Liza Hanim Tampil Dengan Lagu OST Terbahru "Takdir Itu Milik Aku,"

Siapa tidak kenal pelantun suara ‘Gelisah Mimpi’ iaitu Liza Hanim kembali mewarnai industri muzik tanah air dengan menghasilkan single terbarunya yang berjudul “Takdir Itu Milik Aku” dan baru-baru ini juga berlangsungnya Konsert "Liza Hanim 27 Years Journey In Concert" yang
 
  di Zepp Kuala Lumpur, menyaksikan kemunculan gemilang beliau dengan mengalunkan lagu- lagu yang mengenali dirinya dalam seni hiburan tempatan.
Selain itu, bercakap tentang kemunculan single terbarunya berjudul “Takdir Itu Milik Aku” ia merupakan runut bunyi rasmi (OST) bagi drama yang dinantikan iaitu "Takdir Itu Milik Aku" yang bakal ditayangkan tidak lama lagi. Lagu telah dikeluarkan di bawah laungan syarikat rakaman Sony Music Entertainment Malaysia.
Menurut Liza Hanim, lagu "Takdir Itu Milik Aku" adalah cerminan tentang perjuangan dan pengorbanan seseorang yang pada akhirnya harus akur menerima takdir yang telah ditetapkan. Dia berkata, "Sebagai manusia biasa, kita diuji dengan pelbagai dugaan dan segala penderitaan dan pengorbanan adalah sebagian dari takdir yang telah ditetapkan oleh Allah. Akhirnya, kita harus menerima dan berserah kepada-Nya."
Keputusan untuk menyanyikan lagu ini tidak memerlukan masa lama bagi Liza Hanim, kerana melodi dan liriknya sangat memikat hatinya sejak awal lagi. Liza Hanim juga menjelaskan bahawa makna lagu ini mudah difahami dan boleh dikaitkan dengan para pendengar apabila mendengarnya.
"Saya memutuskan untuk merakam lagu ini kerana melodi dan liriknya sangat unik dan enak didengar. Bahagian chorus yang mudah dan catchy membuatkan saya mudah mengingati. Sekali gus, membuat lagu ini semakin istimewa buat saya. Meskipun ada berbagai cabaran dalam proses menghasilkan lagu ini, namun ia adalah hasil kerja yang sangat berbaloi" tambahnya.
Drama "Takdir Itu Milik Aku" mengisahkan tentang Dian Zara, seorang gadis lurus dan bersih hatinya menumpang kasih dengan neneknya. Manakala emak saudaranya, Kamisah tidak henti- henti menyeksa hidupnya. Dian disuruh menjadi orang gaji sebelum dipaksa kahwin. Episod duka bermula hanya kerana dia hamil anak cacat.
Drama ini juga telah dilakonkan oleh pelakon yang hebat seperti Emna Maembong, Aiman Hakim, Liza Abdullah, Jasmin Hamid, Mustaqim Bahadun, Datuk Fauziah Nawi, Mak Engku Farida, Naszsally, Riz Amin, dan ramai lagi.

  Lagu 'Takdir Itu Milik Aku’' boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music.
Kredit:
Artis: Liza Hanim
Tajuk: Takdir Itu Milik Aku Produser: Rudy Nastia Komposer: Ejai Aziz & Kelana Penulis Lirik: Siti Rosmizah
Tentang Liza Hanim:
Haliza Hanim Abdul Halim, yang juga dikenali sebagai Liza Hanim, adalah seorang penyanyi, pelakon, penulis lagu, dan ahli perniagaan Malaysia. Memulai kerjayanya di industri muzik Malaysia sejak usia 17 tahun, Liza Hanim telah menempa namanya sebagai salah satu penyanyi terbaik Malaysia pada era 2000-an, bersama dengan vokalis ternama lainnya seperti Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor, Dayang Nurfaizah, dan Misha Omar.
Selam ini Liza Hanim telah memenangkan berbagai penghargaan, termasuk penghargaan vokal terbaik di Anugerah Juara Lagu 17 pada tahun 2003. Dikenal dengan lagu-lagu hitsnya seperti "Siapa Sangka Siapa Menduga", "Andainya Aku Bersuara", "Gelisah Mimpi", "Ku Teruskan", dan "Merawat Luka Terpendam", Liza Hanim juga telah menorehkan kejayaan dengan 7 album studio dan 5 album kompilasi.
Tentang Syarikat Sony Music Entertainment Malaysia Sdn Bhd:
Sony Music Entertainment Malaysia Sdn Bhd adalah anak syarikat Sony Music, kumpulan hiburan muzik terbesar di dunia, yang beroperasi di Malaysia. Syarikat ini memiliki lebih daripada 200 label muzik dan mempunyai kehadiran di lebih daripada 50 negara dan kawasan di seluruh dunia, menjadikannya pemain utama dalam industri muzik global. Selama bertahun- tahun, Sony Music telah menghasilkan muzik dan produk berkaitan dengan muzik yang meliputi sembilan genre utama di dunia, termasuk muzik pop, rock, tarian, alternatif, hip hop, jazz, klasik,

  country, dan muzik baru. Kumpulan Sony Music sentiasa menggalakkan pertukaran seni muzik melintasi sempadan negara, dengan membawa muzik pop dunia yang terbaik ke pasaran Malaysia, sambil secara aktif mencari, membangunkan, dan mempromosikan bakat-bakat muzik dari kalangan rakyat Malaysia ke pentas dunia.

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

PEMENTASAN TEATER DI SEBALIK TOPENG KETENGAHKAN ISU KESIHATAN MENTAL

Datin Alyah Duta TWOMEE