Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2021

ASYRAF NASIR BERKIAS DALAM 2PAI

  Dunia hip hop ASYRAF NASIR . Sejak kemunculannya lewat pertandingan mencari bakat hip hop anjuran stesen radio Era, Asyraf telah bejaya mencuri perhatian penggemar muzik tempatan dengan beberapa lagu dan projek kolaborasi. Kini Asyraf kembali dengan sebuah lagi karya yang dijangka akan men gukuhkan lagi nama serta kedudukannya dalam industri. Projek terkininya berjudul 2PAI dan ia sebenarnya diinspirasikan oleh peribahasa ‘ s etinggi - tinggi tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga’. Dicipta dan ditulis oleh Asyraf sendiri, lagu yang diter bitkan oleh Wolfy ini berkisar sifat manusia yang boleh menjadi angkuh apabila mereka memperolehi segalanya. Malah, ada juga individu yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai ke puncak tanpa mempedulikan isu moral dan kebaikan. Jadi lagu ini meng ingatkan kita bahawa rezeki boleh diberi dan juga ditarik balik. Ia juga satu peringatan bahawa manusia mudah leka dan harus sedar yang setinggi mana pu

DEBARAN PENGUMUMAN 10 LAGU KEDUA YANG BAKAL BERENTAP DI SEPARUH AKHIR MUZIK MUZIK 36

Muzik Muzik, sebuah program variasi yang memaparkan carta mingguan lagu-lagu paling popular di Malaysia bakal memulakan pusingan separuh akhir untuk edisi yang ke 36 pada 31 Disember 2021 dan 1 Januari 2022. Secara keseluruhan, 30 buah lagu Muzik Muzik 36 bakal bertanding di pusingan separuh akhir.  Hari ini, peminat muzik tanah air bakal mengetahui 10 buah lagu lagi yang tersenarai ke pusingan separuh akhir. Suasana studio turut dimeriahkan dengan artis jemputan iaitu MK K-Clique dan Pasya. Bersama - sama dengan hos, Alif Satar dan Sissy Imann, senarai 10 lagu yang kedua diumumkan menerusi siaran langsung program Muzik Muzik 36.  Berikut ialah SENARAI 10 LAGU KEDUA MUZIK MUZIK 36 YANG BERJAYA MARA KE SEPARUH AKHIR: LAGU PENYANYI KOMPOSER PENULIS LIRIK 1 SEPI AINA ABDUL AINA ABDUL AINA ABDUL & WAN ZAKARIA 2 TETAP AKU CINTA ARA JOHARI AMY BONG, NAHRUF & MFMF AMY BONG & ARA JOHARI 3 CINTA MARSHA MILAN BUNGA CANTIK & HANG NADIM HANG NADIM 4 CINTA KHAYALAN WANY HASRITA BERL

JEP, RAHIM & PAK YA MENCARI BAKAT BAHARU UNTUK DIJADIKAN EDISI TERKINI SEPAHTU DALAM ‘MENCARI SEPAHTU YANG HILANG’

 SEPAHTU, satu nama yang cukup dikenali dalam arena seni tanah air, khususnya di kalangan peminat genre komedi, lawak dan sitcom. Bertapak lebih dari 10 tahun dalam industri, kumpulan SEPAHTU yang kini dianggotai oleh Jep, Rahim dan Pak Ya, begitu disayangi ramai. Kehebatan mereka terbukti apabila program-program yang melibatkan ketiga-tiga figura ini sentiasa menjadi pilihan dan ditontoni ramai, serta merekodkan ‘rating’ tertinggi dari satu program ke program yang seterusnya. Dari ‘Meja Bulat Sepahtu’, ke ‘Warung Sepahtu’, ‘Sepahtu Reunion Al Puasa’, ‘Sepahtu Reunion Al Raya’, dan kini masih bergerak aktif di Astro Warna dengan ‘Sepahtu Reunion Live’, bersiaran secara langsung pada setiap hari Khamis. Selepas lebih sedekad, kini tiba masanya untuk SEPAHTU mencari muka baharu untuk dijadikan edisi terkini kumpulan mereka. Program ‘Mencari Sepahtu Yang Hilang’ ini akan bersiaran selama lapan (8) minggu dan bakal menemui peminat pada setiap hari Khamis mulai 2 Disember 2021, 9.00 malam,