Skip to main content

DATO’ JAMAL ABDILLAH MUNCUL DENGAN SINGLE YANG MEMILIKI

 


Figura  hebat  ini  antara  penyanyi  legenda  yang  masih aktif  dalam  berkarya  dan  membuat  persembahan.  Malah,  sambutan  terhadap  dirinya  juga tidak pernah sunyi. Peminatnya juga muncul dari setiap generasi dan zaman.Malah, Dato’ Jamal Abdillah dilihat sebagai penyanyi yang bijak mengatur kerjaya seni agar terus  kekal  relevan.  Selain  muncul  dengan  single  baharu,  kolaborasi  dengan  beberapa penyanyi muda dan popularmasa kini antara pendekatan dibuat.Terbukti  hasilnya  berjaya  apabila  lagu  yang  dirakam  Jamal  bersama  mereka  menjadi  siulan anak muda dan kekal trending hingga kini.Terbaharu, Jamal, 63, muncul dengan single YANG MEMILIKIhasil ciptaan sepenuhnya oleh Khusam dan Zaira Sham yang sudah dilancarkan secara rasmi pada 9 September lalu.Jamal berkata, lagu YANG MEMILIKIini cukup dekat dengan kehidupan seharian selain apa yang dinikmati hari ini hanya bersifat sementara.“Lagu  ini mengisahkan  mengenaikita sebagai  manusia hanyalah  hamba  yang  menumpang sementara  di  atas  mukabumi  ini.Segala  kenikmatan  yang  kita  miliki  hanyalah  dipinjamkan oleh Allah SWT. “Kenikmatan yang dipinjamkan untukkita terlalu banyak. Sejauh mana kita memilih untuk ke arah  kebaikanatau  sebaliknya,  semuanya  adalah  pilihan  kita.  Kaya  atau  miskin  itulah  ujian buat  kita.  Segala  kehebatan,  keindahan,  kecantikan,kesempurnaan,  keagungan  dan  segala yang baik-baikadalah daripada Allah, Pemilik dan Pencipta yang abadi,” katanya.Berkongsilanjut mengenai lagu YANG MEMILIKI, Jamal berkata dia jatuh cinta dengan melodi dan lirik yang dihasilkan.

SIARAN MEDIA“Lagu  dan  lirik YANG  MEMILIKIdisiapkan  demonya  terlebih  dahulu  oleh  penerbit  dan pencipta lagu iaitu Kusham sebelum diperdengarkan kepada saya.Kali pertama mendengar, saya suka dan terus menyatakan persetujuan. Selepas itu baru pihak penerbit bawa kepadapihak  Universal Music  Malaysiauntuk  proses  seterusnya.  Alhamdulillah,  pihak  Universal Music Malaysiaberminat dan proses rakaman pun bermula,” katanya.Menariknya mengenai proses rakaman lagu YANG MEMILIKIini, muzik disusun oleh Kusham dan alatmuzik dimainkan secara langsung oleh pemuzikprofessional.Sementara itu, penerbit lagu, Kusham berkata, proses rakaman berlangsung selama dua jam.“Apabila  muzik  siap  dirakam,proses  merakam  suara  Dato’Jamal pun dilakukan.Rakaman suara  mengambil  masa  lebih  kurang duajam.Proses  rakaman  berlangsung  di  One  Scream Studio.“Selepas itu, proses adunan  digalas  oleh  saudara  Raja  Iskandar atauIs  Wow. Bagi  saya,  ini satu lagi pengalaman berharga buat kami apabila dapat bekerjasama dengan legenda. Proses yang mudah dan sangat profesional,” katanya.Kusham  juga  berharap  lagu YANG  MEMILIKIbukan  sekadar  lagu  dan  hiburan,  tapi  dapat memberikan manfaat buat semua pendengar.“Semoga lagu ini bukan hanya sekadar hiburan tetapi dapat mendidik jiwa pendengar ke arah kebaikan yang dicari,” katanya.Single YANG MEMILIKIboleh didengari di semua digital platform seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBOX, Deezer dan YouTube Music daripada9Septemberjam 12 tengah malam.

 

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT 5 RUKUN GABUNG LIMA ARTIS NASYID TERKEMUKA, KESINAMBUNGAN DARIPADA ALBUM SAHABAT SELAMANYA

  Hiburan dakwah adalah suatu pendekatan yang cukup relevan pada masa kini khususnya untuk golongan muda pada zaman ini yang banyak sekali terdedah dengan hiburan dan muzik dari barat. Ia juga satu medium untuk mendidik akhlak, menerapkan pemahaman tentang ilmu Islam, meningkatkan keimanan dan meningkatkan keinsafan manusia terhadap Allah SWT sebagai Tuhan Yang Menciptakan Alam Semesta ini. Bagi membantu melonjakkan semula kegemilangan irama nasyid agar ia kembali bernafas semula serta mampu mencetuskan fenomena seperti mana yang pernah berlaku pada awal 90-an dahulu, MAC Training Centre Sdn Bhd telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan KONSERT 5 RUKUN yang bakal diadakan di ZEPP, KUALA LUMPUR pada 15 September , bermula 8.30 malam. Bakal berlangsung selama dua jam, konsert ini juga turut mengangkat lima karektor utama yang diraikan di dalam sejarah industri nasyid Malaysia iaitu Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestica dan Daqmie @ Azmi Manap.  Ia juga sebagai satu kesinam