Skip to main content

Yonnyboii Tampilkan Aneka ‘Persona

 



Sejak membuat kemunculan dalam industri seni muzik

tempatan, penyanyi hip hop yang semakin meningkat naik Yonnyboii telah banyak menghasilkan karya-

karya hebat yang mencuri perhatian peminat genre tersebut.

Malah pada tahun 2022 Yonnyboii telah memenangi anugerah Album Terbaik di acara Anugerah

Industri Muzik. Dengan kemenangan tersebut, bintang muda itu berjaya membawa pulang trofi serta

geran Dana Kandungan Digital berjumlah RM 200,000 dari MyCreative Ventures dan Kementerian

Komunikasi Digital.

Berkat bantuan geran tersebut, Yonnyboi telah berjaya berkarya dengan lebih meluas dan melahirkan

album yang lebih berkualiti.

Dana tersebut telah digunakan untuk setiap aspek pembikinan album termasuk penerbitan lagu, video

muzik serta perbelanjaan pemasaran dan promosi.

Salah satu rancangan pemasaran yang bakal diadakan adalah sebuah majlis pelancaran album yang

istimewa. Ia bakal diadakan pada tanggal 7 Oktober 2023 di Putrajaya Challenge Park – Skatepark

secara besar-besaran dari jam 4 petang hingga malam.

Semestinya, ini bakal menjadi satu sejarah kerana belum ada penyanyi yang mengadakan pelancaran

album di lokasi seperti ini dengan skala gergasi. Ramai dijangka bakal meluangkan waktu di acara

tersebut.


Di samping itu bintang ini juga pernah tercalon untuk anugerah muzik paling berprestij di Malaysia

iaitu Anugerah Juara Lagu.

Kini, bintang ini muncul lagi dengan sesuatu yang lebih istimewa iaitu sebuah lagi album penuh

berjudul Persona. Album ini menceritakan perjalanan beliau dalam mencari jatidirinya yang sebenar,

khasnya melalui muzik.

Yonnyboii berkata, album ini menceritakan bagaimana dia mencari bunyi yang juga identitinya sendiri.

Yonnyboii melalui beberapa persona untuk mencari identiti ini. Jadi album ini menggambarkan

personanya dalam setiap lagu. Kesemua lagu dalam album ini berbeza-beza mengikut personanya yang

bervariasi.

Album ini turut menampilkan ramai nama-nama terkenal dalam arena hip hop serantau termasuk

kawan-kawan baik Yonnyboii sendiri seperti SonaOne, MeerFly, Killa Driz, Guccimith, Alyph, Tommy

King serta Adam E.

“Kesemua mereka memberikan masukan yang berbeza dan mereka memang gila-gila. Saya senang

sekali bekerjasama dengan mereka yang memang berbakat,” ulasnya mengenai kolaborasi bersama

rakan-rakan seperjuangannya.

Bila ditanya tentang cabaran dalam menghasilkan album ini, Yonny menjelaskan hanya satu cabaran

yang nyata iatu dirinya terpaksa bijak membahagikan masa.

Yonnyboii berkata, pada waktu album ini disempurnakan, waktu agak suntuk dan isterinya sedang

hamil dan kemudian melahirkan anak mereka. Jadi Yonnyboii terpaksa menyelitkan masa untuk

memberi perhatian pada isteri dan anak selain memastikan album siap dengan baik. Jadi itu cabaran

tersebar untuk album ini.


Yonnyboii turut berharap album ini bakal disukai oleh kesemua peminatnya sepertimana beliau

menyukai album in

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

Wings Tawar Harga ‘Rahmah’, Hargai Sokongan Peminat Muzik itu satu rakaman masa, ianya terus berevolusi bergerak merentas zaman malah mendedikasikan sebuah revolusi buat penggemar baru dan lama, begitu juga dengan Wings yang terus terbang menggapai kejayaan yang seakan tiada noktah malah pasti ada kejutan dalam membina empayar dan perluasan pengaruhnya. Justeru itu tidak hairanlah mengapa Wings terus ‘meragut magis’ ratusan malah ribuan peminat yang sentiasa dahagakan aksi bertenaga Wings di atas pentas. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur’ menjadi wadah signifikasi yang seterusnya dengan tema yang dibawa! ‘Kuasa dan kemenangan’ itu telahpun  dicipta di pentas The Star Theatre , Singapura pada 29 Julai lalu,  tidak adil rasanya ‘kuasa’ itu tidak digagaskan di Malaysia apatah lagi ianya tempat di mana Wings ditubuhkan sejak 38 tahun yang lalu. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter’ dianjurkan oleh Rumah Produksi Merah manakala Awie Entertainment bertindak seba