Skip to main content

'Al-Quds Lana' Berkumandang di Bumi Gaza

 


Walaupun pandemik Covid-19 sedang melanda Malaysia dan seluruh dunia, itu tidak menghalang kumpulan nasyid Inteam untuk terus menghasilkan single baru berjudul Al-Quds Lana. 


Apa yang lebih membanggakan, single tersebut yang bermaksud Al-Quds (Baitul Maqdis) milik kami, kedengaran bergema di bumi Gaza, Palestin di dalam sebuah perkongsian video ketika program sembelihan korban di sana. 


"Alhamdulillah, single baru kami yang diterbitkan bersama gabungan NGO MyAqsa Defenders baru sahaja dilancarkan pada Hari Raya Aidiladha yang kedua iaitu Rabu lepas dan hari ini kami melihat satu video di mana lagu tersebut berkumandang di Gaza dalam sebuah program sembelihan korban. Kami sangat terharu dan bersyukur" ujar Syah selaku ketua kumpulan Inteam. 


Ditanya berkenaan proses penerbitan single tersebut di saat pandemik, Hazamin berkata "Alhamdulillah, kami sempat merakamkan suara dan muzik video bagi projek ini sebelum PKPD diumumkan bahkan muzik video dirakam secara layar hijau bagi mengelakkan perkumpulan serentak keempat-empat anggota kumpulan Inteam. Kami cuma digabungkan berempat di dalam video dengan bantuan grafik." 


Lagu Al-Quds Lana yang diolah semula daripada sebuah lagu lama berbahasa arab berkaitan perjuangan Palestin turut mendapat sentuhan puitis dari penulis lirik hebat Fedtri Yahya bagi bait-bait lirik Bahasa Melayunya. 


"Sewaktu kami menghubungi Fedtri Yahya bagi menggubah lirik lagu ini, beliau tidak menolak bahkan turut gembira dapat turut sama dalam membina kesedaran dan menaikkan semangat masyarakat berkaitan isu Palestin." Ujar Rahim Inteam. 


"Fedtri Yahya juga merupakan di antara selebriti yang sentiasa berkongsi hantaran berkenaan maklumat terkini mengenai Palestin di media sosial beliau, bahkan beliau juga salah seorang ikon MyAqsa Defenders" Tambah Rahim lagi apabila ditanya mengapa memilih Fedtri sebagai penulis lirik. 


Ditanya mengenai maksud dan tujuan lagu ini dilancarkan, saudara Hisyam mengulas "Lagu Al-Quds Lana bermaksud Baitul Maqdis atau Al-Aqsa milik kita semua dan kita harus mempertahankannya dari dirampas dan dicengkam musuh. Tujuan lagu ini dilancarkan ialah bagi menimbulkan kesedaran dan terus meniup semangat khususnya remaja dan belia berkenaan isu Palestin agar ia tidak hanya diberi perhatian secara bermusim sahaja" 


Menurut Hazamin, pembikinan dan produksi single Al-Quds Lana ini mendapat tajaan sepenuhnya dan sebahagian kosnya juga ditanggung oleh Inteam Digital sendiri. 


"Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak MyAqsa Defenders kerana sudi bekerjasama dengan kami selaku penerbit bersama lagu ni, juga kepada penaja produksi iaitu Azlan Al-Amin Group Holdings dan semua yang terlibat secara belakang tabir mahupun peminat yang telah menonton dan menyebarkan video muzik lagu ini kepada umum" tambah Hazamin lagi. 


Single Al-Quds Lana telah dilancarkan di dalam sebuah majlis pelancaran secara atas talian pada 21 Julai 2021 yang lalu beserta pelancaran E-Book berjudul 100 Hujjah #AlQudsKitaPunya. Single tersebut telah mencecah lebih 20,000 tontonan di Youtube sejak dilancarkan, dan kini boleh ditonton di Youtube Inteam Digital dan distrim melalui platform digital seperti Spotify, Deezer, KKbox, Itunes, Apple Music dan lain-lain.

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT 5 RUKUN GABUNG LIMA ARTIS NASYID TERKEMUKA, KESINAMBUNGAN DARIPADA ALBUM SAHABAT SELAMANYA

  Hiburan dakwah adalah suatu pendekatan yang cukup relevan pada masa kini khususnya untuk golongan muda pada zaman ini yang banyak sekali terdedah dengan hiburan dan muzik dari barat. Ia juga satu medium untuk mendidik akhlak, menerapkan pemahaman tentang ilmu Islam, meningkatkan keimanan dan meningkatkan keinsafan manusia terhadap Allah SWT sebagai Tuhan Yang Menciptakan Alam Semesta ini. Bagi membantu melonjakkan semula kegemilangan irama nasyid agar ia kembali bernafas semula serta mampu mencetuskan fenomena seperti mana yang pernah berlaku pada awal 90-an dahulu, MAC Training Centre Sdn Bhd telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan KONSERT 5 RUKUN yang bakal diadakan di ZEPP, KUALA LUMPUR pada 15 September , bermula 8.30 malam. Bakal berlangsung selama dua jam, konsert ini juga turut mengangkat lima karektor utama yang diraikan di dalam sejarah industri nasyid Malaysia iaitu Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestica dan Daqmie @ Azmi Manap.  Ia juga sebagai satu kesinam