Skip to main content

-KARNIVAL MEGA SURIA DISAMBUT MERIAH LEBIH 40,000 PENGUNJUNG!

 



Selepas dua hari Suria FM berkamp ung di Padang Timur, MBPJ, Petaling Jaya pada 16 September 2023 (Sabtu) dan 17 September 2023 (Ahad) lalu, Karnival Mega Suria (KMS) telah melabuhkan tirainya dengan berjaya mencuri tumpuan lebih 40,000 pengunjung yang hadir seawal jam 7 pagi sehingga 12 tengah malam. 

 

Malah jumlah tontonan di platform digital Suria iaitu di Youtube Suria TV, Facebook, Tiktok Suria FM, dan Aplikasi Suria Malaysia berjaya mencatatkan lebih 250,000 jumlah ton l tonan sepanjang acara berlangsung. 

 

Pengurus Besar Suria FM, Rosli nda Abdul Majid (DJ Lin), meluahkan rasa syukur diatas sambutan luar biasa daripada para pengunjung ke KMS walaupun dalam keadaan cuaca yang tidak menentu. 

 

“Terima kasih kepada rakan penaja diatas kerjasama baik bagi menjayakan karnival ini, juga tidak dilupakan buat semua pengunjung yang hadir memeriahkan acara pada Sabtu dan Ahad lalu. Ini merupakan kali pertama Suria FM mengambil inisiatif baru dengan menganjurkan satu program berskala besar yang berlangsung selama dua hari berturut-turut dengan pelbagai pengisian menarik bertemakan kekeluargaan” 



“Mulanya sangat berdebar untuk menganjurkan karnival berskala besar, tapi inisiatif ini merupakan satu peluang bagi Suria FM untuk meneroka idea baru dalam usaha memperkukuhkan lagi jenama Suria di masa mendatang sekaligus para pengunjung dapat meluangkan masa lebih lama bersama barisan penyampai dan artis yang hadir”.  

 

Sambutan yang diterima daripada orang ramai di luar jangkaan, dan antara tarikan menarik yang dinanti-nantikan oleh pengunjung adalah aktiviti zumba kelolaan Hanif Shawn dan Achai, 


pertandingan mewarna kanak-kanak bersama Majalah Kuntum, juga pertandingan karaoke yang berlangsung sekitar jam 2.00 petang telah disertai lebih 30 orang peserta! 


Rata-rata pengunjung turut teruja menyaksikan persembahan istimewa dari barisan artis baharu (BBNU) seperti Diana Danielle, Razzuan, Haziq Hisham, Iqmal Romi, Syafiq Abdillah, Alyssa Dezek, Xone, Aiman Nomad, Santosh Logandran & How1e, Athalia, Fahimi, Killa Driz, Chaca Tisha, Zali Rusli dan Nurul Iman! Mereka juga berpeluang merakamkan memori indah bersama barisan penyampai Suria FM, menyertai pelbagai aktiviti menarik di booth Kedai Suria dan booth-booth yang tersedia di KMS”l'an ‘Fun Ride Mega Suria @ PJ’ pada 17 September 2023 (Ahad) yang berjaya mencatatkan lebih 500 pernyertaan dari peminat sukan berbasikal sekitar negeri Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, Johor Bahru dan banyak lagi. Aktiviti kayuhan melibatkan jarak sejauh 40 kilometer itu bermula dari jam 7.00 pagi sehingga 11.00 pagi. 


Keseronokan KMS tidak berhenti di situ sahaja! Ribuan pengunjung yang hadir turut dihiburkan dengan Konsert Karnival Mega Suria yang berlangsung selama dua malam berturut-turut bermula pada pukul 9.00 malam sehingga 12 tengah malam dengan menampilkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sebagai gimik persembahan pembukaan juga persembahan istimewa dari barisan penyanyi popular tanah air seperti Bunkface, Dayang Nurfaizah, Masdo, Dolla, Floor 88, Aris Ariwatan, Amir Masdi & The Band, Muss, Nabila Razali, Insomniacks, Ameng, Baggio, Baby Shima dan ramai lagi! 


.

 

 

 

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

Wings Tawar Harga ‘Rahmah’, Hargai Sokongan Peminat Muzik itu satu rakaman masa, ianya terus berevolusi bergerak merentas zaman malah mendedikasikan sebuah revolusi buat penggemar baru dan lama, begitu juga dengan Wings yang terus terbang menggapai kejayaan yang seakan tiada noktah malah pasti ada kejutan dalam membina empayar dan perluasan pengaruhnya. Justeru itu tidak hairanlah mengapa Wings terus ‘meragut magis’ ratusan malah ribuan peminat yang sentiasa dahagakan aksi bertenaga Wings di atas pentas. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur’ menjadi wadah signifikasi yang seterusnya dengan tema yang dibawa! ‘Kuasa dan kemenangan’ itu telahpun  dicipta di pentas The Star Theatre , Singapura pada 29 Julai lalu,  tidak adil rasanya ‘kuasa’ itu tidak digagaskan di Malaysia apatah lagi ianya tempat di mana Wings ditubuhkan sejak 38 tahun yang lalu. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter’ dianjurkan oleh Rumah Produksi Merah manakala Awie Entertainment bertindak seba