Sungguh Kamu Aku Rindu (SKAR) versi akustik, lebih segar
Lagu Sungguh Kamu Aku Rindu (SKAR) yang
dilancarkan secara rasmi pada Mac lalu kian mencuri
perhatian pencinta muzik tanah air.
Malah, lagu ciptaan Fahimi Rahmat bersama Mike Chan itu
turut mendapat maklum balas
positif peminat.
Menariknya, lagu duet yang menampilkan Athalia dan Fahimi
Rahmat atau Fahimi itu kini
diterbitkan dalam versi akustik yang sudah dilancarkan sejak
27 Ogos lalu.
Menurut Fahimi, SKAR versi akustik tidak mengambil masa yang
lama untuk dihasilkan
memandangkan lagu dan melodi asalnya sudah dianggap
sempurna. SKAR versi akustik ini
mengambil masa lebih kurang seminggu untuk dihasilkan.
Kiranya tidak lama sebab untuk kali
ini, versi akustik, jadi struktur lagu SKAR tidak berapa
jauh dengan produksi yang lama.
Fahimi menerangkan, untuk kali ini kita penuhkan SKAR
akustik dengan gitar yang mana ia
dimainkan oleh Pown Hasril.
Fahimi berkata, proses penghasilan versi akustik
dipermudahkan tanpa sebarang cabaran
melainkan dia dan Athalia mendapat satu lagi pengalaman
baharu dalam kerjaya mereka. Tapi
ia satu pengalaman yang menarik sebab Fahimi mendapat
peluang untuk mengubah lagu
akustik yang kebanyakan instrumen digunakan adalah gitar.
SIARAN MEDIA
Fahimi berkata, perkara yang sangat menarik apabila kita
dapat dengar hasilnya. Sesi rakaman
tidak mengambil banyak masa. Bagi Fahimi dan Athalia, mereka
sudah tahu apa yang perlu
dilakukan dalam lagu ini.
Menerusi versi akustik itu, Fahimi berharap SKAR semakin
diterima baik kerana ‘vibes’ yang
ditampilkan sesuatu yang cukup istimewa.
Menurut Fahimi, versi akustik ini adalah idea daripada
pasukan dan sebenarnya sebelum itu
Fahimi juga terfikir untuk membuat versi tersebut. Dalam
masa sama, Athalia juga berbincang
mengenai versi ini.
Sementara itu, Athalia menyifatkan kerjasama dengan Fahimi
menjadikan penghasilan lagu
SKAR versi akustik lebih bermakna.
Athalia berkata, SKAR mengisahkan mengenai rasa rindu yang
amat mendalam terhadap
kehilangan seseorang sama ada dalam bercinta atau pemergian
seseorang yang sudah tidak
ada di dalam dunia ini atau dalam hidup kita.
Athalia menerangkan, biarpun proses rakaman lagu SKAR agak
mencabar kerana ia
membabitkan dua gabungan suara antara lelaki dan perempuan
yang mempunyai nada yang
berbeza, tapi setelah berlatih, kami berjaya untuk mendapat
nada yang sesuai.
Athalia berkata bagi proses video SKAR pula agak ‘fun’ dan
semua sudah memberi kerjasama
yang baik untuk menjayakan penggambaran video SKAR versi
akustik ini.
SIARAN MEDIA
Lirik lagu SKAR mengenai menghargai keberadaan orang lain
adalah hal yang sederhana tapi
amat bermakna. Hargai setiap insan yang kita sayang selagi
mereka masih bernyawa.
Lagu SKAR adalah kolaborasi ulung dua bakat muda itu
merupakan hasil kerjasama antara
label Universal Music dan Faithful Music.
SKAR versi akustik boleh didengari di semua platform digital
seperti Spotify, Apple Music,
Deezer dan YouTube Music, sementara video muziknya boleh
ditonton di saluran YouTube
Universal Music Malaysia
Comments
Post a Comment