Alyssa Kembali Dengan “Faham Tak”
Penyanyi Pop Malaysia, Alyssa Dezek, Menghasilkan lagu terbahru “Faham Tak” merupakan lagu yang diinspirasikan tentang perjalanan Alyssa sebagai seorang remaja, yang sering menerima teguran dan kata-kata negatif dari orang sekelilingnya. Ia juga mengisahkan tentang bagaimana beliau berjaya mencorakkan diri menjadi seseorang yang lebih berdikari untuk membuat keputusan sendiri. Sentuhan melodi yang magical dan manis dalam lagu ini memberi perbezaan ketara daripada lagu-lagu sebelumnya. Muzik video Alyssa ini telah ditaja oleh Hotlink, malah menampilkan Diva AA (Azwan Ali) sebagai cameo khas.
“Faham tak” ditulis oleh Acap Salim, Faizal Tahir, Glow Rush, Mike Chan, dan Nick Ariff. Muzik video ini juga telah dihasilkan oleh produksi Motawh Production. Lagu genre pop ini boleh didengarkan di semua platform pengstrimen digital. MAKLUMAT ARTIS Alyssa Dezek mula berkecimpung dalam industri muzik sejak beliau dikenali dengan bakat menyanyi dan bermain ukulele di YouTube. Kini, nama beliau terus melonjak naik sehingga meraih peminat dari seluruh dunia dengan suaranya yang hebat. Beliau juga berjaya mengumpulkan seramai 4,610,000 subscriber di YouTube dan perrnah meraih kemenangan sebagai BBNU MeleTOP di Anugerah MeleTOP Era. Selain menyanyi,
Alyssa juga meneroka bakat lakonannya dalam pelbagai drama dan telefilem tempatan, dan berpeluang untuk berkolaborasi dengan beberapa jenama terkenal. MAKLUMAT SYARIKAT XENO Entertainment, yang juga dikenali sebagai Paranormal Group Asia, merupakan salah satu agensi hiburan terkemuka di Malaysia. XENO bermula pada tahun 2012 sebagai platform untuk artis media sosial & pemasaran influencer. Pada tahun 2013, syarikat ini berkembang dan mula menempatkan beberapa nama terbesar di Malaysia. Pada tahun berikutnya, XENO memulakan syarikat rakaman sendiri dan kini terus menemui dan mengembangkan bakat artis-artis Malaysia yang terdiri daripada pelakon, penyanyi, pelawak, pengacara dan social media influencer.
Comments
Post a Comment