Posts

Showing posts from May, 2024

PERJALANAN PEMBUKTIAN CINTA‘Angkat Kisah Benar Seorang Hafizah Al-Quran Kena Kahwin Paksa Dengan Lelaki Berusia Sudah Beristeri’

Image
Filem-filem yang mengetengahkan unsur-unsur Islamik sebagai tema utama agak jarang dihasilkan oleh kebanyakan pembikin filem. Justeru itu, syarikat produksi dari Indonesia, Film Maker Muslim (FMM Studios) dengan kerjasama PPA Institute dan Pejuang Subuh telah menghasilkan sebuah filem Islamik tentang perkahwinan tanpa rela berjudul Perjalanan Pembuktian Cinta. Filem berkenaan telah diadaptasi daripada sebuah novel best seller dengan tajuk yang sama karya penulis Nusaibah Azzahra yang mendapat sambutan hangat di negara berkenaan. Menariknya, karya yang dipaparkan itu adalah kisah benar yang telah dilalui sendiri oleh penulis berkenaan apabila dia telah dipaksa berkahwin dengan lelaki yang telah beristeri. Pengarah Urusan D’ Ayu Pictures, Datuk Rosmarayu Mokhtar selaku pengedar filem tersebut untuk tayangan di Malaysia berkata, pihaknya berminat membawakan filem Perjalanan Pembuktian Cinta ke Malaysia kerana ia menawarkan sesuatu yang unik dan segar dalam genre filem Islamik ...

Tiara Andini Tak Berani Ungkap kan Perasaannya Dalam Lagu “Kupu-Kupu”

Image
Para Mootiara (gelaran para peminat Tiara Andini) sepertinya sedang dimanjakan oleh penyanyi kesayangan mereka, Tiara Andini. Bukan tanpa alasan, baru sahaja selesai dengan projek muzikalnya bersama Arsy Widianto, Tiara Andini kini kembali mengeluarkan lagu terbaharu yang diberi judul “Kupu-Kupu”. Single “Kupu-Kupu” ini sangat berbeza dengan lagu sebelumnya yang menyajikan rentak dan muzik ala K-Pop. Kini Tiara Andini memberikan sesuatu yang segar dengan membawa nuansa muzik tarian pop ala 80-an. Di lagu ini Tiara Andini bekerjasama dengan Laleilmanino yang dikenali sebagai pencipta lagu- lagu hit masa kini di Indonesia. Dan, di single ini Laleilmanino bertindak sebagai penulis dan pencipta serta penerbit lagu. Lagu ini dikeluarkan di bawah bendera label rakaman Universal Music Indonesia, label yang menaungi Tiara Andini selama ini  “Saat pertama dengar lagu ini saya langsung jatuh cinta, kerana nada-nadanya sangat nyaman didengar, dan lagunya juga sangat rancak, apalag...

Konsert DOLLA Re:Birth The Experienc

Image
 Walaupun dilahirkan ketika dunia berada di tahap terlemah, iaitu semasa kemuncak wabak Covid-19, kumpulan wanita Malaysia DOLLA telah membuktikan bahawa mereka ada segala yang diperlukan untuk bertahan. Hanya dalam beberapa tahun kumpulan ini yang bermula dengan empat orang ahli telah berjaya meninggalkan kesan dalam dunia muzik umum. Melangkaui Malaysia, nama DOLLA telah diiktiraf di pelbagai pelosok dunia ini berkat muzik mereka yang unik dan gerakan tarian yang lincah. Walaupun baru sahaja mengumumkan pengunduran salah seorang ahli kumpulan mereka Syasya, kumpulan itu terus berkembang maju, berkat sokongan berterusan peminat mereka yang dikenali sebagai iDollas dan label muzik Universal Music Malaysia. Dan dengan cinta dan cita- cita yang tidak berkesudahan ini, DOLLA memperkenalkan satu lagi kejayaan dalam kerjaya mereka apabila mereka mengumumkan konsert yang akan datang terbitan Hitman Solutions. “Kami di Universal Music Malaysia, sangat teruja untuk mengumumkan ...

Band Cokelat kembali Ke Malaysia ?

Image
Band Cokelat, antara pemuzik terbaik yang dimiliki industri hiburan Indonesia. Deretan album dan lagu popular mereka berjaya meletakkan band asal Bandung ini sentiasa segar dalam ingatan peminat. Band yang dianggotai Kikan (vokalis), Edwin (gitar), Ernest (gitar), Ronny (bass) dan Ervin (dram) mengambil keputusan untuk 'berpisah’ selama 12 tahun sebelum kembali bersatu pada 2022 menerusi persembahan Hari Kemerdekaan Indonesia pada 17 Ogos 2022. Melalui media sosial, mereka muat naik hantaran video kembalinya Kikan dan Ervin. Malah, berita itu menjadi khabar gembira buat seluruh peminat Cokelat yang merindukan formasi terbaik band ini. Terbaharu, Cokelat kembali ke Malaysia menerusi konsert yang bakal diadakan pada 7 September 2024 di Zepp Kuala Lumpur. Kikan mewakili Cokelat berkata, "Seperti semua tahu, kali terakhir Cokelat membuat persembahan di Malaysia adalah pada 14 tahun yang lepas. Memang sudah cukup lama. Kami berharap persembahan ini dapat mengubat rindu ...

ALYPH Keluar Single Terbahru - Dari Jah

Image
ALYPH, penyanyi dan bintang rap kelahiran Singapura yang pernah tular dengan lagunya "Swipe" dahulu baru sahaja melancarkan lagu terbaharunya berjudul ‘Dari Jauh’. Melalui karya "Dari Jauh", ALYPH meneroka rona-rona irama R n'B yang lebih perlahan, semestinya jauh beza dengan apa yang pernah beliau paparkan dalam karya-karya terdahulunya yang sarat dengan nuansa hip-hop. ALYPH menjelaskan bahawa "Dari Jauh" merupakan sebuah lagu putus cinta yang menyakitkan, mengisahkan seseorang yang tidak pernah memberikan waktu dan perhatian terhadap hubungannya dengan kekasih sendiri. Sehinggalah kekasihnya mendapat peluang yang besar dan terpaksa melangkah pergi darinya, barulah dia sedar tentang kesilapannya [5/22, 5:02 PM] Kelly 0122: menunjukkan betapa bangga dan gembiranya dia dengan kejayaan kekasihnya itu, sambil memberitahu bahawa yang dia sentiasa akan menyokongnya walaupun mereka sudah putuskan hubungan cinta. "Jadi, ilham untuk lagu ini ...

Yonnyboii, Kmy Kmo dan Luca Sickta ‘Perlu’ Bekerjasam

Image
Ketiga-tiga nama bintang HipHop ini sudah tidak asing lagi di dalam kalangan industri muzik Malaysia. Sejak membuat kemunculan beberapa tahun yang lalu, nama mereka kerap menjadi sebutan diatas pengahasilan lagu-lagu hit yang pernah mereka keluarkan nama-nama besar dunia nyanyian tempatan iaitu Dato Sri Siti Nurhaliza, Dato M. Nasir, Dato Jamal Abdillah dan Sufian Suhaimi. Terbaharu, Luca Sickta, Kmy Kmo dan Yonnyboii bergabung memperkenalkan sebuah lagi karya istimewa berjudul ‘Perlu’. Melodi dan lirik diiilhamkan oleh mereka sendiri selaku komposer dan penulis. “Saya membayangkan seolah-olah saya sedang berbual dengan diri saya dari masa lalu dan sedang cuba menyelamatkannya daripada masalah yang mengelilinginya. Saya ingin menyampaikan bahawa kita harus selalu menikmati hari ini dan jangan ragu-ragu walau apa pun yang bakal tiba di masa hadapan,” ujar Yonnyboii membuka bicara tentang lagu ini. Berbicara mengenai proses penciptaan dan penerbitan lagu, Luca Sickta menjelas...

ZIM ZIM ALA KAZIM‘Inspirasi Kisah Benar Dato’ Ustaz Kazim Elias Terkena Penyakit Misteri’

Image
Nama Dato’ Usyaz Kazim Elias sememangnya cukup dikenali ramai sebagai seorang pendakwah dan penceramah bebas. Malah, kisah beliau yang pernah berhadapan dengan penyakit misteri turut mendapat liputan pelbagai pihak. Maka, ia telah memberi inspirasi kepada syarikat produksi Mawi World Entertainment untuk mengangkat kisah berkenaan menjadi sebuah filem berjudul Zim Zim Ala Kazim. Penerbit dan pengarah, Mawi berkata, idea untuk menghasilkan filem tersebut bermula menerusi perjumpaan dengan dengan Ustaz Kazim. “Ketika berjumpa kami berborak dan beliau telah berkongsi tentang kisah penyakit misteri yang dialaminya itu. “Ia adalah satu kisah mistik dan sebenarnya apa yang dilalui Ustaz Kazim itu, saya juga pernah melalui keadaan yang lebih kurang dengan beliau,” jelasnya. Ujar Mawi, setelah perkongsian kisah berkenaan, akhirnya dia meminta kebenaran untuk menghasilkan sebuah filem yang mengangkat cerita tentang pengalaman yang dilalui pendakwah berkenaan berhadapan penyakit miste...

MEMOIR SEORANG GURU‘Kisah Seorang Guru Panas Baran Mengajar Di Sekolah Pedalaman, Adaptasi Novel Karya Penerima Anugerah Penulis S.E.A 1988 Azizi Haji Abdulla

Image
Bersempena dengan sambutan Hari Guru yang akan diraikan oleh seluruh warga pendidik di Malaysia pada 16 Mei 2024, Tanah Merah Ventures Sdn. Bhd. dan Kamalariff Holdings Sdn. Bhd. tampil dengan sebuah filem berjudul MEMOIR SEORANG GURU. Bukan sekadar naskhah biasa, filem ini juga adalah adaptasi daripada novel dengan judul yang sama hasil karya penulis popular, Allahyarham Azizi Haji Abdullah yang juga bekas seorang guru dan penerima Anugerah Penulis S.E.A. 1988 mewakili Malaysia. Penerbitnya,   Datuk Arisz Ab. Rahman berkata, pihaknya berminat untuk mengadaptasi novel  berkenaan ke sebuah filem kerana karya Allahyarham itu cukup isTmewa dan pernah menjadi  bahan sastera pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) suatu keTka dahulu.  “Kami akui sudah banyak filem kisah guru dan pelajar diterbitkan, namun Memoir Seorang Guru ini mempunyai kelainan kerana ia bukan sahaja menceritakan tentang hubungan anak murid dan guru sahaja. Airmata akan mengalir tanpa diseda...

Single Terbahru Delulu Ara Johari

Image
Penyanyi yang terkenal dengan lagu-lagu balada rock, Ara Johari keluar dari zon selesa melalui single baharunya berjudul Delulu. Delulu menjadi pertaruhan pertama Ara atau nama sebenarnya Nurfarrah Izzatie, 27, selepas membuat keputusan untuk bergerak di bawah pengurusan sendiri.  “Delulu berbeza daripada single saya sebelum ini. Boleh dikatakan sengle ini menunjukkan sisi lain Ara Johari yang biasa orang kenal saya dengan lagu jiwang dan sedih.  “Ini juga fasa baharu dalam kerjaya nyanyian saya di mana bergerak dibawah pengurusan sendiri,” ujarnya.  Lagu berentak Pop Dance ini merupakan hasil ciptaan Ara Johari berkolaborasi bersama Justin Seow & Ja’a.  Bercerita lanjut, penyanyi yang dikenali menerusi lagu Bunga dan Warkah Untukku ini berkata, Delulu membawa mesej ringan yang sesuai dengan situasi masa kini.  Tambahnya, ia juga hanya hiburan semata-mata yang tidak menyentuh mana-mana pihak.  “Delulu membawa maksud delusional atau ilusi ses...

alu memilih kerana kebanyakan karya lagu diterima itu memang sedap didengar.

Image
“Kepercayaan diberi oleh komposer dan penulis lirik kepada saya untuk merakamkan sesebuah lagu tidak akan saya ambil mudah. Oleh itu, saya akan pastikan beri komitmen penuh pada tanggungjawab yang diberi. "Saya hanya mampu mengucapkan berbanyak terima kasih di atas segala peluang yang diberi. Bagi saya, menjadi tanggungjawab saya untuk melakukan yang terbaik dalam kerja rakaman sesebuah lagu,” katanya. Tidak kisah dengan jolokan ‘Ratu Soundtrack’, naib juara program realiti, Akademi Fantasia musim kelapan itu hanya mahu kekal relevan dalam era muzik semasa. Adira menyifatkan dirinya bertuah apabila lagu runut bunyi yang dirakamkan kerap diputarkan baik di panggung wayang, kaca televisyen atau radio. Ini sekali gus, dapat mempopularkan lagu yang dinyanyikan. “Ia umpama promosi secara percuma apabila lagu yang dirakam dijadikan runut bunyi sesebuah filem atau drama rantaian. Jika mahu mengeluarkan bajet untuk mempromosikan lagu di kaca televisyen memerlukan kos yang ting...