Terbaharu, Farahdhiya atau mesra disapa Farah buat pertama kali sepanjang 18 tahun pembabitannya sebagai penyanyi dan anak seni menghasilkan sendiri lagu, Tak Terganti yang disifatkan cukup dekat di hati.   “Sebenarnya tahun ini ada juga keluar dengan lagu duet dengan penyanyi baharu Korea. Tapi lagu itu bukan bergenre balada, ia tak berapa nak menjadi sebab penyanyi pun balik Korea. Ramai sebenarnya peminat saya yang menunggu dan selalu bertanya bila nak keluar lagu balada macam Bertakhta Di ...

BAIT-BAIT RASA FATIA

Image
  Selepas   berjaya   menjadi   artis   rakaman   pertama   Malaysia   di bawah payung platform hiburan video paling popular masa kini iaitu TikTok, bintang baharu bernama Fatia terus mengorak langkah dengan projeknya yang terkini.Jika dahulu memulakan titik pengenalan dengan lagu Bahasa Inggeris ‘My World Too’ dan versi Bahasa Malaysianya ‘Bebas Jadi Diri Ku’, Fatia kini muncul dengan sebuah lagu baharu berjudul BAIT-BAIT RASA. Lagu yang diterbit, disusun, dicipta dan ditulis oleh komposer berbakat besar nan tersohor Ezra Kong itu   merupakan   sesuatu   yang   jauh   berbeza   dari   segi   konsep   muzik   berbanding   single   sulung   Fatia dahulu.“Lagu ini sangat berbeza dari lagu pertama saya, ‘My World Too’.Bukan saja dari aspek melodi dan tema   yang   lebih   lembut   serta   feminin,   tetapi   juga   dari   gaya   vokal ...

SEARCH TERUSKAN KONSERT DI PULAU PINANG DAN JOHOR BAHRU

Image
  Konsert Search Rockin’ On Rooftop di bumbung Kompleks Campbell, Jalan Dang Wangi, Kuala Lumpur pada 11 Jun lalu diiktiraf sebagai antara konsert terbaik tahun ini.  Lebih sebulan selepas konsert berlangsung, peminat masih memperkatakan mengenai konsert itu terutama dari segi ‘sound’, pemilihan lagu dan pastinya persembahan mantap anggota Search iaitu Denden Gonjalez (penyanyi), Noordin (gitar), Kid (gitar), Yan (bass) dan Minn (dram) serta pemain keyboard undangan, Firdaus.  Noordin mewakili Search berkata, mereka berterima kasih kepada peminat serta media yang memberi komen positif dan ulasan memberangsangkan terhadap konsert terbabit.  “Kebanyakan klip video yang dikongsi di media sosial oleh peminat mendapat jumlah tontonan yang cukup tinggi. Kami amat terharu apabila peminat menobatkan konsert itu sebagai konsert yang paling berpengaruh tahun ini,” katanya.  Perkongsian video itu turut membuatkan peminat yang tidak berkesempatan hadir ketika itu tidak saba...

DATO’ JAMAL ABDILLAH MUNCUL DENGAN SINGLE YANG MEMILIKI

Image
  Figura   hebat   ini   antara   penyanyi   legenda   yang   masih aktif   dalam   berkarya   dan   membuat   persembahan.   Malah,   sambutan   terhadap   dirinya   juga tidak pernah sunyi. Peminatnya juga muncul dari setiap generasi dan zaman.Malah, Dato’ Jamal Abdillah dilihat sebagai penyanyi yang bijak mengatur kerjaya seni agar terus   kekal   relevan.   Selain   muncul   dengan   single   baharu,   kolaborasi   dengan   beberapa penyanyi muda dan popularmasa kini antara pendekatan dibuat.Terbukti   hasilnya   berjaya   apabila   lagu   yang   dirakam   Jamal   bersama   mereka   menjadi   siulan anak muda dan kekal trending hingga kini.Terbaharu, Jamal, 63, muncul dengan single YANG MEMILIKIhasil ciptaan sepenuhnya oleh Khusam dan Zaira Sham yang sudah dilancarkan secara rasmi pada 9 Sep...

Rahmat Mega Terpaling Juara Musin Pertama

Image
Malam tadi menyaksikan Rahmad Mega dinobatkan juara Terpaling Juara sekali gus membawa pulang trofi dan wang tunai RM100,000 pada pentas akhir berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, sebentar tadi. Rahmad yang mempersembahkan lagu Ku Akui dan Dipenjara Janji mendapat markah tertinggi daripada juri tetap Datuk Hattan dan Fauziah Latiff serta juri jemputan Datuk Seri Siti Nurhaliza. Manakala 30 peratus hasil undian penonton. Menurut Rahmad, dia sangat bersyukur dan mendedikasikan kemenangan itu kepada kaptennya Hael Husaini serta peminatnya. “Syukur Allah atas malam cukup bersejarah. Saya berjaya cipta titik baharu untuk saya. Terima kasih juri-juri sedikit sebanyak bantu saya,” katanya. Tempat kedua menjadi milik Aqmal yang menyanyikan lagu Sampai Syurga dan Amaran Mama. Dia membawa pulang hadiah trofi serta wang tunai RM 50,000. Manakala tempat ketiga dimenangi Hazami yang mempersembahkan lagu Joget Angan Tak Sudah dan Luluh, tempat keempat milik Shaz dengan lagu H...

ASTRO ORIGINALS PERSEMBAHKAN DRAMA PREMIUM DIINSPIRASIKAN DARIPADA PERISTIWA YANG BERLAKU DI MALAYSIA, ‘ONE CENT THIEF’

Image
  Astro Originals mempersembahkan sebuah drama premium terbaru, ‘One Cent Thief’ yang diinspirasikan daripada peristiwa sebenar yang pernah menggemparkan Malaysia dan masih diperkatakan sehingga kini, dan kemudian diolah menghasilkan sebuah jalan cerita baru dengan diselitkan nilai komersial untuk tontonan.  One Cent Thief mengisahkan tentang Iman Shah seorang pekerja bank yang terdesak untuk membiayai kos rawatan serta melangsaikan hutang abahnya kepada ceti haram. Dengan menggunakan kepintarannya, dia telah  menggodam sistem Bintang Bank untuk mencuri satu sen dari setiap akaun pelanggan bank dan berjaya mendapatkan jumlah wang yang besar. One Cent Thief membawakan subjek ‘heist’ dan kelainan berbanding naskhah lain adalah ia pertama kali dalam Malaysia mahupun karya luar negara yang membawakan kisah rompakan bernilai 1 sen berbanding kisah yang menumpukan rompakan berlian, jongkong emas, mahupun jutaan wang tunai.   One Cent Thief mempunyai 8 episod, bakal te...

JUITA TAMPIL DENGAN PENDUA

Image
  “Omg!!! First debut is EXCELLENT!! Tak pernah imagine lagu Melayu macam ni level international and yang penting tak cringe!!! Absolutely new song on my playlist! Congrats!”   “Mereka sangat berbakat! Moga pihak pengurusan RnR Ent. dapat konsisten promote mereka ke semua platform dan beri mereka peluang buat live show di mana-mana acara komersial.”   Itu antara komen pengguna laman sosial di saluran YouTube Rhythm & Rhyme Entertainment menerusi video muzik rasmi lagu PENDUA yang dinyanyikan oleh kumpulan wanita baharu yang dikenali sebagai JUITA.   Kemunculan beberapa ‘grup girl’ dalam industri muzik tanah air sejak dua tahun kebelakangan ini memberi petanda dunia hiburan tempatan kembali meriah dan menerima kehadiran mereka.   Terbaharu, kemunculan kumpulan JUITA yang dianggotai empat wanita jelita, Nur Aini Hayati Mustafa (Aini, 25); Khairin Najihah Hisham Muddin (Kyerin, 23); Nurhusnina Haziqah Naharuddin (Nina, 26) dan Nurnajihah Azmi (J...