Suara Hidup Syafiq Abdilah, inspirasi OST K-Drama
Penyanyi berusia 24 tahun ini memulakan kerjaya
nyanyian di negara kelahirannya, Brunei. Namun, namanya
mula menjadi sebutan di sini
selepas terbabit dalam program realiti, Big Stage musim
keempat, tahun lalu.
Biarpun tidak bergelar finalis, Syafiq atau nama
sebenarnya Mohammad Syafiq Abdilah Soony
berjaya membuka mata peminat muzik tanah air akan bakat
dimiliki. Dari satu sudut lain,
Syafiq antara bintang baharu yang wajar diberikan
perhatian.
Selepas muncul dengan single Kekal sekitar Mac lalu,
Syafiq tidak menunggu lama untuk
menghadiahkan buah tangan terbaharu berjudul Suara Hidup.
Menurut Syafiq, lagu hasil nukilan Navigator dan Pique
yang sudah dicipta sejak 2020 itu
membawakan ‘vibe’ baharu dan berbeza dengan single
sebelumnya.
Syafiq Abdilah, penyanyi lagu ini menerangkan bahawa,
Suara Hidup adalah lagu yang sangat
berbeza daripada Kekal. Mesej yang ingin disampaikan
dalam lagu ini adalah betapa
pentingnya seseorang itu dalam hidup kita. Lagu ini juga
membawa ‘vibe’ yang baharu kerana
ia diinspirasikan daripada lagu balada Korea dan OST
K-Drama.
Seperti lagu Kekal, Syafiq tidak terbabit dalam poses
penulisan lagu Suara Hidup. Sebenarnya,
lagu ini mula dicipta pada 2020 dan pertama kali
mendengar demo lagu ini pada tahun itu
juga. Pada masa itu hanya bahagian korus yang sudah
ditulis dan tahun lalu barulah Pique
menyiapkan lagu ini
bersama Navigator.
Berkongsi lanjut, Syafiq berkata proses rakaman lagu itu
mengambil masa yang panjang
kerana perlu memberikan sepenuh emosi. Bagi Syafiq, lagu
ini mengambil masa yang begitu
panjang untuk dirakam. Ia kerana sukar untuk dia
menyampaikannya dengan penuh emosi
yang sesuai dengan lagu Suara Hidup ini.
Syafiq juga ingin mengambil kesempatan ini untuk
berterima kasih kepada Banni Basyishar
yang turut membantu semasa proses rakaman. Tidak
melupakan Mike Chan yang membantu
memilih ‘take vocal’ yang paling sesuai untuk lagu ini.
Mengenai video muzik (MV) lagu Suara Hidup, menurut
Syafiq jalan ceritanya adalah
kesinambungan daripada lagu Kekal.
MV Suara hidup adalah kesinambungan daripada MV Kekal
yang menceritakan perjalanan
kisah cinta pasangan yang diwatakkan oleh Hakim Parker
dan Sara Mack Lubis. Pada
penghujung MV Kekal, ia diakhiri dengan ‘clif hanger’
apabila watak Hakim melintasi Sara
seperti tidak pernah berkenalan sama sekali. Jadi,
menerusi MV Suara Hidup ini akan
terangkan dan menjawab segala persoalan semua yang sudah
menonton MV Kekal.
Syafiq menerangkan bahawa, MV Suara Hidup ini membabitkan
pasukan sama yang
menjayakan MV Kekal iaitu pengarah adalah Harith Zazman
dan pengarah fotografi adalah
Asyrafiqal. Tidak ketinggalan Hakim dan Sara turut serta
untuk menyampaikan cerita MV ini.
MV Suara Hidup dirakam serentak bersama rakaman MV Kekal
pada awal tahun ini dan
mengambil masa dua hari di beberapa lokasi yang terpilih.
Dalam pada itu, Syafiq mengakui terdapat cabaran yang
perlu dilalui sepanjang proses
menghasilkan lagu dan MV. Cabaran tersebut terdapat dalam
proses menyiapkan lagu ini
adalah semasa proses rakaman. Ini kerana ia adalah lagu
‘slow ballad’ pertama yang Syafiq
rakamkan dan lagu ini perlu disampaikan dengan penuh
emosi.
Syafiq jelaskan bahawa, bagi rakaman vokal sahaja kami
mengadakan lebih daripada empat
sesi dan lebih dari lima versi lagu ini. Tetapi,
alhamdulillah, proses rakaman MV semuanya
berjalan dengan lancar.
Syafiq berharap semua pendengar akan suka dan juga boleh
‘relate’ dengan lagu Suara Hidup.
Suara Hidup merupakan projek JV antara Universal Music
Malaysia dan 1212.
Suara Hidup boleh didengari di semua platform digital
seperti Spotify, Apple Music, Deezer
dan YouTube Music, sementara video muziknya boleh
ditonton di saluran YouTube Universal
Music Malaysia
Comments
Post a Comment