Skip to main content

SAJIAN KANDUNGAN ASTRO SEPANJANG RAMADAN & RAYA BERJAYA TAWAN HATI PENONTON MELAYU

 


Astro mengekalkan kedudukannya sebagai destinasi utama pilihan peminat untuk program-program hiburan Ramadan dan Raya, apabila merekodkan sejumlah 94 peratus penonton berbangsa Melayu menonton saluran-saluran Melayu pada musim perayaan lalu*.

 

Pandemik yang melanda negara dilihat telah membataskan sebarang aktiviti ziarah menziarahi, namun Astro tetap berjaya menghiburkan penontonnya dengan menawarkan pelbagai sajian menarik melebihi 370 program istimewa merentasi setiap platform utama, menerusi kempen lebaran tahun ini, ‘Buka Lembaran Baharu’.

 

Jumlah tontonan program Ramadan dan Raya Astro (‘RARA’) di platform On Demand merekodkan pertumbuhan yang cukup positif, dengan hampir 7 juta judul distrim menerusi Kotak Astro (televisyen) dan Astro GO. Jumlah ini merupakan kenaikan sebanyak 518% dari tahun sebelumnya kerana jelas dapat dilihat penonton memilih untuk menonton secara ‘binge watch’ (secara berterusan) atau menonton semula program-program kegemaran masing-masing. Dalam pada itu, kadar tontonan menerusi peranti mudah alih di Astro GO terus mencatatkan kenaikan apabila menerima lebih 65 ribu pendaftaran baharu sepanjang musim perayaan yang lalu.

 

Program-program terhebat Ramadan & Raya Astro (‘RaRa’)


·         Rindu Awak Separuh Nyawa’ berjaya merekodkan jumlah tontonan TV tertinggi sebanyak 2.5 juta seterusnya menjadikan ia Drama No. 1 pilihan rakyat Malaysia, dan sejumlah 4.8 juta episod di strim di Kotak Astro dan platform Astro GO.

·         ‘Projek: Anchor SPM’ pula berjaya memenangi hati penonton generasi muda yang lebih terarah kepada platform digital menerusi jalan penceritaannya yang tampil berani dan segar. Siri premium ini merekodkan sejumlah 616 ribu tontonan TV, 1.1 juta episod telah distrim, 123 juta tontonan video di TikTok dan sebanyak 139 juta capaian merentasi platform media sosial.

·         ‘Sepahtu Reunion’ masih lagi menjadi pilihan No. 1 peminat komedi tanah air, yang mana episod ‘AL Raya’ merekodkan sejumlah 870 ribu tontonan TV dengan 2 juta episod distrim: manakala edisi ‘AL Puasa’ pula mencatatkan sejumlah 858 ribu tontonan TV dan 390 ribu episod telah distrim peminat.

·         ‘Mega Raya Ria’, program Raya Astro yang bersiaran secara langsung telah menghiburkan penonton dari malam Raya sehinggalah ke hari ke-empat Raya. Program istimewa ini telah mencatatkan sejumlah 610 ribu tontonan.

 

Salam Lebaran Astro dan Berkhidmat Untuk Masyarakat

 

·         Singkap Sebalik Tingkap, video komersial Raya Astro berjaya memenangi hati penonton dengan kisahnya yang menyentuh hati. Ia telah merekodkan sejumlah 4.8 juta tontonan di platform digital dan berada di kedudukan kesepuluh yang teratas (‘Expert Choice Awards’) untuk video-video terbaik musim Aidilfitri 2021, anjuran MARKETING Magazine, sebuah portal pemasaran komunikasi industri negara.

·         Astro juga berkolaborasi dengan McDeliivery, ‘Berbakti’ untuk menyampaikan bantuan kepada keluarga-keluarga asnaf dan petugas barisan hadapan negara (frontliners) dengan melibatkan bakat-bakat ‘on-air’ Astro;

o   Barisan penyampai radio Astro bersama petugas McDelivery menghantar juadah berbuka puasa, barangan keperluan harian dan sumbangan berbentuk wang tunai kepada 10 keluarga asnaf di bawah program ‘Ziarah Ramadan’ yang dianjurkan oleh Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Penyanyi dan pengacara popular negara, Alif Satar dan petugas McDelivery menyampaikan sejumlah 1,000 juadah makanan kepada petugas barisan hadapan di Ibu Pejabat Polis Kontijen Kuala Lumpur dan Pusat Perubatan Universiti Malaya sebagai tanda penghargaan di atas usaha mereka dalam menjaga keselamatan negara.

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

Wings Tawar Harga ‘Rahmah’, Hargai Sokongan Peminat Muzik itu satu rakaman masa, ianya terus berevolusi bergerak merentas zaman malah mendedikasikan sebuah revolusi buat penggemar baru dan lama, begitu juga dengan Wings yang terus terbang menggapai kejayaan yang seakan tiada noktah malah pasti ada kejutan dalam membina empayar dan perluasan pengaruhnya. Justeru itu tidak hairanlah mengapa Wings terus ‘meragut magis’ ratusan malah ribuan peminat yang sentiasa dahagakan aksi bertenaga Wings di atas pentas. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur’ menjadi wadah signifikasi yang seterusnya dengan tema yang dibawa! ‘Kuasa dan kemenangan’ itu telahpun  dicipta di pentas The Star Theatre , Singapura pada 29 Julai lalu,  tidak adil rasanya ‘kuasa’ itu tidak digagaskan di Malaysia apatah lagi ianya tempat di mana Wings ditubuhkan sejak 38 tahun yang lalu. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter’ dianjurkan oleh Rumah Produksi Merah manakala Awie Entertainment bertindak seba