Skip to main content

SYAMEL DALAM ‘BAHAGIA MILIK KITA’

Penyanyi Popular Tanah Air Kembali Dengan Single Romantis Terbaharu Yang Cocok Untuk Hari Bahagia Anda
KUALA LUMPUR, 23 Oktober 2022 – Baharu sahaja selesai mengadakan konsert sulung bersama isteri menerusi ‘Konsert Syamel & Ernie Zakri: Aku Cinta’ bertempat di ibu negara, penyanyi lelaki popular bersuara emas tanah air, Syamel kembali dengan single romantis terbaharu berjudul ‘Bahagia Milik Kita’ yang telah dinyanyikannya buat pertama kali ketika berlangsungnya konsert mereka hasil ciptaannya sendiri bersama penyanyi-penulis lagu berpengalaman, Yuka Kharisma, manakala diterbitkan oleh jenama hiburan nombor ‘syatuu’ negara, Rocketfuel Entertainment.
  
 “Pertama sekali, saya dan Ernie ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengunjung yang hadir memberikan sokongan sewaktu konsert sulung kami berdua, serta terima kasih juga kepada pihak pengurusan iaitu Rocketfuel Entertainment yang telah berjaya merealisasikan impian kami,” ucap Syamel.
Terakhir, Syamel pernah menghasilkan single Raya berjudul ‘Erti Lebaran’ ketika sambutan Aidilfitri tempoh hari dengan sambutan yang tidak mengecewakan.
“Sebenarnya saya banyak menghabiskan masa membuat persiapan konsert bersama Ernie, selain itu saya juga sedang dalam proses mengumpulkan ‘material’ yang akan dimuatkan dalam album sulung yang bakal dilancarkan pada tahun hadapan,” jelas penyanyi berusia 28 tahun ini.
Single terbaharu bernuansa balada pop dalam notasi romantis ini merupakan idea Syamel sendiri bersama rakan artis yang juga merupakan komposer berbakat besar, Yuka Kharisma.
“Idea di sebalik pembikinan lagu ini hadir dari cetusan rasa bahagia dengan adanya peneman hidup dan zuriat dalam hidup saya. Jikalau pendengar sedar, kebanyakkan lagu-lagu saya terdahulu semuanya bernada sedih dan sangat melankolik, dan Bahagia Milik Kita merupakan lagu pertama saya yang mempunyai unsur cinta serta kasih sayang.
“Maksud lagu ini pula mengenai pasangan kekasih yang sudah lama berkenalan dan sedang dalam perjalanan menuju ke destinasi bahagia yang merupakan kemuncak dalam perhubungan mereka iaitu alam perkahwinan. Kini, mereka telah pun bersatu kerana segala yang ingin dicapai ada di dalam genggaman, jadi berpeganglah pada janji agar apa yang dimiliki kekal sampai bila-bila,” terang bapa kepada puteri comel, Nur Khawla Soleha.
Peranan baharu dalam hidup Syamel yang kini bergelar bapa banyak mengajarnya tentang erti tanggungjawab yang sebenar.

 “Alhamdulillah ke atas Ilahi kerana dikurniakan anak, sebagai bapa, tanggungjawab saya bertambah, dan perubahan yang paling ketara adalah dalam apa jua perancangan yang dilakukan pasti melibatkan Khawla, justeru saya senang membahagiakan anak serta isteri,” tambah Syamel.
Proses rakaman single dari mula sehingga akhir mengambil masa kira-kira dua bulan untuk disempurnakan.
“Lagu terbaharu ini bersama-sama lagu lain yang bakal dimuatkan dalam album nanti dicipta ketika Ernie masih lagi dalam tempoh berpantang, bayangkanlah ketika itu saya berulang-alik dari rumah ke tempat kerja dan kebanyakan demo dilakukan di dalam kereta ketika dalam perjalanan sehinggalah Yuka yang menemukan lagu Bahagia Milik Kita ini,” kongsi Syamel lagi.
Selain single, sebuah video muzik (MV) turut dihasilkan dan telah dilancarkan dengan konsep yang minimalis ibarat sebuah lirik video yang memaparkan emosi kegembiraan yang terpancar di wajah Syamel.
Encik Feros Sayna, selaku Ketua Rocketfuel Entertainment berkata, “Syamel merupakan seorang penyanyi dengan ‘benchmark’ yang tersendiri, kualiti vokal yang dimilikinya merupakan aset yang sangat berharga. Semoga single Bahagia Milik Kita menjadi lagu penyeri pasangan kekasih di hari bahagia mereka.
Kata Syamel dengan penuh pengharapan: “Saya berharap agar semua yang mendengarnya dapat menerima lagu ini, semoga lagu berunsur bahagia yang jarang saya bawakan ini menjadi pilihan ‘wedding song’ pasangan pengantin di hari bersejarah mereka.
Lagu ‘Bahagia Milik Kita’ boleh dimuat turun di iTunes serta dijadikan nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan dan boleh didengar pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian popular seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.

 Manakala MV single ini boleh ditonton oleh peminat secara eksklusif hanya di saluran YouTube Rocketfuel Network.

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT 5 RUKUN GABUNG LIMA ARTIS NASYID TERKEMUKA, KESINAMBUNGAN DARIPADA ALBUM SAHABAT SELAMANYA

  Hiburan dakwah adalah suatu pendekatan yang cukup relevan pada masa kini khususnya untuk golongan muda pada zaman ini yang banyak sekali terdedah dengan hiburan dan muzik dari barat. Ia juga satu medium untuk mendidik akhlak, menerapkan pemahaman tentang ilmu Islam, meningkatkan keimanan dan meningkatkan keinsafan manusia terhadap Allah SWT sebagai Tuhan Yang Menciptakan Alam Semesta ini. Bagi membantu melonjakkan semula kegemilangan irama nasyid agar ia kembali bernafas semula serta mampu mencetuskan fenomena seperti mana yang pernah berlaku pada awal 90-an dahulu, MAC Training Centre Sdn Bhd telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan KONSERT 5 RUKUN yang bakal diadakan di ZEPP, KUALA LUMPUR pada 15 September , bermula 8.30 malam. Bakal berlangsung selama dua jam, konsert ini juga turut mengangkat lima karektor utama yang diraikan di dalam sejarah industri nasyid Malaysia iaitu Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestica dan Daqmie @ Azmi Manap.  Ia juga sebagai satu kesinam