JOHAN DAN FIZI ALI KINI SERTAI HOT FM

Bermula 2 Ogos 2022, Selasa, Hot FM akan tampil dengan
pembaharuan sekali lagi dengan penjenamaan semula tagline stesen dan kehadiran dua
tonggak terbaru Hot FM iaitu Johan dan Fizi Ali yang pastinya akan memberikan satu kelainan
pada barisan penyampai dan stesen Hot FM itu sendiri untuk tampil lebih hangat dan terbaik.
Gandingan trio terbaru yang bakal menghangatkan pagi anda menampilkan Johan, Fara
Fauzana & AG akan ke udara setiap Isnin hingga Jumaat bermula 6 pagi hingga 10 pagi.
Dengan nama segmen yang baru iaitu Bekpes Hot, HaHaHa-Ngat pastinya akan memberikan
sesuatu yang berbeza kepada pendengar terutama pengisian dan kandungan segmen yang
lebih segar, komedi yang melucukan, celoteh dan gelak tawa yang menghiburkan, juga mampu
memberikan aura positif kepada pendengar.
Duo terbaru yang lebih macho dan mantap, segmen petang tampil dengan pengisian yang
lebih fresh dengan cerita-cerita hangat masa kini dan akan menjadi geng drama pendengar
untuk bercerita tentang drama-drama yang ditayangkan di TV3. Hot FM Sembang Squad akan
dikendalikan oleh gandingan terbaru Fad dan Fizi Ali yang ke udara bermula 3 petang hingga 7
malam, setiap Isnin hingga Jumaat.
Segmen Hot FM Non Stop Empat Lima bersama Ayu yang ke udara setiap Isnin hingga Jumaat
bermula 10 pagi hingga 3 petang akan memfokuskan kepada 45 minit lagu bebas iklan, music
special dan ulangan segmen pagi.
Segmen malam iaitu Hot Flix masih dikendalikan oleh Imran Aqil yang memfokuskan pendengar
generasi muda, hiburan, interaksi bersama selebriti dan pendengar yang aktif dalam media
sosial, ‘gamers’ serta ‘influencers’. Hot Flix bersama Imran Aqil akan ke udara bermula 8 malam
hingga 12 tengah malam, setiap hari Isnin hingga Jumaat.
Selain itu juga, Hot FM akan mengadakan jelajah di semenanjung Malaysia bagi mendekati dan
meraikan pendengar setia Hot FM yang pastikan akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti
antaranya persembahan hebat artis tanah air. Info lanjut mengenai jelajah ini akan
dimaklumkan dalam masa terdekat.
Hot FM, Yang Hangat Dan Terbaik
Jika sebelum ini Hot FM tampil dengan tagline Kini Lebih Muzik Yang Hangat, kini Hot FM telah
menukar tagline kepada Yang Hangat dan Terbaik. Perubahan tagline ini dibuat adalah kerana
elemen identiti jenama ini mampu memberikan gambaran yang menarik dan terbaik dari
semasa ke semasa. Komponen daripada tagline ini berupaya memberikan lebih banyak info
mengenai pengisian dan kandungan yang dibuat oleh Hot FM.

Ketua Rangkaian Kandungan Hot FM & Molek FM, Nik Nor Azura, berkata, “pertukaran tagline
ini adalah salah satu strategi kami untuk memastikan pendengar akan sentiasa lebih dekat dan
ia bersesuaian dengan pengisian yang memfokuskan kepada setiap kandungan, barisan
penyampai, muzik serta aktiviti lapangan yang diadakan sentiasa hangat dan terbaik buat
pendengar Hot FM yang sentiasa menyokong stesen selama ini.”
Hot FM Zoomerz
Setelah lebih 2 tahun tiada kehadiran “Duta Jalanan Hot FM” di lapangan, kini Hot FM Zoomerz
kembali untuk mendekati pendengar setia Hot FM. Hot FM Zoomerz dikenali oleh pendengar
dengan pemberian pelbagai barangan eksklusif Hot FM, produk pensampelan daripada klien
serta melakukan interaksi dengan pendengar di lokasi terpilih. Hot FM Zoomerz ditubuhkan
kembali adalah disebabkan permintaan yang tinggi daripada rakan kongsi dan klien yang
menginginkan aktiviti lapangan dilakukan dan terdapat lebih banyak lagi program dan acara
yang melibatkan Hot FM Zoomerz akan dijalankan di masa akan datang.
Tentang Hot FM
Hot FM adalah hab hiburan dan informasi menerusi pengisian kandungan yang menarik,
interaksi, penceritaan yang relevan kepada rakyat Malaysia, di samping gelak tawa yang
menghiburkan serta memainkan muzik yang hangat dan terbaik. Hot FM menyasarkan
pendengar berusia 18 tahun hingga 39 tahun bagi sasaran yang lebih luas, manakala lebih
memberi fokus sasaran kepada pendengar berusia 24 tahun hingga 34 tahun.
Terus dengarkan Hot FM di mana saja anda berada kerana kami akan berikan pelbagai
segmen menarik yang lebih segar setiap hari juga hiburan muzik yang hangat dan terbaik.
Hot FM boleh didengari menerusi frekuensi 97.6FM di Lembah Klang, 88.2FM Alor Setar dan
Pulau Pinang; 104.5FM Ipoh; 90.1FM Johor Bahru dan Singapura; 92.4FM Kuantan; 105.1FM
Kota Bharu; 87.7FM Kota Kinabalu; 94.3FM Kuching; 104.3FM Melaka; 99.5FM Seremban;
90.5FM Taping; 105.0 Kuala Terengganu.
Secara alternatif, para pendengar juga boleh mendengar Hot FM secara live streaming di
www.hotfm.audio dan YouTube Hot TV. Untuk perkembangan dan pengisian digital paling
hangat, boleh terus ikuti laman sosial Hot FM di Facebook Hot FM, Instagram @hotfm976 dan
Twitter @hotfm976 dan Whatsapp 017-302 8822. Hot FM juga boleh didengar menerusi aplikasi
Audio+, yang boleh dimuat turun di Apple App Store, Google Play dan Huawei App Gallery.

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

PEMENTASAN TEATER DI SEBALIK TOPENG KETENGAHKAN ISU KESIHATAN MENTAL