Skip to main content

FATTAH AMIN MAHU HAMBA JADI PENAWAR TATKALA PANDEMIK

 




Kembali  dengan  single  baharu  berjudul HAMBA, pelakon dan penyanyi Fattah Amin menjadikan untaian indah ciptaan Hafiz Hamidun dan Mel Ramlan itu sebagai ‘ubat’ yang bolehmenjadi penawar segala rasa sedih dan kecewa yang dialami terutama akibat pandemik COVID-19 yang melanda negara ketika ini.Tidak   dinafikan,   wabak   COVID-19   yang   menular   ketika   ini   bukan   sahaja   mampu melumpuhkan  ekonomi  tetapi  turut  menjejaskan  emosi  hingga  ada  yang  mengambil  jalan singkat dengan menamatkan riwayat hidup.Justeru, kata Fattah, sebagai hamba-Nya, adalah menjadi tugas kita untuk terus berdoa dan bersujud kepada Allah supaya segala kesukaran yang dihadapi akan segera berakhir.“Lagu ini sebenarnya termasuk dalam tiga projek khas yang saya jalankan bersama komposer Hafiz  Hamidun.  Projek  pertama  adalah  lagu  Kiriman  Agung  dan  diikuti  pula  dengan  Sinar Selawat.Seperti yang diketahui, dua lagu itu ada kaitan dengan kelahiran cahaya mata saya, NurFatima Aisya. Bagaimanapun untuk lagu HAMBAini, ia tiada kaitan dengan anak saya.“Sebaliknya  ia  berkisar  kepada  penyerahan  jiwa  seorang  hamba  kepada  Tuhannya. Walaupun  berdepan  dengan  pelbagai  ujian  dan  rintangan,  kita  jangan  mudah  putus  asa. Sebagai hamba kita hanya mampu untuk berdoa dan Allah yang akan makbulkan permintaan kita itu.Insya-Allah akan ada jalan keluar untuk semua ini,” katanya.Fattah menambah, kehadiran lagu ini juga adalah tepat pada masanya berdasarkan situasi yang dihadapi ketika ini.

 

SIARAN MEDIA“Saya tahu ramai yang tertekan dengan kehidupan mereka di luar sana sebab tak dapat nak keluar bekerja dan mengalami masalah kewangan.Kebetulan kita akan meraikan sambutan Hari Raya Aidiladha tidak lama lagi. Berdasarkan semua ini, saya beranggapanlagu ini keluar tepat pada waktunya dan pendengar boleh kaitkan diri mereka dengan mesej yang hendak disampaikan” kata pelakon berusia 30 tahun ini.Berkongsi  proses  rakaman  lagu  itu,  pemilik  nama  lengkap  Abdul  Fattah  Mohd  Amin  ini memaklumkan lagu ini mengambil masa yang agak lama untuk disiapkan iaitu setahun.“Lagu  ini  mengambil  masa  selama  setahun  untuk  disiapkan.  Ini  berlaku  kerana  proses rakamannya banyak kali tertangguh disebabkan situasi pandemik yang dihadapi.Selain itu, penghasilan lagu ini juga dibuat dengan cukup teliti. Kalau saya dapati ada bahagian yang tak berapa  berkenan  di  hati,  saya  akan  minta  dibuat 

 

penambahbaikan.Bila  saya  betul-betul berpuas hati dengan hasilnya, barulah saya bersedia untuk melancarkan lagu itu. Lambat pun tak  mengapa asalkan hasilnya dapat memuaskan hati semua pihak,” ujarnya dalam nada teruja.Tidak  seperti  lagu  yang  pernah  dihasilkannya  sebelum  ini,  untuk HAMBA,  Fattah  turut berkolaborasi dengan penyanyi rap, Kmy Kmo.Mengulas perkara itu, suami kepada aktres Nur Fazura Sharifuddin ini berkata usaha itu dibuat untuk memberikan kelainan terhadap buah tangan terbaharunya itu.“Setiap kali menghasilkan lagu baharu, saya sentiasa memikirkan apakah kelainan yang boleh dilakukan.  Memandangkan  saya  tidak  pernah  berkolaborasi  dengan  penyanyi  rap  sebelum ini, saya pun menyuarakan hasrat itu kepada label iaitu Universal Music

 

Malaysia.Selepas mengadakan perbincangan, akhirnya mereka memilih Kmy Kmo untuk berduet dengan saya dalam lagu  itu.  Dalam  lagu  ini,  dia  menulis  sendiri  lirik  dan  juga mencipta  melodi  bahagian yang dinyanyikannya.”“Bagi saya Kmy sangat berbakat dan selepas  mendengar  hasil  kerjanya,  saya  terus  suka kerana melodinya sedap didengar dan liriknya selari dengan jalan cerita lagu ini. Perkara itu menjadikankombinasi kami menjadi lebih menarik,” puji Fattah.

 

SIARAN MEDIASelepas  tiga  kali  berturut-turut  menghasilkan  lagu  berkonsepkan  ketuhanan,  timbul  tanda tanya,  apakah  Fattah  kini  sudah  beralih  arah  untuk  bergelar  penyanyi  nasyid.Menafikan perkara  itu,  Fattah  menyatakan  apa  yang  dilakukannya  itu  hanyalah  untuk  mencabar kebolehan diri serta mahu menjadi penyanyi serba boleh.“Sebelum  ini  saya  memang  dikenali  sebagai  penyanyi balada  dan  saya  juga  pernah bereksperimen  dengan  muzik  saya  menerusi  lagu  Bebas.  Bila  saya menyanyikan  lagu bergenre  ketuhanan,  bukanlah  bermakna  saya  nak  jadi  penyanyi  nasyid.Sebaliknya  saya hanya mahu mempelbagaikan genre muzik saya supaya orang tak bosan dan nampak statik,” ungkapnya.Sementara itu, Kmy ketika mengulas pembabitannya dalam lagu itu berkata ia berasa teruja kerana selain dapat bekerjasama dengan Fattah, dia juga diberi peluang untuk menghasilkan lirik lagu itu.“Ketika menulis lirik lagu ini, kebetulan saya baru sahaja lepas menghasilkan lirik Neraca dan Zuhud.  Jadi  mood  ketuhanan  itu  masih  ada  dalam  diri  dan  secara  tidak  langsung, memudahkan saya untuk menyiapkan bahagian lirik yang akan saya nyanyikan.”“Bersesuaian  dengan  jalan  cerita  lagu  ini,  Kmy  menulis  lirik  berdasarkan  pemerhatian terhadap situasi yang berlaku ketika ini. Kmy seorang yang suka bermain dengan eksperimen sosial.Dalam dunia ini, kita semua adalah hamba. Kita juga boleh merasakan kegembiraan dan keperitan yang sama sebenarnya,”

kata Kmy atau nama sebenarnya Lukmanul Hakim.HAMBAboleh  distrim  di kesemua pelantar penstriman digitalseperti  Spotify,  Apple  Music, JOOX, KKBOX, Deezer dan YouTube Musicmulai 23 JULAI 2021.Manakala, lirik videonya pula boleh ditonton di saluran YouTube pada hari yang sama jam 9 MALAM

 

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT 5 RUKUN GABUNG LIMA ARTIS NASYID TERKEMUKA, KESINAMBUNGAN DARIPADA ALBUM SAHABAT SELAMANYA

  Hiburan dakwah adalah suatu pendekatan yang cukup relevan pada masa kini khususnya untuk golongan muda pada zaman ini yang banyak sekali terdedah dengan hiburan dan muzik dari barat. Ia juga satu medium untuk mendidik akhlak, menerapkan pemahaman tentang ilmu Islam, meningkatkan keimanan dan meningkatkan keinsafan manusia terhadap Allah SWT sebagai Tuhan Yang Menciptakan Alam Semesta ini. Bagi membantu melonjakkan semula kegemilangan irama nasyid agar ia kembali bernafas semula serta mampu mencetuskan fenomena seperti mana yang pernah berlaku pada awal 90-an dahulu, MAC Training Centre Sdn Bhd telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan KONSERT 5 RUKUN yang bakal diadakan di ZEPP, KUALA LUMPUR pada 15 September , bermula 8.30 malam. Bakal berlangsung selama dua jam, konsert ini juga turut mengangkat lima karektor utama yang diraikan di dalam sejarah industri nasyid Malaysia iaitu Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestica dan Daqmie @ Azmi Manap.  Ia juga sebagai satu kesinam