JEP, RAHIM & PAK YA MENCARI BAKAT BAHARU UNTUK DIJADIKAN EDISI TERKINI SEPAHTU DALAM ‘MENCARI SEPAHTU YANG HILANG’
SEPAHTU, satu nama yang cukup dikenali dalam arena seni tanah air, khususnya di kalangan peminat genre komedi, lawak dan sitcom. Bertapak lebih dari 10 tahun dalam industri, kumpulan SEPAHTU yang kini dianggotai oleh Jep, Rahim dan Pak Ya, begitu disayangi ramai. Kehebatan mereka terbukti apabila program-program yang melibatkan ketiga-tiga figura ini sentiasa menjadi pilihan dan ditontoni ramai, serta merekodkan ‘rating’ tertinggi dari satu program ke program yang seterusnya. Dari ‘Meja Bulat Sepahtu’, ke ‘Warung Sepahtu’, ‘Sepahtu Reunion Al Puasa’, ‘Sepahtu Reunion Al Raya’, dan kini masih bergerak aktif di Astro Warna dengan ‘Sepahtu Reunion Live’, bersiaran secara langsung pada setiap hari Khamis. Selepas lebih sedekad, kini tiba masanya untuk SEPAHTU mencari muka baharu untuk dijadikan edisi terkini kumpulan mereka. Program ‘Mencari Sepahtu Yang Hilang’ ini akan bersiaran selama lapan (8) minggu dan bakal menemui peminat pada setiap hari Khamis mulai 2 Disember 2021, 9.00 malam, secara langsung menerusi saluran komedi, Astro Warna, saluran 107. Untuk pilihan lebih fleksibel, ia juga boleh distrim menerusi platform Astro GO dan On Demand. ‘Mencari Sepahtu Yang Hilang’ yang juga bertindak sebagai sebuah program pencarian bakat komedi baharu terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas. Terdahulu, pihak produksi telah memulakan usaha pencarian bakat-bakat baharu dengan menerima penyertaan secara atas talian dari 1 Jun hingga 31 Ogos lalu. Hampir 1,000 penyertaan solo dan berkumpulan (tidak
melebihi tiga orang untuk setiap kumpulan) telah diterima menerusi platform rasmi, Astro Gempak. Penyertaan tersebut kemudian disaring dan diadili oleh kumpulan SEPAHTU sendiri bersama barisan produksi, yang mana dari jumlah tersebut, 30 kumpulan telah disenarai pendek dan dijemput untuk 2 menghadiri sesi ujibakat secara fizikal di Kuala Lumpur. 12 kumpulan peserta dari penyertaan solo, duo dan trio kemudiannya telah dipilih untuk menyertai program terbaharu terbitan Astro Warna, “Mencari Sepahtu Yang Hilang” ini. Mereka adalah Yusra (solo), Muslim (solo), Arteh, Joned, Spana dan Sebat (kesemuanya peserta duo) serta Gahai, Pitu, Sepan, San, Siji dan Takal (peserta trio). Ahli kumpulan SEPAHTU, Jep, Rahim dan Pak Ya akan menggalas tanggungjawab sebagai ‘Juri’ untuk program ini. Pembahagian markah 100 peratus terdiri dari tiga (3) kategori utama; Idea (35%), Kreativiti (35%) dan Jalan Penceritaan (30%). Penyingkiran mingguan akan dibuat ke atas kumpulan yang mendapat markah terendah. Juara akan membawa pulang hadiah kemenangan sebanyak RM30,000 beserta trofi, manakala Naib Juara bakal membawa pulang RM15,000 beserta trofi. Tempat ketiga pula memenangi RM9,000, keempat sebanyak RM6,000 dan kelima dengan RM3,000, kesemuanya beserta trofi sumbangan Astro. Menariknya lagi, SEPAHTU juga akan memilih pemenang solo dari barisan finalis ini kelak dan
mengumumkan individu tersebut sebagai ahli terbaharu kumpulan SEPAHTU! Pemilihan akan dibuat menerusi skil lawak individu tersebut, tahap pencapaian dan persembahan mingguan beliau, idea dan kreativiti serta faktor-faktor sampingan lain. Ini merupakan misi utama penerbitan program “Mencari Sepahtu Yang Hilang”; untuk mencungkil bakat baharu yang memiliki pendekatan yang lebih segar dan kontemporari, mampu mewarnai dan menjadi pelapis pentas lawak tanah air, dan pada masa yang sama menjadi edisi terkini kumpulan SEPAHTU, seterusnya melengkapkan ‘keluarga komedi’ kesayangan rakyat Malaysia ini! Dalam pada itu, “Mencari Sepahtu Yang Hilang” turut mengalu-alukan kehadiran pelakon dan pelawak popular tanah air, saudara Ebby Yus dan penggiat teater, pelawak / pelakon senior, Datin Marlia Musa sebagai ‘Mentor’ kepada kesemua barisan peserta. Kedua-dua figura profesional yang cukup disegani ramai dalam arena seni ini bertindak sebagai tenaga pengajar yang akan berkongsi pendapat dan buah fikiran serta tip yang mampu membantu peserta memperbaiki dan menampilkan persembahan terbaik dari minggu ke minggu. 3 Pelakon wanita sensasi, Ramona Zamzam pula diberi kepercayaan untuk mengemudi program ini sebagai ‘Pengacara’ dan beliau akan ditemani pelakon / pelawak, Jiggy Masin sebagai hos untuk edisi sisipan di belakang pentas atau di sebalik tabir “Mencari Sepahtu Yang Hilang”. tiba masanya untuk kami mencungkil bakat baharu yang boleh mendapat bimbangan dan tunjur ajar secara langsung dari SEPAHTU dan juga barisan pelawak yang terlebih dahulu menempa nama dalam industri.” “Idea untuk mencari pelapis baharu SEPAHTU ini hadir dari Jep sendiri selaku ahli asal kumpulan ini selepas seorang lagi ahli terawal mereka, Shuib, membuat keputusan untuk berehat sementara bagi memberi sepenuh perhatian kepada bidang perniagaan yang beliau ceburi. Seperti orang mengantuk disorongkan bantal, kami di Astro Warna begitu mengalu-alukan idea beliau kerana penting untuk kami menyiapsediakan pentas lawak dengan wajah-wajah segar, pendatang baharu yang kami yakini mempunyai banyak lagi buah fikiran dan pendekatan komedi lebih menarik yang mungkin dilihat mampu menepati citarasa generasi masa kini, terutamanya
golongan muda. Bayangkan, gabungan idea pemain komedi senior yang lebih berpengalaman seperti SEPAHTU dengan anak-anak muda yang lebih terdedah kepada arus komedi masa kini terutamanya di ruangan media sosial, sudah tentu ia mampu mencetuskan satu ‘spark’ atau ledakan hebat! Sebagai saluran komedi yang pertama di Malaysia dan setelah lebih sedekad berada dekat dengan hati penonton, kami merasakan adalah menjadi tanggungjawab kami di Astro Warna untuk terus memastikan arena lawak perlu terus ‘hidup’ dan berada di liganya yang tersendiri dalam industri seni tanah air. Bertitik tolak dari situlah tercetusnya idea untuk menzahirkan “Mencari Sepahtu Yang Hilang”, sebuah program pencarian bakat dan pada masa yang sama merealisasikan impian SEPAHTU untuk mempunyai ahli terbaharu dalam kumpulan mereka. Platform seperti ini wajar diberikan agar akan ada lebih ramai lagi pelapis pemain komedi di masa hadapan yang mampu untuk terus menyemarakkan lagi arena lawak negara.” “Mencari Sepahtu Yang Hilang” akan menyaksikan 12 kumpulan peserta diberi tugasan untuk melakukan sketsa di hadapan juri tetap yang dibarisi oleh ahli kumpulan SEPAHTU, Jep, Rahim dan Pak KENYATAAN RASMI PENGURUS SALURAN ASTRO WARNA, NORZEHA MOHD SALLEH “Komedi merupakan salah satu genre hiburan utama pilihan rakyat Malaysia, justeru penting buat kami di Astro Warna khususnya untuk sentiasa tampil dengan pengisian atau kandungan-kandungan yang lebih segar, unik dan terkini dari masa ke masa demi memenangi hati penonton di luar sana. SEPAHTU merupakan sebuah kumpulan yang begitu disayangi ramai. Lebih 10 tahun menjadi pemain komedi di panggung seni negara ini, kehadiran SEPAHTU dalam setiap program-program yang kami terbitkan sentiasa merekodkan kadar tontonan atau ‘rating’ yang tinggi. Jep, Rahim dan Pak Ya merupakan tiga watak atau sosok figura yang sentiasa berjaya membuatkan penonton terhibur dan tidak kering gusi dengan lawak-lawak spontan mereka, justeru kami merasakan, kini sudah 4 Ya. Mereka diperlukan untuk mempersembahkan sketsa berdasarkan kepada tema mingguan yang diberikan pihak produksi. Di antara tema utama termasuklah, ‘Bebas’, ‘Muzikal’ dan ‘Minggu Istimewa Bersama Selebriti
Jemputan’. 100 peratus keputusan adalah di tangan juri. Mengangkat tema “Lawak Bau Kedai”, konsep utama yang melatari penerbitan program ini, bertujuan untuk mengembalikan atau mengangkat semula komedi ke satu tahap terhebat dengan variasi lawak yang lebih segar, moden, terkini dan kontemporari. Lebih ‘fresh’ dan mengikut trend atau kemahuan hari ini serta mampu menarik hati penonton! Jangan lupa temujanji anda bersama SEPAHTU dalam “Mencari Sepahtu Yang Hilang” pada setiap hari Khamis mulai 2 Disember 2021, 9.00 malam, secara langsung menerusi saluran komedi, Astro Warna, saluran 107. Untuk pilihan lebih fleksibel, ia juga boleh distrim menerusi platform Astro GO dan On Demand.
Comments
Post a Comment