DEBARAN PENGUMUMAN 10 LAGU KEDUA YANG BAKAL BERENTAP DI SEPARUH AKHIR MUZIK MUZIK 36
Muzik Muzik, sebuah program variasi yang memaparkan carta mingguan lagu-lagu paling popular di Malaysia bakal memulakan pusingan separuh akhir untuk edisi yang ke 36 pada 31 Disember 2021 dan 1 Januari 2022. Secara keseluruhan, 30 buah lagu Muzik Muzik 36 bakal bertanding di pusingan separuh akhir.
Hari ini, peminat muzik tanah air bakal mengetahui 10 buah lagu lagi yang tersenarai ke pusingan separuh akhir. Suasana studio turut dimeriahkan dengan artis jemputan iaitu MK K-Clique dan Pasya. Bersama - sama dengan hos, Alif Satar dan Sissy Imann, senarai 10 lagu yang kedua diumumkan menerusi siaran langsung program Muzik Muzik 36.
Berikut ialah SENARAI 10 LAGU KEDUA MUZIK MUZIK 36 YANG BERJAYA MARA KE SEPARUH AKHIR:
(Klik sini untuk senarai terkini lagu-lagu yang bertanding di separuh akhir Muzik Muzik 36)
Teruskan menonton Muzik Muzik 36 pada 5 Disember 2021 untuk mengetahui 10 lagu terakhir yang bakal bertanding di pusingan separuh akhir nanti.
Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia
Comments
Post a Comment