Skip to main content

TERPESONA BUAT BULAN SUTENA DIKENALI DI MALAYSIA


 

Bunga Sutena, atau nama sebenarnya Wayan Bulan Yurianna Sutena, seorang anak seni yang berasal dari Gianyar, Bali, Indonesia. Gadis berusia 17 tahun ini mula dikenali melalui video-video nyanyiannya secara akustik yang dimuatnaik di laman sosial miliknya. Bakat Bulan Sutena pada awalnya mendapat perhatian dari masyarakat Indonesia sahaja. Tanpa disangka, rezeki berpihak pada Bulan Sutena apabila lagu Terpesona nyanyiannya telah tular dan mendapat perhatian masyarakat Malaysia juga. Versi baru lagu Terpesona yang dibawakan oleh Bulan Sutena ini mula mendapat perhatian ramai melalui aplikasi TikTok miliknya, dan sejak itu ramai yang mula mengenali lagu asal dan secara tidak langsung tertarik untuk mengenali Bulan Sutena. Setelah lagu Terpesona tular, Bulan Sutena dirisik oleh sebuah syarikat rakaman dan pengurusan artis di Indonesia iaitu The LEGACY Indonesia. Atas permintaan ramai, Bulan Sutena merakamkan single dan muzik video Terpesona ciptaan Semuel Takatelide, terbitan Harpa Swara Kusuma. Muzik video Terpesona boleh ditonton di akaun YouTube LEGACY ID. Setelah 3 bulan ianya dilancarkan, muzik video rasmi Terpesona itu telah mencecah lebih 2.6 juta tontonan di YouTube. Pengikut akaun TikTok Bulan Sutena (@BulanSutena) juga kini mencecah lebih 6.3 juta pengikut. Melihat potensi lagu Terpesona dari Bulan Sutena yang tular dalam kalangan masyarakat Malaysia terutama melalui aplikasi TikTok dan Instagram, pihak pengurusan lagu Terpesona dan pihak MVM Production mengambil keputusan untuk bekerjasama dalam projek khas buat lagu Terpesona ini. Pada 14 Julai 2021, sebuah muzik video Terpesona versi terbaru telah dimuatnaik di laman YouTube MVM Music, khas buat penggemar muzik di Malaysia. Kolaborasi ini bertujuan untuk meluaskan promosi buat lagu “viral” Terpesona di Malaysia, yang akan diuruskan oleh pihak MVM Production. Lagu Terpesona dari Bulan Sutena boleh mula didengarkan di semua digital platform seperti Spotify, Apple Music, Deezer, Joox, KKBox, YouTube Music dan iTunes. Ikuti perkembangan Bulan Sutena melalui pautan media sosial Instagram @bulansutena, @thelegacyid, @mvm_production dan di laman web www.rusamvm.com. Terima kasih atas sokongan terhadap Bulan Sutena, serta semua artis di bawah naungan MVM Production

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

Wings Tawar Harga ‘Rahmah’, Hargai Sokongan Peminat Muzik itu satu rakaman masa, ianya terus berevolusi bergerak merentas zaman malah mendedikasikan sebuah revolusi buat penggemar baru dan lama, begitu juga dengan Wings yang terus terbang menggapai kejayaan yang seakan tiada noktah malah pasti ada kejutan dalam membina empayar dan perluasan pengaruhnya. Justeru itu tidak hairanlah mengapa Wings terus ‘meragut magis’ ratusan malah ribuan peminat yang sentiasa dahagakan aksi bertenaga Wings di atas pentas. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur’ menjadi wadah signifikasi yang seterusnya dengan tema yang dibawa! ‘Kuasa dan kemenangan’ itu telahpun  dicipta di pentas The Star Theatre , Singapura pada 29 Julai lalu,  tidak adil rasanya ‘kuasa’ itu tidak digagaskan di Malaysia apatah lagi ianya tempat di mana Wings ditubuhkan sejak 38 tahun yang lalu. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter’ dianjurkan oleh Rumah Produksi Merah manakala Awie Entertainment bertindak seba