Skip to main content

Exists Mengukir Sejarah Bakal Mengadakan Konsert Dengan Gabungan Simfoni Orkestra Dalam Konsert Exists X Orkestra.


 


Selepas 32 tahun mengukuhkan kerjaya seni mereka sebagai band muzik rakaman

profesional, Exists akhirnya mengukir sejarah apabila mereka bakal mengadakan konsert

dengan gabungan simfoni orkestra dalam Konsert Exists X Orkestra.

Dianjurkan Persatuan Global Malaysia, konsert tersebut bakal diadakan di Megastar Arena

Kuala Lumpur pada 22 Disember 2023 ini, bermula jam 8.30 malam.

Exists yang dianggotaiA jai, Ujang, Musa, Along, Mamat dan Ezad mengakui bahawa konsert

tersebut bakal menjadi satu sejarah peribadi buat diri dan kerjaya muzik mereka.

“Bergabung dengan para pemuzik orkestra yang hebat memang sudah menjadi impian

sekian lama. Tanyalah kepada mana-mana band, kugiran atau pemuzik, salah satu impian

mereka pasti mahu melakukan persembahan konsert atau bergabung dengan orkestra.

“Kami fikir dengan sudah banyak melakukan persembahan daripada skala kecil kepada skala

besar, dengan usia 32 tahun Exists, ini adalah masa yang sesuai untuk kami berkolaborasi

dengan orkestra.

“Selama ini kami hanya menunggu waktu yang sesuai untuk menjayakan sebuah

persembahan kolaborasi seperti ini. Akhirnya, impian itu tercapai jua. Exists sendiri tidak

sabar untuk mencipta sejarah ini.

“Apapun terima kasih yang sebesarnya mahu kami sampaikan kepada peminat kerana jika

tanpa sokongan dan kepercayaan bahawa Exists masih relevan dan perlu terus hidup dalam

industri ini, mungkin Exists tidak akan wujud lagi,” kata Along.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Exists memang dilihat cukup aktif mengadakan

konsert di dalam dan di luar negara khususnya di Singapura dan Indonesia. Bahkan,

mereka juga turut mempamerkan kredibiliti mereka sebagai pemuzik profesional di pentas

berprestij Dewan Filharmonik Petronas.

Untuk Konsert Exists X Orkestra, tiket dijual pada harga Tiket-tiket berharga bermula RM

568, RM 468, RM 368, RM 268 dan RM 168 dan boleh dibeli menerusi laman sesawang

Www.MyTicket.Asia.

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT 5 RUKUN GABUNG LIMA ARTIS NASYID TERKEMUKA, KESINAMBUNGAN DARIPADA ALBUM SAHABAT SELAMANYA

  Hiburan dakwah adalah suatu pendekatan yang cukup relevan pada masa kini khususnya untuk golongan muda pada zaman ini yang banyak sekali terdedah dengan hiburan dan muzik dari barat. Ia juga satu medium untuk mendidik akhlak, menerapkan pemahaman tentang ilmu Islam, meningkatkan keimanan dan meningkatkan keinsafan manusia terhadap Allah SWT sebagai Tuhan Yang Menciptakan Alam Semesta ini. Bagi membantu melonjakkan semula kegemilangan irama nasyid agar ia kembali bernafas semula serta mampu mencetuskan fenomena seperti mana yang pernah berlaku pada awal 90-an dahulu, MAC Training Centre Sdn Bhd telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan KONSERT 5 RUKUN yang bakal diadakan di ZEPP, KUALA LUMPUR pada 15 September , bermula 8.30 malam. Bakal berlangsung selama dua jam, konsert ini juga turut mengangkat lima karektor utama yang diraikan di dalam sejarah industri nasyid Malaysia iaitu Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestica dan Daqmie @ Azmi Manap.  Ia juga sebagai satu kesinam