Rahmat Mega Terpaling Juara Musin Pertama

Malam tadi menyaksikan Rahmad Mega dinobatkan juara Terpaling Juara sekali gus membawa pulang trofi dan wang tunai RM100,000 pada pentas akhir berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, sebentar tadi.

Rahmad yang mempersembahkan lagu Ku Akui dan Dipenjara Janji mendapat markah tertinggi daripada juri tetap Datuk Hattan dan Fauziah Latiff serta juri jemputan Datuk Seri Siti Nurhaliza. Manakala 30 peratus hasil undian penonton.

Menurut Rahmad, dia sangat bersyukur dan mendedikasikan kemenangan itu kepada kaptennya Hael Husaini serta peminatnya.

“Syukur Allah atas malam cukup bersejarah. Saya berjaya cipta titik baharu untuk saya. Terima kasih juri-juri sedikit sebanyak bantu saya,” katanya.

Tempat kedua menjadi milik Aqmal yang menyanyikan lagu Sampai Syurga dan Amaran Mama. Dia membawa pulang hadiah trofi serta wang tunai RM 50,000.

Manakala tempat ketiga dimenangi Hazami yang mempersembahkan lagu Joget Angan Tak Sudah dan Luluh, tempat keempat milik Shaz dengan lagu Hati dan Gelisah Mimpi.  

Hazami dan Shaz masing-masing memenangi trofi serta wang tunai RM30,000 dan RM10,000.

Pada pentas akhir itu, penonton juga dihiburkan dengan persembahan dari Floor 88  dengan lagu Medley Chikadun dan Hutang serta Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi lagu Wajah Kekasih, Ku Milikmu dan Balqis.

Terpaling Juara dihoskan oleh Haziq Hussni dan Shiha Zikir, bersiaran selama lapan episod di TV3 pada setiap Ahad, jam 9 malam. 

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

PEMENTASAN TEATER DI SEBALIK TOPENG KETENGAHKAN ISU KESIHATAN MENTAL

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM