Skip to main content

SITIK TOK TAMBAT 3 JUTA PENONTON!

 




Stesen nombor satu negara, TV3, sentiasa memberikan kandungan terbaik dan berkualiti untuk penonton setianya. Walaupun saluran ini sinonim dengan drama-drama cinta dan mendapat sambutan hangat, namun penonton turut menggemari drama yang mempunyai plot cerita yang lebih santai. 


Lihat sahaja drama SiTik Tok yang baharu disiarkan minggu lalu telah berjaya mencapai 3 juta penonton dalam episod 3 yang disiarkan pada 27 Julai pada pukul 10:00 malam yang lalu (sumber: Nielsen).


Menurut Nini Yusof, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Media Prima Berhad, “Bila dalam situasi pandemik ini, kami nak penonton sentiasa ceria, seronok dan rileks. Drama SiTik Tok yang disiarkan sejak minggu lalu berjaya menambat hati 3 juta penonton dalam episod 3. Ini adalah satu kejayaan besar buat pengarah dan juga barisan pelakon yang membintangi drama ini. Drama komedi ini sememang sesuai untuk hiburan seisi keluarga dan dapat hilangkan tekanan apabila penat seharian bekerja mahupun belajar atas talian. Nantikan pelbagai genre drama menarik yang bakal menyusul tidak lama lagi.”


Drama arahan Joon Goh, pengarah muda yang mempunyai  pengalaman 10 tahun pastinya telah berjaya mencuit jutaan penonton. Ditambahkan pula dengan gandingan pelakon kian meningkat naik seperti Scha Elinnea, Nelissa Nizam, Nadia Aqilah, Niezam Zaidi, Acong Sweetchild, Kahoe Hon, Zamaera dan ramai lagi. Drama komedi ini membuatkan penonton tak kering gusi melihat gelagat Siti yang nekad untuk menjadi influencer


Episod sebelum ini telah menyaksikan Siti (Scha Elinnea) yang merupakan seorang gadis ceria yang tinggal di kampung berpindah ke Kuala Lumpur untuk mengejar cita-citanya untuk menjadi influencer. Minatnya yang mendalam terhadap Tik Tok membuatkannya nekad untuk lakukan apa sahaja untuk mencari pengalaman. Jaja yang merupakan sepupunya tidak menyenangi kehadiran Siti. Mungkin juga dia rasakan Siti adalah saingannya! 


Chuchox, seorang artis rock kapak tertarik dengan populariti Siti dan menawar untuk bekerjasama dengannya. Siti cuba bantu menaikkan menambahkan pengikut instagram Chuchox dan minta bantuan Shon untuk mengambil gambar-gambar menarik. Shon tidak mengenakan bayaran tetapi mengenakan syarat iaitu Siti perlu keluar temujanji dengannya. Adakah Shon telah menaruh hati pada Siti? Apakah keseraian yang bakal tercipta antara Siti dengan Shon, seorang jurufoto yang anti media sosial?


Jangan lupa temujanji anda dengan SiTik Tok pada setiap hari Isnin hingga Khamis, 10.00 - 10.30 malam di TV3 dan perkhidmatan penstriman WeTV selepas satu jam tayangan. Penonton juga boleh langgani WeTV untuk mengikuti drama-drama dan filem-filem menarik secara strim di laman web WeTV, wetv.vip atau di aplikasinya yang boleh didapati di App Store atau Google Play Store.

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

Wings Tawar Harga ‘Rahmah’, Hargai Sokongan Peminat Muzik itu satu rakaman masa, ianya terus berevolusi bergerak merentas zaman malah mendedikasikan sebuah revolusi buat penggemar baru dan lama, begitu juga dengan Wings yang terus terbang menggapai kejayaan yang seakan tiada noktah malah pasti ada kejutan dalam membina empayar dan perluasan pengaruhnya. Justeru itu tidak hairanlah mengapa Wings terus ‘meragut magis’ ratusan malah ribuan peminat yang sentiasa dahagakan aksi bertenaga Wings di atas pentas. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur’ menjadi wadah signifikasi yang seterusnya dengan tema yang dibawa! ‘Kuasa dan kemenangan’ itu telahpun  dicipta di pentas The Star Theatre , Singapura pada 29 Julai lalu,  tidak adil rasanya ‘kuasa’ itu tidak digagaskan di Malaysia apatah lagi ianya tempat di mana Wings ditubuhkan sejak 38 tahun yang lalu. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter’ dianjurkan oleh Rumah Produksi Merah manakala Awie Entertainment bertindak seba