Skip to main content

BAIT-BAIT RASA FATIA

 


Selepas  berjaya  menjadi  artis  rakaman  pertama  Malaysia  di bawah payung platform hiburan video paling popular masa kini iaitu TikTok, bintang baharu bernama Fatia terus mengorak langkah dengan projeknya yang terkini.Jika dahulu memulakan titik pengenalan dengan lagu Bahasa Inggeris ‘My World Too’ dan versi Bahasa Malaysianya ‘Bebas Jadi Diri Ku’, Fatia kini muncul dengan sebuah lagu baharu berjudul BAIT-BAIT RASA. Lagu yang diterbit, disusun, dicipta dan ditulis oleh komposer berbakat besar nan tersohor Ezra Kong itu  merupakan  sesuatu  yang  jauh  berbeza  dari  segi  konsep  muzik  berbanding  single  sulung  Fatia dahulu.“Lagu ini sangat berbeza dari lagu pertama saya, ‘My World Too’.Bukan saja dari aspek melodi dan tema  yang  lebih  lembut  serta  feminin,  tetapi  juga  dari  gaya  vokal  dan  proses  rakaman.  Saya  teruja menceburi genre muzik yang berlainan dan tidak sabar ingin melihat reaksi peminat setia saya. Saya juga berharap kreativiti ini akan menarik perhatian peminat baharu juga,” ujar Fatia teruja.Sungguhpun BAIT-BAIT   RASA menceritakan   tentang   cinta   yang   tidak   berbalas,   namun   Fatia memberitahu yang dia belum pernah mengalami perasaan tersebut.“Lirik lagu ini menangkap perhatian saya dengan serta-merta  saat  mendengar  demo  yang  dikongsi oleh Ezra. Apatah lagi dalam hidup saya setakat ini saya tidak pernah jatuh cinta. Liriknya seperti ada maksud yang lebih mendalam. Mungkin, ia sebagai satu pengajaran buat saya apabila saya betul-betul menghadapi situasi itu nanti,” tambah FatiaMenurut Fatia semasa memilih lagu ini dirinya telah mendengar banyak demo lagu berbahasa Melayu namun lagu ini yang paling digemari.“Lebih-lebih lagi bila saya ketahui yang ia ditulis oleh Ezra Kong. Saya sangat teruja tetapi pada masa yang sama, segan juga kerana saya sungguh minat karyanya yang lain,” katanya lagi.

SIARAN MEDIAMengenai   proses   rakaman   pula   Fatia   mengakui  bahawa   dia   tidak   ingin   mengecewakan   Ezra. Keseluruhan  proses  rakaman  berjalan  dengan  lancar  dan  sangat  cepat.“Saya masuk studio Ezra beberapakali,  kali  pertama  untuk  mencari  key  yang  terbaik,  dan  kali  kedua  untuk  merakam  vokal. Saya banyak belajar dari Ezra, terutamanya dari segi persembahan vokal dengan penuh emosi serta menggunakan  aspek  suara  yang  berlainan dari  sebelum  ini.  Dia  menggalakkan  saya  untuk  yakin dengan suara saya yang sebenar. Dari pemerhatian saya, dia juga seorang yang sangat baik hati dan sabar, selain sangat profesional,” dihuraikanFatia.Lagu  ini  juga  didatangkan  dengan  sebuah  video  muzikyang  menarik.“Penggambarannya sangat menyeronokkan, malah kali ini lebih romantik dan feminin. Penggambaran video muzik ini agak unik kerana  dirakamkan  1.5  kali  lebih  laju  dari  kelajuan  lagu  yang  sebenar.  Jadi  kelihatan  seperti  saya sedang menyanyi rap namun perlu kekal elegan. Memang lucu pengalamannya,” ujarnya lagi.“Lagu ini menunjukkan sisi saya yang berbeza. Saya telah memberikan jiwa saya dan membukanya dengan sepenuh hati demi pembikinan lagu ini. Saya harap pendengar akan memberi peluang kepadalagu ini dan jatuh cinta dengannya, sama seperti saya,” tutup Fatia tentang harapannya mengenai lagu ini.Lagu BAIT-BAIT  RASAbakal  berada  di  semua  platform  digitalseperti  Spotify,  Apple  Music,  Joox, KKBOX, Deezer dan YouTube Music bermula 14 Oktober 2022 jam 12 tengah malam danmuzik video disaluran YouTube Universal Music Malaysia jam 8 malam pada tarikh yang sama.

 

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT 5 RUKUN GABUNG LIMA ARTIS NASYID TERKEMUKA, KESINAMBUNGAN DARIPADA ALBUM SAHABAT SELAMANYA

  Hiburan dakwah adalah suatu pendekatan yang cukup relevan pada masa kini khususnya untuk golongan muda pada zaman ini yang banyak sekali terdedah dengan hiburan dan muzik dari barat. Ia juga satu medium untuk mendidik akhlak, menerapkan pemahaman tentang ilmu Islam, meningkatkan keimanan dan meningkatkan keinsafan manusia terhadap Allah SWT sebagai Tuhan Yang Menciptakan Alam Semesta ini. Bagi membantu melonjakkan semula kegemilangan irama nasyid agar ia kembali bernafas semula serta mampu mencetuskan fenomena seperti mana yang pernah berlaku pada awal 90-an dahulu, MAC Training Centre Sdn Bhd telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan KONSERT 5 RUKUN yang bakal diadakan di ZEPP, KUALA LUMPUR pada 15 September , bermula 8.30 malam. Bakal berlangsung selama dua jam, konsert ini juga turut mengangkat lima karektor utama yang diraikan di dalam sejarah industri nasyid Malaysia iaitu Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestica dan Daqmie @ Azmi Manap.  Ia juga sebagai satu kesinam