Skip to main content

Apa sudah jadi pada Yonnyboii?

 



Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba saja semua gambar pada akaun Instagram milik penyanyi,

rapper dan komposer Yonnyboii hilang.

Dalam kalangan peminat dan warganet semua tertanya-tanya apa sudah jadi. Adakah Yonny

dalam keadaan okay? Masakan tidak, Yonny yang sebelum ini aktif memuat naik hantaran

gambar dan video aktiviti seni lenyap begitu saja.

Malah, peminat juga tidak dapat lagi melihat momen Yonny bersama isteri, Nik Nazira

Narriman seperti yang dikongsikan sebelum ini.

Sehingga kini, Yonny atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin juga

masih senyap membisu tanpa sebarang kenyataan bagi menjelaskan perkara itu.

Wakil Universal Music Malaysia Anne Mukhtar, ketika dihubungi memaklumkan Yonny

mahu diberikan ruang seketika sebelum kembali memulakan kerja seninya.

“Insya-Allah, Yonny okay. Doakan dia baik-baik saja. Buat masa sekarang kita beri dia masa

dan ruang untuk bertenang. Sampai masa nanti, dia akan muncul dan kembali semula,”

katanya.

Sebelum ini, Yonny berkongsi khabar gembira apabila isterinya selamat melahirkan cahaya

mata pertama mereka pada bersamaan hari Awal Muharram. Bayi lelaki seberat tiga

kilogram itu lahir secara normal di sebuah hospital di Petaling Jaya pada pukul 4 pagi.

Kali terakhir Yonny muncul dengan single baharu berjudul Flash & Dash, kolaborasi bersama

Guccimith, telah mencapai 200,000 tontonan di YouTube. Lagu itu adalah hasil ciptaan

bersama SonaOne dan Wolfy.

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT 5 RUKUN GABUNG LIMA ARTIS NASYID TERKEMUKA, KESINAMBUNGAN DARIPADA ALBUM SAHABAT SELAMANYA

  Hiburan dakwah adalah suatu pendekatan yang cukup relevan pada masa kini khususnya untuk golongan muda pada zaman ini yang banyak sekali terdedah dengan hiburan dan muzik dari barat. Ia juga satu medium untuk mendidik akhlak, menerapkan pemahaman tentang ilmu Islam, meningkatkan keimanan dan meningkatkan keinsafan manusia terhadap Allah SWT sebagai Tuhan Yang Menciptakan Alam Semesta ini. Bagi membantu melonjakkan semula kegemilangan irama nasyid agar ia kembali bernafas semula serta mampu mencetuskan fenomena seperti mana yang pernah berlaku pada awal 90-an dahulu, MAC Training Centre Sdn Bhd telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan KONSERT 5 RUKUN yang bakal diadakan di ZEPP, KUALA LUMPUR pada 15 September , bermula 8.30 malam. Bakal berlangsung selama dua jam, konsert ini juga turut mengangkat lima karektor utama yang diraikan di dalam sejarah industri nasyid Malaysia iaitu Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestica dan Daqmie @ Azmi Manap.  Ia juga sebagai satu kesinam