DOLLA ‘VIRAL’ MENARI DI BUKIT BINTANG SEMPENA MV DAMELO

 


Sejak mula membuat kemunculan kali pertama pada

2019, nama ‘girl group’ DOLLA kian mencipta populariti. Imej dan bakat yang dipertaruhkan

juga dilihat seiring dengan muzik yang dibawa.

Malah, DOLLA yang dianggotai oleh empat wanita iaitu Tabby, Sabronzo, Angel dan Syasya

terus mengukuhkan pengaruh mereka apabila berjaya memenangi beberapa anugerah

berprestij tanah air.

Terbaharu, DOLLA yang popular menerusi lagu Dolla Make You Wanna mengekalkan

dominasi sebagai Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular pada Anugerah Bintang

Popular BH ke-35 baru-baru ini.




Seiring dengan peredaran muzik semasa, DOLLA nekad untuk terus menyajikan peminat

muzik tempatan dengan karya atau lagu yang lebih segar.

Buktinya, single terbaharu DOLLA menampilkan Hard Lights berjudul DAMELO yang

dilancarkan awal bulan ini sekali lagi ‘trending’ dan menjadi buah mulut. Malah, video muzik

(MV) DAMELO menduduki tangga teratas carta trending di YouTube dan YouTube Music.

Di Spotify pula, DAMELO berjaya menduduki playlist New Music Friday di beberapa buah

negara seperti Korea, Singapore, Thailand, Filipina, Indonesia dan juga Vietnam.

Bersempena pelancaran lagu dan MV DAMELO juga, DOLLA secara eksklusif

mempersembahkan video muzik DAMELO berdurasi 15 saat di Billboard WOLO, Bukit

Bintang. Ia satu inisiatif yang cukup membanggakan buat syarikat rakaman Universal Music

Malaysia.

Tidak hanya itu, DOLLA yang juga terkenal dengan kelincahan ketika membuat persembahan

turut menari di hadapan Billboard di lintasan jalan kaki di Bukit Bintang.

"Ini adalah salah satu rangka promosi bagi menghangatkan lagi single terbaharu

DOLLA. Selain video 15 saat DOLLA DAMELO MV di Billboard WOLO Bukit Bintang,

mereka juga menari di hadapan Billboard di lintasan pejalan kaki.

"Inisiatif ini juga daripada DOLLA sendiri untuk meuar-uarkan sekali gus menzahirkan rasa

bangga mereka apabila MV DAMELO ditayangkan di Billboard. Apatah lagi, kawasan itu

juga tumpuan orang ramai termasuk pelancong luar negara," kata wakil Universal Music

Malaysia.

Dalam masa sama, inisiatif yang dilancarkan ini juga bersempena dengan kempen TikTok

challenge #DOLLADAMELO.

Nantikan juga video yang merakamkan segala aktiviti DOLLA dalam rangka

mempromosikan single DAMELO ini yang bakal disiarkan di saluran YouTube mereka.

Ayuh tonton DOLLA menari tarian DAMELO di hadapan WOLO DI SINI.

 

 

 

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

PEMENTASAN TEATER DI SEBALIK TOPENG KETENGAHKAN ISU KESIHATAN MENTAL

Konsert Hitam Manis,Datuk Hattan, Hazama dan Black berpadu suara!