Skip to main content

BY YOUR SIDE’ Taruhan Terbaharu DISTORTED

‘BY YOUR SIDE’ Taruhan Terbaharu DISTORTED
Kuala Lumpur, 27th Februari 2024 - Selepas memperkenalkan diri melalui single sulung mereka
'Switch' tahun lalu, kumpulan tempatan yang sedang meningkat naik DISTORTED kembali
dengan sebuah lagi karya yang berjudul 'BY YOUR SIDE'. Digubah dan diterbitkan oleh ahli
kumpulan ini sendiri iaitu Sino, Eneyeqay dan Balo bersama Joseph Chua, lirik lagu ini ditulis
oleh ahli DISTORTED juga.
“Single ini menceritakan tentang kesedihan, mengenang dan berkhayal tentang seseorang yang
akan sentiasa berada di sisi anda walaupun mereka sudah tiada lagi bersama. Justeru, saya
berharap orang yang mendengarnya akan dapat merasai pesan lagu tersebut. Terpulang kepada
mereka untuk mengambilnya dan mengaitkannya dengan cara mereka yang tersendiri tetapi
nikmatilah seperti mana kami menikmati saat menghasilkannya,” jelas Sino mengenai trek itu.
Lagu yang pada asalnya merupakan selingan untuk album mereka yang akan datang itu juga
telah dicipta oleh Sino. “Lagu ini pada mulanya merupakan selingan pendek untuk album kami
yang akan datang, ciptaan Sino. Selepas kami membuat keputusan untuk mengubahnya menjadi
lagu penuh, kami kemudian menghabiskan beberapa sesi di studio untuk memasukkan bahagian
gitar dan menyusun bunyi dram.
“Saya juga masih ingat bahawa kami mengambil masa yang lama untuk memutuskan bagaimana
seharusnya bunyi dram itu. Selain itu, sudah agak lama kami tidak menggarap lagu yang
memerlukan banyak emosi. Kami telah meluangkan masa untuk menulis kerana topik liriknya
agak serius berbanding keluaran kami sebelum ini,” jelas rakan sepasukan Balo mengenai proses
rakaman lagu itu.
Sesuai dengan imej muzik mereka yang bergaya, 'BY YOUR SIDE' juga hadir dengan video
muzik yang menarik tetapi kumpulan itu tidak banyak mendedahkan tentang projek visual itu.
“Anda perlu menontonnya untuk menafsirkan sendiri. Nantikan,” usik Eneyeqay mengenai video
muzik yang akan datang. “Kami cuba untuk tidak terlalu berlebihan dengan video ini kerana kami
mahu visualnya melengkapi lagu itu. Secara peribadi, saya suka kesederhanaan video itu dan
saya bangga dengan rakan-rakan kumpulan saya serta pasukan video muzik kami kerana
melakukan persembahan yang penuh kelas dan luar biasa. Saya harap penonton kami akan
menghargainya juga,” tambah Balo.
“Ia adalah proses yang sangat lancar dan ia datang secara semula jadi. Ia juga satu pengalaman
yang hebat saat bekerjasama dengan orang yang berbakat. Kami sangat teruja dan saya
menantikan fasa seterusnya buat kami sebagai satu kumpulan,” akhiri Eneyeqay dengan nada
gembira.
‘BY YOUR SIDE’ boleh didengari di semua digital platform seperti Spotify, Apple Music, KKBOX,
Deezer dan YouTube Music pada 2nd February 2024, muzik video juga telah ditayangkan secara
eksklusif di saluran YouTube rasmi DISTORTED.

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

Wings Tawar Harga ‘Rahmah’, Hargai Sokongan Peminat Muzik itu satu rakaman masa, ianya terus berevolusi bergerak merentas zaman malah mendedikasikan sebuah revolusi buat penggemar baru dan lama, begitu juga dengan Wings yang terus terbang menggapai kejayaan yang seakan tiada noktah malah pasti ada kejutan dalam membina empayar dan perluasan pengaruhnya. Justeru itu tidak hairanlah mengapa Wings terus ‘meragut magis’ ratusan malah ribuan peminat yang sentiasa dahagakan aksi bertenaga Wings di atas pentas. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur’ menjadi wadah signifikasi yang seterusnya dengan tema yang dibawa! ‘Kuasa dan kemenangan’ itu telahpun  dicipta di pentas The Star Theatre , Singapura pada 29 Julai lalu,  tidak adil rasanya ‘kuasa’ itu tidak digagaskan di Malaysia apatah lagi ianya tempat di mana Wings ditubuhkan sejak 38 tahun yang lalu. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter’ dianjurkan oleh Rumah Produksi Merah manakala Awie Entertainment bertindak seba