Posts

Showing posts from July, 2021

APAK HARRY KHALIFAH BUAT KELAINAN DALAM SEISHIN

Image
  “Seishin” yang diambil dari bahasa jepun yang bermaksud “semangat” merupakan single instrumental pertama yang Apak rilis secara official. Lagu ini secara tak sengaja teciptakan oleh Apak apabila apak di hentam oleh beberapa individu di social media yang mengatakan “Selagi ada orang yang bernama Harry Khalifah maka industri muzik Malaysia takkan maju”. Jadi sambil layan-layan komen tu Apak pun ambik guitar dan menyolo dan tercipta lah melodi ini dan Apak berikan judul “Semangat” dan Apak tanya kawan Apak Semangat dalam bahasa jepun apa bunyinya? Dia pun google maka ternoktah lah tajuk lagu “Seishin” ini. Setelah Apak muncul dengan beberapa single nyanyian sendiri selain  dengan Band Khalifah, kini saatnya Apak muncul dengan single-single instrumental yang telah banyak Apak ciptakan tetapi belum di rilis. Proses rakaman lagu “Seishin” tiada pemuzik lain yang terlibat, Apak memainkan semua instrument muzik seperti Guitar, Bass Guitar, Keyboard dan juga Drum. Ini semua kerana Ap...

DRAMA KAHWIN PAKSA ‘CIK AYU MEE SANGGUL’ TIDAK KLISE

Image
  Amelia Henderson masuk meminang Aqasha dalam kisah ‘rom-com’ terbaharu di Astro Ria mulai 27 Julai ini Drama bersiri ‘Cik Ayu Mee Sanggul’ merupakan sebuah naskah asal yang mengangkat genre komedi romantik terbitan syarikat produksi Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd. Berbeza dengan penceritaan kisah perkahwinan paksa yang sering disajikan sebelum ini, drama ‘Cik Ayu Mee Sanggul’ memaparkan pengorbanan seorang janda muda yang mengahwini seorang duda tanpa ikatan cinta untuk menjadi ibu tiri kepada anaknya yang masih kecil dan memerlukan perhatian seorang ibu. Idea asal dan skrip drama bersiri 16 episod ini diilhamkan oleh Nieza Nahar serta turut diarahkan oleh sutradara Idora Abdul Rahman. Drama ini turut dibintangi oleh Amelia Henderson dan Aqasha selaku teraju utama di samping barisan pelakon seperti Aryan Adzrin, Iman Zulkarnain, Shiqin Kamal, Fimie Don, Asha Merican, Nabil Aqil, Aznah Hamid, Mahmud Ali Bashah, Izzendra, Natasha Hamzah dan ramai lagi. Lebih istimewa lagi, dra...

RTM Siar Telemovie Khas Hari Kebangsaan, “Mek Wok”, Isnin Ini di TV2

Image
  Radio Televisyen Malaysia (RTM) menjengah bulan Ogos ini dengan menjanjikan banyak tayangan program khas menghayati sambutan bulan Kebangsaan 2021.   Terbaharu, lari daripada kebiasaan apabila penonton semua dapat menyaksikan sisi komedi dalam diri pelakon-pelakon handalan tanah air dalam sebuah telemovie khas Hari Kebangsaan yang bakal disiarkan RTM. Kemunculan pelakon berpengalaman Fauziah Nawi, Dato' Ahmad Tarmimi Siregar, Amar Asyraf, Khatijah Tan, dan Faradhiya yang selalunya berjaya membuatkan penonton mengalirkan air mata mendalami watak sedih masing-masing, kali ini mampu membuatkan penonton tergelak dengan sindiran santai disampaikan dalam telemovie diberi tajuk “Mek Wok”.   Menerusi drama arahan Nuad Hj Othman yang disiarkan pada 2 Ogos ini, pukul 9.00 malam di TV2, kisahnya bermula dengan babak setelah mendengar kisah seram yang diceritakan oleh Tok Penghulu, seorang penerbit filem berminat menjadikan kisah tersebut sebuah filem. Selang beberapa mingg...

SITIK TOK TAMBAT 3 JUTA PENONTON!

Image
  Stesen nombor satu negara, TV3, sentiasa memberikan kandungan terbaik dan berkualiti untuk penonton setianya. Walaupun saluran ini sinonim dengan drama-drama cinta dan mendapat sambutan hangat, namun penonton turut menggemari drama yang mempunyai plot cerita yang lebih santai.  Lihat sahaja drama SiTik Tok yang baharu disiarkan minggu lalu telah berjaya mencapai 3 juta penonton dalam episod 3 yang disiarkan pada 27 Julai pada pukul 10:00 malam yang lalu (sumber: Nielsen). Menurut Nini Yusof, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Media Prima Berhad, “Bila dalam situasi pandemik ini, kami nak penonton sentiasa ceria, seronok dan rileks. Drama SiTik Tok yang disiarkan sejak minggu lalu berjaya menambat hati 3 juta penonton dalam episod 3. Ini adalah satu kejayaan besar buat pengarah dan juga barisan pelakon yang membintangi drama ini. Drama komedi ini sememang sesuai untuk hiburan seisi keluarga dan dapat hilangkan tekanan apabila penat seharian bekerja mahupun belajar at...

DRAMA ‘LOCKDOWN’ PAPAR 8 KISAH RAGAM MASYARAKAT HARUNGI PKP

Image
  23 pelakon handalan jayakan naskhah inspirasi kisah realiti kehidupan semasa pandemik di Astro Ria mulai 26 Julai ini Drama bersiri ‘Lockdown’ ialah sebuah naskhah dengan penceritaan asal terbitan syarikat produksi U2 Media Sdn. Bhd. yang berkisarkan tentang pelbagai ragam dan kisah suka duka rakyat Malaysia untuk meneruskan kehidupan harian dalam norma baharu sepanjang perlaksanaan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sebanyak 8 buah cerita berbeza bakal dipersembahkan menerusi paparan 10 buah episod yang diinspirasikan daripada latar sebenar kisah realiti berkenaan situasi sukar yang perlu diharungi oleh segenap masyarakat sejak diuji dengan penularan pandemik Covid-19. Cerita asal dan skrip drama ‘Lockdown’ diilhamkan oleh pengarah prolifik Erma Fatima serta turut mendapat sentuhan Mohd Fazli Yahya yang memikul tanggungjawab selaku pengarah untuk drama ini. Penceritaan setiap kisah dalam drama ‘Lockdown’ bakal menampilkan lakonan mantap penuh emosi oleh 23 barisan pelakon...

HAFIZ SUIP & ERNIE ZAKRIE Bergabung Dalam “Berakhirlah Pencarianku”

Image
  Kualiti vokal dua penyanyi terkenal tanah air, Hafiz Suip dan Ernie Zakrie tidak perlu dipertikaikan lagi. Kelebihan dimiliki mereka berdua berjaya meletakkan diri mereka di kelas teratas kalangan penyanyi-penyanyi di Malaysia.   Malah, baik Hafiz mahupun Ernie, mereka boleh dikatakan antara penyanyi terbaik negara ketika ini. Hampir semua lagu yang dilancarkan mereka berjaya mendapat tempat di hati pencinta muzik sekali gus meraih pengiktirafan membanggakan.   Hafiz sendiri mempunyai rekod yang cukup cemerlang sepanjang lebih 10 tahun pembabitannya dalam bidang nyanyian iaitu bermula selepas muncul juara program Akademi Fantasia musim ketujuh (AF 7) pada tahun 2009.   Malah, Hafiz juga adalah pemenang tiga kali Anugerah Juara Lagu (AJL) serta empat kali memenangi anugerah ‘Vokal Terbaik’ AJL.   Begitu juga dengan Ernie, selepas menjuarai pertandingan Bintang RTM 2009, kerjaya nyanyiannya terus melekat di hati peminat.   Ernie yang tur...

KAKKING LIVE SHOW BERSAMA ZOEY RAHMAN

Image
 

'Al-Quds Lana' Berkumandang di Bumi Gaza

Image
  Walaupun pandemik Covid-19 sedang melanda Malaysia dan seluruh dunia, itu tidak menghalang kumpulan nasyid Inteam untuk terus menghasilkan single baru berjudul Al-Quds Lana.  Apa yang lebih membanggakan, single tersebut yang bermaksud Al-Quds (Baitul Maqdis) milik kami, kedengaran bergema di bumi Gaza, Palestin di dalam sebuah perkongsian video ketika program sembelihan korban di sana.  "Alhamdulillah, single baru kami yang diterbitkan bersama gabungan NGO MyAqsa Defenders baru sahaja dilancarkan pada Hari Raya Aidiladha yang kedua iaitu Rabu lepas dan hari ini kami melihat satu video di mana lagu tersebut berkumandang di Gaza dalam sebuah program sembelihan korban. Kami sangat terharu dan bersyukur" ujar Syah selaku ketua kumpulan Inteam.  Ditanya berkenaan proses penerbitan single tersebut di saat pandemik, Hazamin berkata "Alhamdulillah, kami sempat merakamkan suara dan muzik video bagi projek ini sebelum PKPD diumumkan bahkan muzik video dirakam secara layar hi...

SITI NORDIANA SERAH PADA PEGUAM

Image
 

ALIF SATAR & THE LOCOS BAGI SEMAGAT UNTUK ‘ANUGERAH TERINDAH’

Image
 Setelah muncul dengan single yang berjudul ‘Lagu Raya’ pada Mei yang lalu, kini Alif Satar & The Locos (ASTL) tampil dengan single terbaharu mereka yang berjudul ‘ANUGERAH TERINDAH’. Sejak tercetusnya Alif Satar & The Locos ini, Alif Satar tidak lagi bergerak secara solo namun akan tampil bersama The Locos untuk acara yang berkenaan dengan persembahan muzik. Alif Satar & The Locos ini dianggotai oleh Alif Satar sendiri selaku vokalis, Tam Cobain selaku pemain gitar, Efry Arwis selaku pemain bass, Faliq Auri selaku pemain saksofon dan Rajwan Juni selaku pemain dram Bait-bait lirik bagi lagu ‘ANUGERAH TERINDAH’ mendapat sentuhan Romeo dan juga penulis lirik yang telah banyak memenangi anugerah, Shah Shamshiri, yang juga penulis lirik lagu pertama Alif ‘Khayal’, semasa dia mula menyanyi pada tahun 2006. Selain itu, Alif dan juga dua daripada anggota The Locos iaitu Efry dan Tam bertindak sebagai produser untuk lagu ini. Susunan muzik bagi lagu ‘ANUGERAH TERINDAH’ ...

TERPESONA BUAT BULAN SUTENA DIKENALI DI MALAYSIA

Image
  Bunga Sutena, atau nama sebenarnya Wayan Bulan Yurianna Sutena, seorang anak seni yang berasal dari Gianyar, Bali, Indonesia. Gadis berusia 17 tahun ini mula dikenali melalui video-video nyanyiannya secara akustik yang dimuatnaik di laman sosial miliknya. Bakat Bulan Sutena pada awalnya mendapat perhatian dari masyarakat Indonesia sahaja. Tanpa disangka, rezeki berpihak pada Bulan Sutena apabila lagu Terpesona nyanyiannya telah tular dan mendapat perhatian masyarakat Malaysia juga. Versi baru lagu Terpesona yang dibawakan oleh Bulan Sutena ini mula mendapat perhatian ramai melalui aplikasi TikTok miliknya, dan sejak itu ramai yang mula mengenali lagu asal dan secara tidak langsung tertarik untuk mengenali Bulan Sutena. Setelah lagu Terpesona tular, Bulan Sutena dirisik oleh sebuah syarikat rakaman dan pengurusan artis di Indonesia iaitu The LEGACY Indonesia. Atas permintaan ramai, Bulan Sutena merakamkan single dan muzik video Terpesona ciptaan Semuel Takatel...

FATTAH AMIN MAHU HAMBA JADI PENAWAR TATKALA PANDEMIK

Image
  Kembali   dengan   single   baharu   berjudul HAMBA, pelakon dan penyanyi Fattah Amin menjadikan untaian indah ciptaan Hafiz Hamidun dan Mel Ramlan itu sebagai ‘ubat’ yang bolehmenjadi penawar segala rasa sedih dan kecewa yang dialami terutama akibat pandemik COVID-19 yang melanda negara ketika ini.Tidak    dinafikan,    wabak    COVID-19    yang    menular    ketika    ini     bukan    sahaja    mampu melumpuhkan   ekonomi   tetapi   turut   menjejaskan   emosi   hingga   ada   yang   mengambil   jalan singkat dengan menamatkan riwayat hidup.Justeru, kata Fattah, sebagai hamba-Nya, adalah menjadi tugas kita untuk terus berdoa dan bersujud kepada Allah supaya segala kesukaran yang dihadapi akan segera berakhir.“Lagu ini sebenarnya termasuk dalam tiga projek khas yang saya jalankan bersama komposer Hafiz   Ha...

WAJAH LAYLA SANIA DI PAPAN IKLAN DIGITAL DI TIMES SQUARE, NEW YORK, AMERIKA SYARIKAT.

Image
  Setelah wajah penyanyi antarabangsa, Yuna dipaparkan di papan iklan digital terkenal di Times Square, New York, Amerika Syarikat pada Mei lalu, kini giliran penyanyi Malaysia yang dikenali sebagai Layla Sania pula berada di papan iklan digital yang sama pada 20 Julai 2021 (waktu New York, Amerika Syarikat). Kemunculan Layla Sania di papan iklan digital tersebut adalah sebagai wakil penyanyi Malaysia dalam kempen EQUAL oleh Spotify. EQUAL merupakan program global yang dibawakan khas oleh Spotify dalam memupuk ekuiti atau mengetengahkan artis wanita di seluruh dunia. Terdapat 35 senarai main tempatan EQUAL yang merangkumi artis dari lebih 50 buah negara, dan Layla Sania merupakan wakil daripada senarai main EQUAL Malaysia & Singapura. Selain itu, terdapat juga Senarai Main EQUAL Global “terbaik” yang mengandungi muzik dari artis EQUAL dari seluruh dunia. Layla Sania Binti Khairuzikri atau lebih dikenali sebagai Layla Sania adalah penyanyi berusia 19 tahun dan merupakan bekas pe...

KHAI BAHAR TAMPIL DENGAN SENGSARA

Image
  Sengsara merupakan buah tangan terbaharu dari penyanyi popular Khai Bahar selepas lagu cinta ‘Hilang Gelita’ yang mewarnai drama Kisah Cinta Rumi. Lagu ciptaan trio komposer hebat John Jeeves, Firdaus Rahmat dan Omar K ini merupakan lagu runut bunyi (OST) kepada filem Dendam Penunggu.  Dendam Penunggu merupakan filem eksklusif pertama dari tonton CINEMA dan akan menemui penonton pada bulan Ogos depan. “Syukur alhamdulillah Khai sangat berbesar hati apabila pihak Monkey Bone menawarkan kepada Khai untuk menyanyikan lagu Sengsara untuk OST Dendam Penunggu. Semasa mendapat tawaran tu agak last minute dan kami terus setuju tanpa berfikir panjang sebab diberikan peluang kerana lagu ni sangat sedap dan unik. Alhamdulillah sempat disiapkan walaupun ada cabaran tersendiri dengan keadaan pandemik COVID-19 di negara kita. Harapan Khai lagu ni akan dapat dihayati dan diterima oleh pendengar semua. Khai pun tidak sabar nak menonton filem Dendam Penunggu ini pada bulan Ogos nanti.” Semen...

MISI AZLAN TYPEWRITER GAGAL! PENGUSAHA KUIH RAYA MEMBAWA PULANG RM3,000

Image
  Minggu lepas, program hiburan nombor satu di Malaysia , I Can See Your Voice Malaysia Musim 4 (ICSYVMY4 ) menampilkan Azlan Typewriter sebagai artis jemputan di episod kesembilan. Yakin dengan pengalaman yang pernah mengendalikan program realiti, Azlan meletakkan harapan untuk mendapatkan penyanyi sebenar di pusingan akhir. Namun, apa yang telah berlaku betul-betul memberikan kejutan dan berada di luar jangkaan penyanyi bernada tinggi ini!  ICSYVMY4 diadaptasikan daripada program popular Korea Selatan sedang rancak bersiaran pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam hingga 10.30 malam di TV3 dan juga strim live di www.tonton.com.my . Episod 9 yang baru bersiaran pada hari Ahad lepas juga menyaksikan Dato’ Rosyam Nor dan Didie Alias hadir sebagai penyiasat jemputan di samping panel penyiasat tetap, Jihan Muse, Alif Satar dan Fad Bocey.  Setelah dihiburkan dengan persembahan pembukaan oleh Azlan Typewriter dengan lagu beliau, ‘Jangan Khianati Aku’, kesemua penyiasat mula m...

SAJIAN KANDUNGAN ASTRO SEPANJANG RAMADAN & RAYA BERJAYA TAWAN HATI PENONTON MELAYU

Image
  Astro mengekalkan kedudukannya sebagai destinasi utama pilihan peminat untuk program-program hiburan Ramadan dan Raya, apabila merekodkan sejumlah 94 peratus penonton berbangsa Melayu menonton saluran-saluran Melayu pada musim perayaan lalu*.   Pandemik yang melanda negara dilihat telah membataskan sebarang aktiviti ziarah menziarahi, namun Astro tetap berjaya menghiburkan penontonnya dengan menawarkan pelbagai sajian menarik melebihi 370 program istimewa merentasi setiap platform utama, menerusi kempen lebaran tahun ini, ‘Buka Lembaran Baharu’.   Jumlah tontonan program Ramadan dan Raya Astro (‘RARA’) di platform On Demand merekodkan pertumbuhan yang cukup positif, dengan hampir 7 juta judul distrim menerusi Kotak Astro (televisyen) dan Astro GO. Jumlah ini merupakan kenaikan sebanyak 518% dari tahun sebelumnya kerana jelas dapat dilihat penonton memilih untuk menonton secara ‘binge watch’ (secara berterusan) atau menonton semula program-program kegemaran mas...