Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2023

Yonnyboii Tampilkan Aneka ‘Persona

  Sejak membuat kemunculan dalam industri seni muzik tempatan, penyanyi hip hop yang semakin meningkat naik Yonnyboii telah banyak menghasilkan karya- karya hebat yang mencuri perhatian peminat genre tersebut. Malah pada tahun 2022 Yonnyboii telah memenangi anugerah Album Terbaik di acara Anugerah Industri Muzik. Dengan kemenangan tersebut, bintang muda itu berjaya membawa pulang trofi serta geran Dana Kandungan Digital berjumlah RM 200,000 dari MyCreative Ventures dan Kementerian Komunikasi Digital. Berkat bantuan geran tersebut, Yonnyboi telah berjaya berkarya dengan lebih meluas dan melahirkan album yang lebih berkualiti. Dana tersebut telah digunakan untuk setiap aspek pembikinan album termasuk penerbitan lagu, video muzik serta perbelanjaan pemasaran dan promosi. Salah satu rancangan pemasaran yang bakal diadakan adalah sebuah majlis pelancaran album yang istimewa. Ia bakal diadakan pada tanggal 7 Oktober 2023 di Putrajaya Challenge Park – Skatepark secara besar-besaran dari jam 4

Sungguh Kamu Aku Rindu (SKAR) versi akustik, lebih segar

  Lagu Sungguh Kamu Aku Rindu (SKAR) yang dilancarkan secara rasmi pada Mac lalu kian mencuri perhatian pencinta muzik tanah air. Malah, lagu ciptaan Fahimi Rahmat bersama Mike Chan itu turut mendapat maklum balas positif peminat. Menariknya, lagu duet yang menampilkan Athalia dan Fahimi Rahmat atau Fahimi itu kini diterbitkan dalam versi akustik yang sudah dilancarkan sejak 27 Ogos lalu. Menurut Fahimi, SKAR versi akustik tidak mengambil masa yang lama untuk dihasilkan memandangkan lagu dan melodi asalnya sudah dianggap sempurna. SKAR versi akustik ini mengambil masa lebih kurang seminggu untuk dihasilkan. Kiranya tidak lama sebab untuk kali ini, versi akustik, jadi struktur lagu SKAR tidak berapa jauh dengan produksi yang lama. Fahimi menerangkan, untuk kali ini kita penuhkan SKAR akustik dengan gitar yang mana ia dimainkan oleh Pown Hasril. Fahimi berkata, proses penghasilan versi akustik dipermudahkan tanpa sebarang cabaran melainkan dia dan Athalia mendap

Akhir Cerita gandigan sulung Dalia Farhana & Aziz Harun

  Meski hati berat untuk berpisah, sedang masih ada rasa cinta, namun perpisahan jalan terbaiknya.   Itu antara mesej yang terkandung dalam single duet yang menampilkan kolaborasi sulung Dalia Farhana dan Aziz Harun. Istimewanya juga, lagu bergenre ‘modern ballad’ itu adalah hasil ciptaan mereka berdua bersama Eugene Lai.   Lagu yang diterbitkan bersama oleh X.O. House dan Faithful Music ini mengetengahkan sisi matang Aziz Harun dan Dalia Farhana dalam kerjaya muzik mereka. Apatah lagi, lagu Akhir Cerita juga adalah karya ciptaan pertama mereka secara bersama.   Menariknya, lagu Akhir Cerita ini buat pertama kalinya bakal dipersembahkan secara langsung pada Chapter One: Aziz Harun The Showcase.   Dalia Farhana, 25, atau nama sebenar Tengku Farhana Dalia Tengku Bahar Iskandar berkata, satu penghormatan apabila dapat bekerjasama dengan Aziz.   “Projek lagu ini adalah pertama kali saya bekerjasama dengan Aziz dan sebenarnya saya sudah menjadi peminatnya. Jadi, ini adal

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

-KARNIVAL MEGA SURIA DISAMBUT MERIAH LEBIH 40,000 PENGUNJUNG!

  Selepas dua hari Suria FM berkamp ung di Padang Timur, MBPJ, Petaling Jaya pada 16 September 2023 (Sabtu) dan 17 September 2023 (Ahad) lalu,  Karnival Mega Suria (KMS)  telah melabuhkan tirainya dengan berjaya mencuri tumpuan lebih 40,000 pengunjung yang hadir seawal jam 7 pagi sehingga 12 tengah malam.    Malah jumlah tontonan di platform digital Suria iaitu di Youtube Suria TV, Facebook, Tiktok Suria FM, dan Aplikasi Suria Malaysia berjaya mencatatkan lebih 250,000 jumlah ton l tonan sepanjang acara berlangsung.    Pengurus Besar Suria FM, Rosli nda Abdul Majid (DJ Lin), meluahkan rasa syukur diatas sambutan luar biasa daripada para pengunjung ke  KMS  walaupun dalam keadaan cuaca yang tidak menentu.    “Terima kasih kepada rakan penaja diatas kerjasama baik bagi menjayakan karnival ini, juga tidak dilupakan buat semua pengunjung yang hadir memeriahkan acara pada Sabtu dan Ahad lalu. Ini merupakan kali pertama Suria FM mengambil inisiatif baru dengan menganjurkan satu program bersk

Suara Hidup Syafiq Abdilah, inspirasi OST K-Drama

  Penyanyi berusia 24 tahun ini memulakan kerjaya nyanyian di negara kelahirannya, Brunei. Namun, namanya mula menjadi sebutan di sini selepas terbabit dalam program realiti, Big Stage musim keempat, tahun lalu. Biarpun tidak bergelar finalis, Syafiq atau nama sebenarnya Mohammad Syafiq Abdilah Soony berjaya membuka mata peminat muzik tanah air akan bakat dimiliki. Dari satu sudut lain, Syafiq antara bintang baharu yang wajar diberikan perhatian. Selepas muncul dengan single Kekal sekitar Mac lalu, Syafiq tidak menunggu lama untuk menghadiahkan buah tangan terbaharu berjudul Suara Hidup.   Menurut Syafiq, lagu hasil nukilan Navigator dan Pique yang sudah dicipta sejak 2020 itu membawakan ‘vibe’ baharu dan berbeza dengan single sebelumnya. Syafiq Abdilah, penyanyi lagu ini menerangkan bahawa, Suara Hidup adalah lagu yang sangat berbeza daripada Kekal. Mesej yang ingin disampaikan dalam lagu ini adalah betapa pentingnya seseorang itu dalam hidup kita. Lagu ini j

Exists Mengukir Sejarah Bakal Mengadakan Konsert Dengan Gabungan Simfoni Orkestra Dalam Konsert Exists X Orkestra.

  Selepas 32 tahun mengukuhkan kerjaya seni mereka sebagai band muzik rakaman profesional, Exists akhirnya mengukir sejarah apabila mereka bakal mengadakan konsert dengan gabungan simfoni orkestra dalam Konsert Exists X Orkestra. Dianjurkan Persatuan Global Malaysia, konsert tersebut bakal diadakan di Megastar Arena Kuala Lumpur pada 22 Disember 2023 ini, bermula jam 8.30 malam. Exists yang dianggotaiA jai, Ujang, Musa, Along, Mamat dan Ezad mengakui bahawa konsert tersebut bakal menjadi satu sejarah peribadi buat diri dan kerjaya muzik mereka. “Bergabung dengan para pemuzik orkestra yang hebat memang sudah menjadi impian sekian lama. Tanyalah kepada mana-mana band, kugiran atau pemuzik, salah satu impian mereka pasti mahu melakukan persembahan konsert atau bergabung dengan orkestra. “Kami fikir dengan sudah banyak melakukan persembahan daripada skala kecil kepada skala besar, dengan usia 32 tahun Exists, ini adalah masa yang sesuai untuk kami berkolaborasi dengan orkestra. “Selama ini

DOLLA ‘VIRAL’ MENARI DI BUKIT BINTANG SEMPENA MV DAMELO

  Sejak mula membuat kemunculan kali pertama pada 2019, nama ‘girl group’ DOLLA kian mencipta populariti. Imej dan bakat yang dipertaruhkan juga dilihat seiring dengan muzik yang dibawa. Malah, DOLLA yang dianggotai oleh empat wanita iaitu Tabby, Sabronzo, Angel dan Syasya terus mengukuhkan pengaruh mereka apabila berjaya memenangi beberapa anugerah berprestij tanah air. Terbaharu, DOLLA yang popular menerusi lagu Dolla Make You Wanna mengekalkan dominasi sebagai Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular pada Anugerah Bintang Popular BH ke-35 baru-baru ini. Seiring dengan peredaran muzik semasa, DOLLA nekad untuk terus menyajikan peminat muzik tempatan dengan karya atau lagu yang lebih segar. Buktinya, single terbaharu DOLLA menampilkan Hard Lights berjudul DAMELO yang dilancarkan awal bulan ini sekali lagi ‘trending’ dan menjadi buah mulut. Malah, video muzik (MV) DAMELO menduduki tangga teratas carta trending di YouTube dan YouTube Music. Di Spotify pula, D

Siri jelajah album, Amir Masdi janji persembahan ‘A Class’

 Selepas berjaya melancarkan album solo pertama berjudul Amir Masdi, penyanyi yang mendapat jolokan ‘rockstar’ ini sekali lagi melakar sejarah tersendiri dalam kerjaya seninya apabila bakal mengadakan siri jelajah album di Hard Rock Café, Melaka pada 15 September ini. Bagai bulan jatuh ke riba, Amir, 27, atau nama sebenarnya Amir Syazwan Masdi menyifatkan penganjuran siri jelajah album Amir Masdi itu satu daripada impiannya. Menurut Amir, projek itu juga adalah bonus kepada penerbitan album terbabit yang memuatkan 12 lagu selain berharap ia dapat dilaksanakan di seluruh tanah air. “Untuk ‘album tour’ ini memang menjadi impian saya. Kalau ada album sahaja saya belum betul-betul puas, tapi kalau dapat buat ‘album tour’ satu Malaysia itu adalah bonus untuk projek ini. “Saya sangat gembira dan bersyukur apabila dapat menjayakanya di lokasi pertama di Hard Rock Cafe, Melaka. Kalau tanya penyanyi lain lokasi itu sangat baik sekiranya mahu membuat persembahan. “Kalau ikutkan memang risikonya

Apa sudah jadi pada Yonnyboii?

  Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba saja semua gambar pada akaun Instagram milik penyanyi, rapper dan komposer Yonnyboii hilang. Dalam kalangan peminat dan warganet semua tertanya-tanya apa sudah jadi. Adakah Yonny dalam keadaan okay? Masakan tidak, Yonny yang sebelum ini aktif memuat naik hantaran gambar dan video aktiviti seni lenyap begitu saja. Malah, peminat juga tidak dapat lagi melihat momen Yonny bersama isteri, Nik Nazira Narriman seperti yang dikongsikan sebelum ini. Sehingga kini, Yonny atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin juga masih senyap membisu tanpa sebarang kenyataan bagi menjelaskan perkara itu. Wakil Universal Music Malaysia Anne Mukhtar, ketika dihubungi memaklumkan Yonny mahu diberikan ruang seketika sebelum kembali memulakan kerja seninya. “Insya-Allah, Yonny okay. Doakan dia baik-baik saja. Buat masa sekarang kita beri dia masa dan ruang untuk bertenang. Sampai masa nanti, dia akan muncul dan kembali semula,” katanya. Sebelum ini, Yonny berkong

Alyssa Kembali Dengan “Faham Tak”

  Penyanyi Pop Malaysia, Alyssa Dezek, Menghasilkan  lagu terbahru “Faham Tak” merupakan lagu yang diinspirasikan tentang perjalanan Alyssa sebagai seorang remaja, yang sering menerima teguran dan kata-kata negatif dari orang sekelilingnya. Ia juga mengisahkan tentang bagaimana beliau berjaya mencorakkan diri menjadi seseorang yang lebih berdikari untuk membuat keputusan sendiri. Sentuhan melodi yang magical dan manis dalam lagu ini memberi perbezaan ketara daripada lagu-lagu sebelumnya. Muzik video Alyssa ini telah ditaja oleh Hotlink, malah menampilkan Diva AA (Azwan Ali) sebagai cameo khas.  “Faham tak” ditulis oleh Acap Salim, Faizal Tahir, Glow Rush, Mike Chan, dan Nick Ariff. Muzik video ini juga telah dihasilkan oleh produksi Motawh Production. Lagu genre pop ini boleh didengarkan di semua platform pengstrimen digital. MAKLUMAT ARTIS Alyssa Dezek mula berkecimpung dalam industri muzik sejak beliau dikenali dengan bakat menyanyi dan bermain ukulele di YouTube. Kini, nama beliau t