Skip to main content

Tak Terganti dedikasi Farahdhiya buat arwah ayah tercinta

 


Tidak dinafikan lagu Bertakhta Di Hati memberikan impak besar terhadap kerjaya nyanyian penyanyi Farahdhiya. Malah, lagu itu juga dianggap ‘berhantu’ kerana kekal menjadi siulan anak muda hingga kini.

 

Biarpun Farahdhiya, 38, atau nama sebenarnya Nur Farahdhiya Mohd Amin muncul dengan single baharu, ia dikatakan masih tidak dapat menandingi kehebatan lagu itu. Disebabkan itu juga, peminat sentiasa merindukan karya atau lagu balada yang menyentuh jiwa.

 

Terbaharu, Farahdhiya atau mesra disapa Farah buat pertama kali sepanjang 18 tahun pembabitannya sebagai penyanyi dan anak seni menghasilkan sendiri lagu, Tak Terganti yang disifatkan cukup dekat di hati.

 

“Sebenarnya tahun ini ada juga keluar dengan lagu duet dengan penyanyi baharu Korea. Tapi lagu itu bukan bergenre balada, ia tak berapa nak menjadi sebab penyanyi pun balik Korea. Ramai sebenarnya peminat saya yang menunggu dan selalu bertanya bila nak keluar lagu balada macam Bertakhta Di Hati itu. Jadi, ini adalah lagu pertama yang saya cipta sepanjang 18 tahun dalam industri ini. 

 

“Sebelum ini tak pernah terfikir untuk cipta lagu sendiri walaupun selalu ada yang bertanya. Saya tak nak buat sebab lebih baik beri kepada mereka yang dah pakar. Tapi yang ini pun saya tak rancang kerana melodi itu datang dengan sendirinya. Bila dah ada melodi saya rasa macam sedap pula dan saya rasa kenapa tidak untuk buat lirik pula. Jadi terhasillah lagu Tak Terganti ini.

 

“Lagu ini sangat istimewa buat saya sebab pertama kali cipta lagu dan tulis lirik ditambah pula dengan genre balada. Saya harap lagu ini dapat mengubat rindu peminat yang menunggu lagu balada daripada saya,” katanya.

 

Menurut Farah, lagu Tak Terganti adalah nukilan khas yang ditujukan buat arwah bapanya, Allahyarham Mohd Amin Zubir yang meninggal dunia pada 2020.

 

“Pernah juga orang tanya untuk buat lagu sendiri, tapi sepanjang 18 tahun itu tak pernah ada keinginan. Pada saya tak apalah biar saya ambil kerja menyanyi saja. Tapi ini pun tak ada dalam perancangan pun. Satu hari semasa menjalani penggambaran dalam fasa Covid-19, saya duduk dalam satu hotel di Kuala Lumpur. Jadi, ada satu hari waktu sedang mandi melodi itu tiba-tiba datang. Sebab itu melodi asal lagu ini ada bunyi air sekali sebab masa itu sedang mandi. Bila keluar saya rasa sedih dan macam sedap. 

 

“Kemudian, saya keluar untuk ambil telefon. Saya menangis semasa mendendangkan melodi itu walaupun tak ada lirik sebab rasa sayu teringat arwah ayah. Jadi disebabkan itu kenapa tidak saya sambung saja lagu ini. Macam itulah terciptanya lagu ini. 

 

“Setiap hari saya cuba mencari perkataan yang betul untuk lirik ini berdasarkan perasaan saya terhadap ayah. Memang mustahil untuk saya rangkumkan semua perasaan dalam satu lagu. Tapi ia sedikit sebanyak apa yang dapat saya kongsikan. Sekurang-kurangnya ada juga memori sebuah lagu yang saya pernah cipta. Ia memori yang sangat baik untuk disimpan selamanya,” katanya.

 

Berkongsi lanjut mengenai lagu Tak Terganti yang turut menghiasi lagu tema drama Roti Cicah Susu yang ditayangkan di Slot Mega Drama Astro, Farah berkata, ia dihasilkan awal tahun lalu dan siap dirakam hujung tahun lalu.

 

“Untuk menyiapkan melodi itu saya rasa tak sampai sebulan. Kemudian lirik dalam seminggu. Selepas itu, rakaman pada hujung tahun lalu, cuma baru sekarang ia dilancarkan. Secara jujur saya tak ada minta pandangan daripada mana-mana komposer. 

 

“Cuma bila digabungkan kesemuanya saya hantar kepada beberapa orang seperti pengurus 

saya dan mereka semua suka. Dalam masa sama, saya ada minta bantuan Rudy Nastia untuk membuat susunan semula lagu ini,” katanya.

 

Farah berkata, lagu Tak Terganti juga menjadi lagu yang paling lama dirakamkan sepanjang pembabitannya sebagai penyanyi.

 

“Dalam 18 tahun merakam lagu, selalunya saya ambil masa sekejap saja dalam dua jam dah selesai sebab saya seorang yang cepat dalam studio. Tapi lagu ini makan masa paling lama dan susah untuk disampaikan. Saya rasa dalam lima hingga enam jam juga tempoh rakaman. 

 

“Sudah tentu bila menyanyikan lagu ini sentiasa terbayangkan arwah ayah sebab setiap patah perkataan dalam lagu ini ada kena mengena dengan dia. Jadi, apa yang dinyanyikan memang sentiasa terbayangkan dia. 

 

“Kepuasannya memang lain macam bila kita rakam lagu yang segala-galanya dibuat sendiri. Memang lain rasanya daripada menyanyikan lagu orang, itu tidak dinafikan. Saya sangat bangga dengan diri sendiri sebab selama ini rasa macam tak boleh dan tak reti nak buat. Jadi bila dah buat sendiri, sebenarnya boleh saja. Mungkin selepas ini akan ada lagi, siapa tahu kan?” katanya.

 

Selain lagu yang dihasilkan sepenuhnya, jalan cerita video muzik (MV) Tak Terganti juga adalah idea daripada Farah sendiri.

 

“Muzik video ini pun jalan ceritanya daripada saya. Sebab pasukan saya mencadangkan supaya teruskan untuk muzik video pula alang-alang lagu adalah sepenuhnya hasil ciptaan saya. Jadi, memang saya keluarkan semua jalan cerita untuk muzik video ini. 

 

“Saya sangat teruja dan mengharapkan peminat akan suka lagu ini. Saya mengharapkan juga sokongan daripada semua orang. Orang yang pernah kehilangan bila dengar lagu ini dia akan dapat rasa apa yang saya rasa. Tak kisah hilang mak ayah, suami atau isteri, adik-beradik atau kawan itu semua adalah kehilangan. Jadi, harapan saya besar untuk lagu ini,” katanya.

 

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

Wings Tawar Harga ‘Rahmah’, Hargai Sokongan Peminat Muzik itu satu rakaman masa, ianya terus berevolusi bergerak merentas zaman malah mendedikasikan sebuah revolusi buat penggemar baru dan lama, begitu juga dengan Wings yang terus terbang menggapai kejayaan yang seakan tiada noktah malah pasti ada kejutan dalam membina empayar dan perluasan pengaruhnya. Justeru itu tidak hairanlah mengapa Wings terus ‘meragut magis’ ratusan malah ribuan peminat yang sentiasa dahagakan aksi bertenaga Wings di atas pentas. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur’ menjadi wadah signifikasi yang seterusnya dengan tema yang dibawa! ‘Kuasa dan kemenangan’ itu telahpun  dicipta di pentas The Star Theatre , Singapura pada 29 Julai lalu,  tidak adil rasanya ‘kuasa’ itu tidak digagaskan di Malaysia apatah lagi ianya tempat di mana Wings ditubuhkan sejak 38 tahun yang lalu. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter’ dianjurkan oleh Rumah Produksi Merah manakala Awie Entertainment bertindak seba