ASYRAF NASIR BERKIAS DALAM 2PAI

 Dunia hip hop





ASYRAF NASIR. Sejak kemunculannya lewat pertandingan mencari bakat hip hop anjuran stesen radio Era, Asyraf telah bejaya mencuri perhatian penggemar muzik tempatan dengan beberapa lagu dan projek kolaborasi.Kini Asyraf kembali dengan sebuah lagi karya yang dijangka akan mengukuhkan lagi nama serta kedudukannya dalam industri. Projek terkininya berjudul 2PAIdan ia sebenarnya diinspirasikan oleh peribahasa ‘setinggi-tinggi tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga’.Dicipta dan ditulis oleh Asyraf sendiri, lagu yang diterbitkan oleh Wolfy ini berkisar sifat manusia yang boleh menjadi angkuh apabila mereka memperolehi segalanya. Malah, ada juga individu yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai ke puncak tanpa mempedulikan isu moral dan kebaikan. Jadi lagu ini mengingatkan kita bahawa rezeki boleh diberi dan juga ditarik balik. Ia juga satu peringatan bahawa manusia mudah leka dan harus sedar yang setinggi mana pun pencapaian, janganlah lupa titik permulaan kita. Sesungguhnya tiada siapa yang dapat perolehi kejayaansepenuhnya tanpa bantuan orang lain. Itulah pesanan yang cuba disampaikan lewat projek ini.Lagu inijuga memberi peluang untuk pendengar mengenal bunyi khas atau 'sound' ASYRAF NASIR yang sepenuhnya sepanjang dirinya bergelar ahli muzik.
SIARAN MEDIAMenurut Asyraf lagi lagu ini mengambil masa sebulan untuk disiapkan secara keseluruhankerana dirinya ingin memberi gambaran sebenar dari pemerhatian sendiri.“Biarpun penulisanlagumengambil masa lebih kurang duahari,persiapan jalan ceritanya yang memakan masa. Dari segi komposisi lagu, saya berkerjasama dengan Wolfy secara virtual. Lagu ini disiapkan pada tahun 2020, ketika zaman PKP, jadi kami terpaksa membuat panggilan video untuk bincangkan susunan lagu,” tambahnya lagi.Malah kesemua rakaman vokal dilakuakannya sendiri di rumah disebabkan PKP. “Saya sebenarnya memang berniat nak rakamdalam studio, tetapi setelah membuat rakaman buat kali ke 3 dan 4 di rumah sendiri, saya rasa hasilnya tak sama seperti kali pertama saya rakam di rumah. Jadi semua vokal yang anda dengar ni adalah rakaman suara yang pertamasaya lakukan di rumah,” jelasnya.Lagu ini turut menampilkan sebuah video muzik istimewa arahan Thaqif Saadon (yang juga pengarah video muzik lagu ‘Tak Sangka) Ia menampilkan senario dua orang yang bekerjasama namun menemui konflik sepanjang bekerja. Malah rakan seperjuangannya YonnyBoiidiundang untuk memainkan salah satu watak tersebut.“Biarpun video muzik dirakam dalam masa satu hari, tetapi persiapan penuh mengambil masa sebulan sebelum kamiakhirnya dapat berada di lokasi bersama kru terlibat diset. Semua orang akan lihat karakter saya yang berbeza daripada yang biasa sebab konsepnya seperti filem aksi,” ujarAsyraf lagi.2PAIakan berada di semua platform digitalseperti Spotify, Apple Music, Joox,KKBOX, Deezer dan YouTube Musicbermula Jumaat 26 November 2021 manakala video muziknya pula akan berada di saluran Youtube ASYRAF NASIR VEVO pada tarikh yang sama bermula jam 9 malam

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

PEMENTASAN TEATER DI SEBALIK TOPENG KETENGAHKAN ISU KESIHATAN MENTAL