Skip to main content

Insomniacks Ingin Menemani Dengan Teman

Nama kumpulan Insomniacks memang sudah tidak asing lagi di
dalam dunia muzik Malaysia masa kini. Sejak memasuki industri muzik, lagu-lagu mereka kerap
menjadi siulan anak-anak muda tempatan serta tular di pelbagai wadah media sosial. Kini mereka
kembali dengan sebuah lagi karya menarik berjudul ‘Teman’.
Melodi muzik dan lirik ditulis oleh ahli kumpulan ini sendiri iaitu Iqie, digubah dan dibantu oleh
Bajai, penerbit yang tidak asing lagi bersama Insomniacks.
“Lagu ini tentang sentiasa berada di sisi orang yang kita sayang. Ia ditulis dengan niat untuk
menemani mereka yang sukar tidur di waktu malam,” ujar Iqie
“Kami mendapat ilham untuk menulis lagu ini selepas ramai pendengar kami memberitahu
bahawa muzik kami sering menemani mereka dalam pelbagai aktiviti, seperti dalam perjalanan
ke tempat kerja atau belajar, selain waktu mengulang kaji pelajaran dan juga saat masih terjaga
di waktu malam. Kami mahu diskografi kami mengandungi lagu-lagu yang boleh menjadi lagu
pengantar tidur juga.
Selain itu, proses rakamannya juga menyenangkan. Ia merupakan satu penghormatan buat diri
saya kerana dapat bekerja dengan dua orang ayah saudara saya yang juga pemuzik berbakat
dengan banyak pengalaman dalam industri muzik,” jelas Iqie lagi tentang karya ini.
Seiring dengan terbitan lagu ini oleh Universal Music Malaysia, lagu ini juga ditampilkan dengan
visual dan jalan cerita yang menarik dari segi cinematography dan visual grafik yang menarik
untuk pendengar menghayati bait bait lagu ini melalui visual pesanan, untuk mementingkan
persahabatan dan sentiasa berada disisi di saat diperlukan. Ada yang merasa menemani
seseorang itu membuang masa dan tiada pulangan, Ia mungkin kedengaran benar namun hidup
perlu bermasyarakat, membantu satu sama lain dan berada di samping orang yang kita sayang
adalah penting kerana kita tidak tahu bila kita mungkin perlukan teman sendiri.
Berkenaan process rakaman video, Pengarah, Dick Wai dan pasukannya daripda Unfold
Production banyak membantu kami dari segi lakonan dan permintaan kami untuk mewujudkan
jalan cerita yang kukuh dan baik’, ujar Iskandar tentang pembikinan video muzik Teman.
“Saya berharap pendengar dapat memahami maksud di balik lagu yang penuh bermakna buat
kami ini. Semoga lagu ini menjadi ikutan dan siulan di konsert-konsert dalam kalangan peminat
kami. Saya juga harap mereka dapat merasai nilai persahabatan yang cuba kami paparkan di
dalam video ini,” bingkas Dan menutup bicara.
Single Teman boleh didengari di semua digital platform seperti Spotify, Apple Music, KKBOX,
Deezer dah Youtube Music pada 1 Mac 2024, muzik video juga ditayangkan secara eksklusif di
saluran YouTube rasmi Insomniacks

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT 5 RUKUN GABUNG LIMA ARTIS NASYID TERKEMUKA, KESINAMBUNGAN DARIPADA ALBUM SAHABAT SELAMANYA

  Hiburan dakwah adalah suatu pendekatan yang cukup relevan pada masa kini khususnya untuk golongan muda pada zaman ini yang banyak sekali terdedah dengan hiburan dan muzik dari barat. Ia juga satu medium untuk mendidik akhlak, menerapkan pemahaman tentang ilmu Islam, meningkatkan keimanan dan meningkatkan keinsafan manusia terhadap Allah SWT sebagai Tuhan Yang Menciptakan Alam Semesta ini. Bagi membantu melonjakkan semula kegemilangan irama nasyid agar ia kembali bernafas semula serta mampu mencetuskan fenomena seperti mana yang pernah berlaku pada awal 90-an dahulu, MAC Training Centre Sdn Bhd telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan KONSERT 5 RUKUN yang bakal diadakan di ZEPP, KUALA LUMPUR pada 15 September , bermula 8.30 malam. Bakal berlangsung selama dua jam, konsert ini juga turut mengangkat lima karektor utama yang diraikan di dalam sejarah industri nasyid Malaysia iaitu Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestica dan Daqmie @ Azmi Manap.  Ia juga sebagai satu kesinam