Skip to main content

ALIF SATAR & THE LOCOS BAGI SEMAGAT UNTUK ‘ANUGERAH TERINDAH’



 Setelah muncul dengan single yang berjudul ‘Lagu Raya’ pada Mei yang lalu, kini Alif Satar & The Locos (ASTL) tampil dengan single terbaharu mereka yang berjudul ‘ANUGERAH TERINDAH’. Sejak tercetusnya Alif Satar & The Locos ini, Alif Satar tidak lagi bergerak secara solo namun akan tampil bersama The Locos untuk acara yang berkenaan dengan persembahan muzik. Alif Satar & The Locos ini dianggotai oleh Alif Satar sendiri selaku vokalis, Tam Cobain selaku pemain gitar, Efry Arwis selaku pemain bass, Faliq Auri selaku pemain saksofon dan Rajwan Juni selaku pemain dram

Bait-bait lirik bagi lagu ‘ANUGERAH TERINDAH’ mendapat sentuhan Romeo dan juga penulis lirik yang telah banyak memenangi anugerah, Shah Shamshiri, yang juga penulis lirik lagu pertama Alif ‘Khayal’, semasa dia mula menyanyi pada tahun 2006. Selain itu, Alif dan juga dua daripada anggota The Locos iaitu Efry dan Tam bertindak sebagai produser untuk lagu ini. Susunan muzik bagi lagu ‘ANUGERAH TERINDAH’ ini juga menggabungkan elemen elektronik yang membuatkan lagu ini tampak lebih segar dan terkini. ‘ANUGERAH TERINDAH’ mempertaruhkan genre pop, R&B dan mempunyai sedikit pengaruh muzik 90- an. Menurut Alif, Efry dan Tam, ilham untuk menghasilkan lagu ini muncul pada bulan Februari 2019 ketika ASTL mengadakan Jelajah Persembahan di Sheifield, United Kingdom (UK). Proses pembikinan single ini mengambil masa yang agak lama untuk dihasilkan iaitu dari tahun 2019 sehingga tahun 2021. Betapa uniknya lagu ini kerana ianya merupakan ciptaan bersama sebagai sebuah kumpulan muzik yang bermula di UK dan kemudiannya bersambung di Malaysia pada tahun 2020 ketika Malaysia diarahkan berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehinggalah ke dalam studio muzik pada tahun 2021. Walaupun dunia dilanda wabak Covid-19 dan menjejaskan setiap aspek kehidupan, ASTL terus mengorak langkah dengan menyebarkan semangat positif melalui muzik mereka. Bagi ASTL, 

ini merupakan salah satu cara mereka untuk menghiburkan dan juga mahu kembalikan semula semangat para peminat. Dalam masa yang sama ingin menyampaikan mesej untuk sentiasa hargai anugerah terindah seperti pasangan hidup, ibubapa, anak-anak mahu pun rakan-rakan selagi mereka masih ada di sisi. Selain daripada itu, Alif Satar & The Locos juga merupakan artis pertama Malaysia yang melancarkan lagu di dalam versi Spatial Audio yang dikuasakan oleh Dolby Atmos. Versi Spatial Audio ini hanya tersedia untuk pelanggan Apple Music tanpa kos tambahan. Kelainan bagi versi Spatial Audio ini adalah ia memberi peluang kepada para artis dan pemuzik untuk mencipta pengalaman audio yang lebih mendalam untuk peminat mereka dengan suara dan kejelasan multidimensi yang sebenar. Jelas Ketua bersama Hubungan Artis di Apple Music iaitu Zane Lowe, “Spatial merupakan pengalaman yang mengasyikkan di mana para pendengar boleh mendengar suara atau bunyi yang bergerak di sekitar mereka dari arah yang berbeza”. Bagi video muzik ‘ANUGERAH TERINDAH’ 

Pula, ia akan dilancarkan di YouTube Warner Music Malaysia pada jam 8.30 malam ini. Video muzik rasmi bagi single ini membawa konsep ‘Black & Gold’ yang juga diarahkan oleh pengarah filem terkenal tanah air iaitu Ghaz Abu Bakar. The RuMa Hotel and Residences pula merupakan penaja lokasi bagi video muzik ini. Dijangka menjadi hit di kalangan pencinta muzik Malaysia serta peminat-peminat setia ASTL sendiri, single ‘ANUGERAH TERINDAH’ boleh didapati di kesemua pelantar penstriman digital seperti Apple Music, Spotify, Joox, KKBox, dan Deezer bermula 23 JULAI 2021 manakala video muzik rasmi ‘ANUGERAH TERINDAH’ boleh ditonton di saluran YouTube Warner Music Malaysia bermula 23 JULAI 2021 jam 8.30 malam


PAUTAN BERKENAAN ALIF SATAR & THE LOCOS (ASTL); 

1. Gambar : https://drive.google.com/drive/folders/11Mt2uBkVjtU8fASmdN_5UjotkHoc6L_E?usp=sharing 

2. Lagu : https://wmm.lnk.to/AnugerahTerindah 

3. Video muzik : https://wmm.lnk.to/ASTLATMV

 4. Instagram ASTL : https://www.instagram.com/alifsatarandthelocos/ 

5. TikTok ASTL : https://www.tiktok.com/@alifsatarandthelocos

 6. Instagram Alif Satar (vokal) : https://www.instagram.com/alifsatar/ 

7. TikTok Alif Satar : https://www.tiktok.com/@itsalifsatar 

8. Instagram Tam Cobain (gitar) : https://www.instagram.com/tamcobain/ 9. Instagram Efry Arwis (bass) : https://www.instagram.com/efryarwis/ 10. Instagram Faliq Auri (saksofon) : https://www.instagram.com/faliqauri/ 11. Instagram Rajwan Juni (dram) : https://www.instagram.com/rajwan89

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT 5 RUKUN GABUNG LIMA ARTIS NASYID TERKEMUKA, KESINAMBUNGAN DARIPADA ALBUM SAHABAT SELAMANYA

  Hiburan dakwah adalah suatu pendekatan yang cukup relevan pada masa kini khususnya untuk golongan muda pada zaman ini yang banyak sekali terdedah dengan hiburan dan muzik dari barat. Ia juga satu medium untuk mendidik akhlak, menerapkan pemahaman tentang ilmu Islam, meningkatkan keimanan dan meningkatkan keinsafan manusia terhadap Allah SWT sebagai Tuhan Yang Menciptakan Alam Semesta ini. Bagi membantu melonjakkan semula kegemilangan irama nasyid agar ia kembali bernafas semula serta mampu mencetuskan fenomena seperti mana yang pernah berlaku pada awal 90-an dahulu, MAC Training Centre Sdn Bhd telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan KONSERT 5 RUKUN yang bakal diadakan di ZEPP, KUALA LUMPUR pada 15 September , bermula 8.30 malam. Bakal berlangsung selama dua jam, konsert ini juga turut mengangkat lima karektor utama yang diraikan di dalam sejarah industri nasyid Malaysia iaitu Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestica dan Daqmie @ Azmi Manap.  Ia juga sebagai satu kesinam