Siri jelajah album, Amir Masdi janji persembahan ‘A Class’
Selepas berjaya melancarkan album solo pertama berjudul Amir Masdi, penyanyi yang
mendapat jolokan ‘rockstar’ ini sekali lagi melakar sejarah tersendiri dalam kerjaya seninya
apabila bakal mengadakan siri jelajah album di Hard Rock Café, Melaka pada 15 September
ini.
Bagai bulan jatuh ke riba, Amir, 27, atau nama sebenarnya Amir Syazwan
Masdi menyifatkan penganjuran siri jelajah album Amir Masdi itu satu daripada impiannya.
Menurut Amir, projek itu juga adalah bonus kepada penerbitan album terbabit yang
memuatkan 12 lagu selain berharap ia dapat dilaksanakan di seluruh tanah air.
“Untuk ‘album tour’ ini memang menjadi impian saya. Kalau ada album sahaja saya belum
betul-betul puas, tapi kalau dapat buat ‘album tour’ satu Malaysia itu adalah bonus untuk
projek ini.
“Saya sangat gembira dan bersyukur apabila dapat menjayakanya di lokasi pertama di Hard
Rock Cafe, Melaka. Kalau tanya penyanyi lain lokasi itu sangat baik sekiranya mahu
membuat persembahan.
“Kalau ikutkan memang risikonya agak tinggi sebab ada tiket dan perlu pergi banyak lokasi.
Tapi, saya tengok ramai peminat yang minta untuk buat ‘showcase’. Tapi kalau saya buat di
tempat yang sama nanti orang akan bosan. Jadi, saya dengan pihak pengurusan buat ‘album
tour’ supaya dapat menjual album ini ke seluruh negara,” katanya.
Berkongsi lanjut, Amir yang juga calon Top 5 bagi kategori Penyanyi Lelaki Popular pada
Anugerah Bintang Popular BH ke-35 baru-baru ini bakal menyanyikan kesemua lagu
daripada album itu.
Malah, Amir yakin dengan tawaran harga tiket yang mampu milik membolehkan
peminatnya hadir untuk sama-sama menikmati persembahan bertaraf ‘A Class’.
“Ini juga adalah projek yang bangus sebab saya dapat berjumpa dengan peminat dari
pelbagai negeri di Malaysia. Dalam perancangan, kami mahu jayakan di sebanyak lokasi
yang mampu. Kalau boleh memang nak buat di setiap negeri, tapi itu akan diuruskan
kemudian. Pada persembahan nanti, kesemua 12 lagu daripada album itu akan dinyanyikan
termasuk beberapa lagu ‘cover’.
“Tiket sudah mula dijual minggu lalu dan terhad kira-kira 1,000 orang di Hard Rock Café.
Melaka. Tapi, peringkat awal tiket akan dijual sebanyak 300 dahulu. Kalau ada sambutan lagi
700 akan dibuka. Harga tiket bermula dengan RM100. Penonton akan dapat tiket fizikal dan
gelang tangan. Cenderahati dan album fizikal akan dijual nanti. Mereka yang msuk dengan
tiket boleh beli cenderahati itu,” katanya.
Dalam masa sama, Amir dengan bangganya berkongsi yang album pertamanya itu sudah
habis terjual dan proses cetakan kedua sedang rancak dibuat.
“’Batch’ pertama sudah habis terjual sebanyak 300 unit pada ‘showcase’ baru-baru ini. Jadi,
pada ‘album tour’ ini adalah cetakan baharu dan cenderahati yang akan dijual pada hari
kejadian nanti khas untuk orang yang datang. Cenderahati ini tak sama dengan sebelum ini,
ia ada kelainan sedikit.
“Bagi cetakan kedua dalam 250 ke 300 unit. Hard Rock Cafe juga ada umumkan satu perkara
yang istimewa untuk ‘album tour’ saya ini. Saya adalah artis pertama yang membuat
persembahan pada hari ulang tahun ke-10 mereka. Apabila dapat tahu saya terkejut sebab
bukan senang untuk menyanyi di Hard Rock apatah lagi mengadakan ‘showcase’,” katanya.
Comments
Post a Comment