YHB SLEEPSALOT DEDIKASI HORMAT KEPADA KUALA LUMPUR DENGAN SINGLE BAHARU, ‘TUKAR CURRENCY’

 


Bintang  rap  Singapura,  YHB  Sleepsalot kembali tampil dengan single baharu berjudul Tukar Currency yang kini sudah berada di semua platform digital menerusi Universal Music. Tukar Currency adalah lagu pertama tahun ini keluaran bakat baharu cukup menyinar itu selepas menutup tahun 2021 dengan karya romantiknya Jatuh Boi tahun lalu.Sejak sempadan negara dibuka beberapa tahun lalu, warga Singapura berpeluang untuk mengubat kerinduan menjejak tanah  Malaysia, dan sebaliknya. Ia turut dirasakan  YHB Sleepsalot yang tidak bertangguh ke Kuala Lumpur (KL) pada Mac lalu di mana dia dapat bertemu semula dengan sahabat serta rakan artis dalam industri rap.Dalam persiapannya menuju ke sini, tercetus sebuah perasaan yang menurutnya kembali segar dalam diri, lantas ideanya terhasil daripada gambaran betapa terujanya dia dapat melangkau  keluar  dari  Singapura.  “Sewaktu  pergi  menukar  wang,  ia  serta-merta mengembalikan semula kenangan itu,”katanya teringat masa itu. “Rasanya agak pelik dan  pada  masa  sama  mengingatkan  saya  betapa  pentingnya  melawat  KL.  Ada  saja berlaku pertukaran budaya dan idea. Ia benar-benar buatkan saya terinspirasi.”Semua idea rasa itu kemudian dirangkumkan dalam Tukar Currency yang diterjemah ke bahasa  Melayu  daripada  istilah  Inggeris,  Currency  Exchange.  Karya  itu  turut  diserikan dengan kerjasama daripada SonaOne dan angggota FORCEPARKBOIS iaitu Nakalness. Tukar  Currency menggunakan rentak ‘breezy trap’ Yang dicipta RIIDEM di mana YHB turut merakam perjalanannya dan selitkan metafora berkisar kemewahan, kesungguhan,

SIARAN MEDIAdan kuasa. Dia masih kekal merendah diri tapi optimistik pada masa sama dan disalurkan pada baris lirik ‘Kalau ambik L aku tambah jadi V’, terjemahan daripada “If I ever take an L (loss), I’ll bounce back and turn it back up.”Dia  turut menyebut  nama  bintang  gusti  Stone  Cold  Steve  Austin  dan  penerbit  hip  hop, Metro Boomin, dua penghulu dalam lapangan artistik masing-masing sambil menujukan sepatah  dua  kata  buat  golongan  bertaraf  diva  dan  berkelas  tinggi  pernah  ditemuinya, diiringi tawa kecil.Sejak mula berkarya dalam muzik, YHB ambil berat terhadap populariti diraihnya dari luar Singapura meskipun agak asing buatnya kerana ketika itu baru pertama kali menulis lirik. Dia memiliki peminat dari Malaysia  yang serta-merta menyukai corak rap tersendirinya selepas mendengar lagunya di platform penstriman dan media sosial.YHB  juga  teringat  semula  betapa  kota  KL  rasa dekat tapi masih asing di hatinya. “Ia memberi  saya  peluang  untuk  mendewasa  dan  berkembang  sebagai  individu  dan  juga artis,” tambahnya. Bersua dengan himpunan artis hebat turut membuatkan semangatnya lebih berkobar melangkah ke 2022 berbekalkan perspektif baharu ditemuinya.Muzik  video  (MV)  Tukar  Currency  turut  memberi  kelegaan  buatnya  kerana  dapat menjalani  penggambaran  sendiri  di  kota  ini.  MV  terdahulunya  menerusi  Jatuh  Boi menampilkan pemandangan KL yang dirakam kru tempatan sebelum diberikan kepada mereka  di  Singapura.  Sekembalinya  ke  Singapura,  dia  sangat  bersemangat  untuk menguasai  industri  rap  semula  dan  pelancaran  Tukar  Currency  melambangkan  ikatan istimewa antara dua negara ini. “Negara kita sudah ibarat bersaudara, baik rakyatnya, makanan, dan budaya,” katanya.“Begitu indah melihat persamaan mahupun perbezaan yang kita ada! Sekarang saya cuma ingin terus hasilkan lebih banyak muzik dan bekerjasama dengan pengkarya dari luar negara.”

SIARAN MEDIATukar  Currency  kini  boleh  dinikmati  di  semua  platform  penstriman.  Dengar sini.  Muzik videonya juga sudah boleh ditonton di YouTube.Mengenai YHB Sleepsalot:Sebagai bintang rap yang kian menyinar, YHB  Sleepsalot dipuji kerana memiliki bunyi selain corak ketrampilannya unik di media sosial. Sudah mencintai muzik sejak kecil, YHB Sleepsalot mula menulis lagu seawal umur 13 tahun dan melancarkan muzik sendiri pada 16 tahun menggunakan rentak yang ditemuinya menerusi YouTube selain mempelajari sendiri produksi penghasilan lagu.Kesungguhan tinggi untuk terus berkarya membuahkan hasil apabila lagunya Karabujan meraih perhatian ikon hip hop serantau iaitu SonaOne dan ALYPH. Diikuti lagu Terminal dan Blow Up yang memasuki senarai lagu dimainkan di Spotify’s New Era:  Asian  Hip Hop. Bakat muda ini juga pernah menjadi artis pembuka tirai persembahan penyanyi rap terkenal serantau termasuk MK K-Clique, Kidd Santhe, dan Tuju K-Clique.Berbekalkan  bunyi  unik  serta  kepelbagaian  diskografinya,  YHB    Sleepsalot  kemudian dilamar menjadi artis Def Jam South East Asia, Universal  Music Singapura pada 2020 sekali gus menjadi artis termuda dinaungi label itu. Dia melancarkan lagu pengenalannya berjudul  Don’t  Miss  Demo,  kesinambungan  kepada  kemampuannya  menghasilkan sebuah lagu dalam tempoh kurang sejam.Pada  Jun  2021,  YHB  Sleepsalot  melancarkan  Jatuh  Boi  yang  menampilkan  SonaOne dan meraih hampir 25,000 penstriman di YouTube, 35,000 tontonan di YouTube dalam tempoh  dua  minggu  pelancarannya.  Menulis  dari kejauhan  lagu  itu  bersamaSonaOne dalam satu malam saja, aliena lirik dan melodi mengkhayalkan hasil sentuhannya dapat pujian  NME    Asia,  TimeOut  (Singapura)  serta  media  Malaysia    termasuk  HITZ,    Era,  Harian    Metro,    tonton  dan    Kosmo.  Bahkan,  dia  turut  menghiasi muka  depan  majalah dalam talian Getaran (Malaysia). Disebut antara artis perlu diberi perhatian tahun ini oleh The Straits Times, YHB meletakkan piawaian tinggi terhadap  dirinya sebagai  penyanyi

SIARAN MEDIArap   dan   penulis   lagu   bagi   terus   mewarnai   industri   serantau   dengan   kehebatan muzikalnya

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

PEMENTASAN TEATER DI SEBALIK TOPENG KETENGAHKAN ISU KESIHATAN MENTAL

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM