Skip to main content

Akhir Cerita Cinta Anggi Marito Dalam Lagu “Kisah yang Lain

Setelah berjaya dengan lagu hit “Tak Segampang Itu” dan mengeluarkan lagu kolaborasi bersama
Mario G. Klau berjudul “Tak Ingin Kau Terluka”, Anggi Marito kembali dengan karya terbaharu
berjudul “Kisah yang Lain”. Masih sama dengan sebelumnya, single ini diterbitkan di bawah label
rakaman Universal Music Indonesia.

Single “Kisah yang Lain” masih menyajikan nuansa muzik pop balada yang manis dengan mengambil
tema berkisah percintaan. Di dalam lagu ini, Anggi Marito bekerjasama dengan salah satu pencipta
lagu-lagu hit industri muzik Indonesia, Clara Riva.
Anggi Marito menjelaskan bahawa single “Kisah yang Lain” menceritakan tentang seseorang yang
sudah tidak kuat lagi berada dalam hubungan di mana pasangannya sudah tidak lagi mencintai
dirinya.

“Jadi, orang tersebut memutuskan untuk pergi dari hubungannya kerana dia percaya bahawa suatu
saat nanti, pasangannya itu akan digantikan oleh orang dan kisah yang lebih baik serta
membahagiakan dirinya. Intinya bagaimana kita harus melepas dan mengikhlaskan seseorang,” ujar
Anggi tentang cerita single “Kisah yang Lain.  Sementara, dari susunan muziknya, sesuai dengan ceritanya lagu ini dibuat dengan menangkap suasana kesenduan. Dengan instrumen piano yang menjadi senjatanya, lagu ini menyajikan nada
yang sangat manis untuk didengar.

Kesedihannya sangat terasa, apalagi dengan kualiti suara yang layak dilantun, Anggi Marito mampu menterjemahkan dan memadukan muzik serta liriknya sehingga ada suatu rasa yang dapat dirasakan oleh siapa pun yang mendengarnya. Hebat! Konsep video muzik yang hebat
Bukan hanya audionya saja yang sedap didengar, single "Kisah yang Lain" juga menyajikan video muzik yang sangat hebat. Video muzik ini menyajikan nuansa visual suram, sangat sesuai dengan audio yang disajikan dalam susunan muziknya.Video muzi ilianska levantain dani e un dean Se mura, Angel Marito turut Mengambil beberapa latar belakang, video muzik ini seolah bercerita sesuai dengan alur yang disajikan pada liriknya. Dimulakan dengan kebersamaan dan berakhir dengan kesedihan kerana perpisahan. Perpaduan video dan muziknya sangat selaras dengan apa yang menjadi pesan dari
single tersebut.

"Aku berharap single ini dapat menjadi pembuka fikiran, bahawa sebuah keputusan pahit harus kita ambil walaupun itu dengan risiko berakhirnya suatu hubungan, kerana memang ada alasan baik di
belakang keputusan tersebut," ujar Anggi.
Lagu ini sudah tersedia di semua platform muzik digital. Sementara video muziknya boleh anda nikmati di akaun YouTube rasmi Anggi Marito. Cadangan kami, siapkan tisu saat mendengar dan menonton video muziknya. Anda pasti menangis! Selamat mendengar dan menonton!
Ikuti perkembangan Anggi Marito:
Instagram: https://www.instagram.com/anggimarito/
YouTube: https://www.youtube.com/@anggimaritoofficial
Twitter: https://twitter.com/anggimarito6
Facebook: https://www.facebook.com/Anggildol11/
Dengarkan "Kisah yang Lain" DI SINI
Tonton MV "Kisah yang Lain" DI SINI

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT 5 RUKUN GABUNG LIMA ARTIS NASYID TERKEMUKA, KESINAMBUNGAN DARIPADA ALBUM SAHABAT SELAMANYA

  Hiburan dakwah adalah suatu pendekatan yang cukup relevan pada masa kini khususnya untuk golongan muda pada zaman ini yang banyak sekali terdedah dengan hiburan dan muzik dari barat. Ia juga satu medium untuk mendidik akhlak, menerapkan pemahaman tentang ilmu Islam, meningkatkan keimanan dan meningkatkan keinsafan manusia terhadap Allah SWT sebagai Tuhan Yang Menciptakan Alam Semesta ini. Bagi membantu melonjakkan semula kegemilangan irama nasyid agar ia kembali bernafas semula serta mampu mencetuskan fenomena seperti mana yang pernah berlaku pada awal 90-an dahulu, MAC Training Centre Sdn Bhd telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan KONSERT 5 RUKUN yang bakal diadakan di ZEPP, KUALA LUMPUR pada 15 September , bermula 8.30 malam. Bakal berlangsung selama dua jam, konsert ini juga turut mengangkat lima karektor utama yang diraikan di dalam sejarah industri nasyid Malaysia iaitu Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestica dan Daqmie @ Azmi Manap.  Ia juga sebagai satu kesinam