Skip to main content

Retak Aqeesh Aleeya Jadi Lagu OST Drama Bersiri Terbaru, ‘Rindu Kasih’



 Pembabitannya dalam industri hiburan tanah air bermula ketika menyertai pertandingan ‘Bintang Kecil 2013’ ketika baru berumur 9 tahun. Selepas itu, rezeki Aqeesh Aleeya atau nama sebenarnya Nur Balqis Aleeya Shahrom lebih pada bidang pengacaraan dan lakonan. Selepas menjuarai pertandingan bakat dalam talian ‘Bakat Ohsem Malaysia (BOM) 2017’ anjuran hurr.tv ketika berusia 13 tahun, Aqeesh Aleeya telah mengeluarkan single sulung beliau berjudul “Aku Malu” ciptaan DJ Fuzz dan Hez Hazmi. 


Pada bulan Mei tahun ini, Aqeesh Aleeya mengeluarkan single ke-2 beliau berjudul, “Kau Ada”, sebuah lagu duet bersama Momo, salah seorang anggota kumpulan Unknown yang popular dengan lagu “Jangan Marah (Baby Sayang)”. Pada bulan Ogos tahun ini, di bawah bimbingan Akim Ahmad, Aqeesh Aleeya berjaya mara hingga minggu ke-6 program nyanyian realiti baru, ‘Terpaling Juara’ yang bersiaran di TV3. 


Melihatkan bakat dan kualiti vokal dimiliki anak kelahiran Selangor ini, Aqeesh Aleeya yang kini berumur 18 tahun dilamar syarikat rakaman Nova Music untuk merakamkan single ke-3, “Retak” ciptaan komposer, Firdaus Rahmat manakala lirik lagu ditulis bersama Arisz Ab Rahman dan Firdaus Rahmat. Menariknya, single ini dicipta khas untuk menjadi lagu OST drama bersiri terbaru, ‘Rindu Kasih’ terbitan P&D Pictures Sdn Bhd. Drama 15-episod yang dibintangi pelakon-pelakon utama, Umi Nazeera, Izzue Islam dan Nafiz Muaz ini bakal bersiaran dalam slot ‘Samarinda’ di TV3 setiap hari Isnin – Khamis jam 10 malam mulai 16hb. November, ’22. 

Menurut Aqeesh Aleeya, lagu bergenre balada itu mempunyai keunikan tersendiri, kena dengan diri selain berbeza daripada dua single sebelumnya.


“Sebelum ini, saya mendapat panggilan daripada abang Lan Nova Music yang mengatakan ada satu lagu untuk saya. Lagu ini juga adalah lagu OST drama Rindu Kasih yang ditayangkan di slot Samarinda, TV3. 


“Dari awal mendengar demo lagi ini ia memang sedap. Ini single pertama saya dengan genre seperti ini. Kemudian, kami berjumpa untuk berbincang berkenaan rakaman dan sebagainya. Alhamdulillah, tempoh rakaman pun tak ambil masa lama,” katanya.


Berkongsi lanjut, Aqeesh Aleeya berkata, dia tidak berdepan kesukaran atau cabaran ketika merakamkan lagu Retak.


“Alhamdulillah, saya rasa proses merakamkan single baru ini semuanya agak mudah cuma saya perlu lebih menjiwai dalam menyanyikan lagu ini,” katanya.


Aqeesh Aleeya berkata, tidak pernah timbul rasa ralat dan putus asa dalam diri biarpun perlu menunggu lama untuk muncul dengan single baharu.


Sebaliknya, pengalaman yang ditimba hasil daripada menyertai pertandingan nyanyian dijadikan batu loncatan untuk terus memperbaiki diri.


“Saya sebenarnya sudah hampir 10 tahun berada dalam Industri ini. Saya bermula dengan pertandingan Bintang Kecil sewaktu masih berumur 9 tahun. Selepas itu banyak lagi pertandingan yang saya sertai dan dalam masa sama pernah mengacarakan sebuah program. Saya juga seorang pelakon drama dan filem.


“Biarpun agak lambat untuk berada pada tahap ini, bagi saya itu semuanya bergantung kepada usia dan juga rezeki. Macam single pertama dan kedua, saya keluarkan lagu yang bersesuaian dengan umur ketika itu iaitu genre rancak. Untuk umur sekarang ini, saya rasa dah sesuai untuk bawa lagu bergenre balada dan lagi berat. 


“Dalam masa sama, saya juga ada menyertai banyak pertandingan dan ada menang dan kalah. Bagi saya itu semua rezeki juga dan saya ambil itu sebagai penguat untuk terus bertahan dalam industri muzik,” katanya.


Ditanya mengenai persaingan dalam kalangan artis baru ketika ini, Aqeesh Aleeya menyifatkan setiap penyanyi mempunyai kelebihan dan kekuatan masing-masing.


“Saya percaya semua artis dan penyanyi baharu mempunyai keistimewaan tersendiri. Jadi, saya tak berpegang sangat kepada konsep bersaing. Saya rasa kami semua nak memeriahkan lagi industri seni tanah air dengan cara masing-masing. Selain itu, semua bergantung kepada rezeki,” katanya.


Pastinya, Aqeesh Aleeya menaruh harapan tinggi agar lagu Retak itu diterima baik. 


Malah, dia berharap lagu yang menjadi OST drama di TV3 itu sedikit sebanyak dapat membantu lagu itu lebih dikenali.


“Harapan saya agar lagu ini dapat diterima oleh semua peringkat umur dan pendengar dapat memahami pengajaran yang ada di sebalik lagu Retak ini,” katanya.


Sebuah lagu balada yang meruntun jiwa, single terbaru Aqeesh Aleeya, “Retak” bakal dilancarkan pada 14hb. November ’22. Video muzik rasmi lagu tersebut boleh ditonton di saluran YouTube ‘Nova Music Videos’ pada hari yang sama jam 9.00 malam.


Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

Wings Tawar Harga ‘Rahmah’, Hargai Sokongan Peminat Muzik itu satu rakaman masa, ianya terus berevolusi bergerak merentas zaman malah mendedikasikan sebuah revolusi buat penggemar baru dan lama, begitu juga dengan Wings yang terus terbang menggapai kejayaan yang seakan tiada noktah malah pasti ada kejutan dalam membina empayar dan perluasan pengaruhnya. Justeru itu tidak hairanlah mengapa Wings terus ‘meragut magis’ ratusan malah ribuan peminat yang sentiasa dahagakan aksi bertenaga Wings di atas pentas. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur’ menjadi wadah signifikasi yang seterusnya dengan tema yang dibawa! ‘Kuasa dan kemenangan’ itu telahpun  dicipta di pentas The Star Theatre , Singapura pada 29 Julai lalu,  tidak adil rasanya ‘kuasa’ itu tidak digagaskan di Malaysia apatah lagi ianya tempat di mana Wings ditubuhkan sejak 38 tahun yang lalu. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter’ dianjurkan oleh Rumah Produksi Merah manakala Awie Entertainment bertindak seba