Skip to main content

SWEET QISMINA MUNCUL DENGAN ‘NAMO’


Siapa yang tidak kenal dengan pelakon cantik dan popular tanah air Sweet Qismina. Terbaharu, Sweet hadir dengan single debutnya berjudul ‘Namo’ yang bakal mewarnai persada muzik Malaysia, hasil ciptaan barisan komposer ternama negara seperti Mas Dewangga, Jova Devito dan Aden King, dan diterbitkan oleh syarikat rakaman tersohor, Warner Music Malaysia.

“Berdebarnya rasa hendak perkenalkan single sulung saya ini, kerana ini merupakan percaturan pertama saya dalam bidang muzik, mungkin dahulu saya pernah muncul sebagai penyanyi undangan, kini sayalah aksi utamanya,” kata Sweet memulai bicara.

Pemilik nama penuh Farhanna Qismina Supandi, 24 tahun yang memulakan karier dalam industri hiburan tempatan seawal 9 tahun sudah melalui bermacam-macam fasa dalam perjalanan seninya, kini, fasa seterusnya sebagai penyanyi profesional bakal bermula, ulas Sweet, “Tidak ubah seperti sebuah pengembaraan yang menyeronokkan, saya bermula dari kecil sehingga sekarang dengan mencuba pelbagai cabang seni.

“Dilamar pihak Warner pun seakan mimpi, seperti tidak dijangka, namun saya anggap ini sebagai fasa baharu dan tidak sabar untuk memulakan pengembaraan ini!

Dengan jadual lakonan yang padat, graduan Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Komunikasi Massa (Perhubungan Awam) di Universiti dan Kolej SEGi, Selangor, masih memperuntukkan masa untuk menceburi bidang nyanyian.

“Sebenarnya impian untuk mempunyai single sendiri tercetus kira-kira 4 tahun yang lalu, ketika itu saya belum temukan sebuah karya yang betul-betul kena dengan jiwa saya. Setelah berbincang dengan abang Raqeem Brian yang merupakan Pengarah A&R dan Pemasaran Domestik Warner, baharulah saya temui lagu saya.

“Perancangan mengeluarkan single ini telah pun bermula pada bulan November tahun lepas sehingga proses rakamannya pada Julai tahun ini.

“Segala-segalanya adalah baharu buat saya, sewaktu proses rakaman dijalankan, setiap detik sangat meninggalkan kenangan manis yang tidak akan saya lupakan sampai bila-bila. Perasaan berdebar itu hanya Tuhan sahaja yang tahu! Alhamdulillah, kesemuanya berjalan dengan lancar dan lagu tersebut dapat dihasilkan dengan sempurnanya,” jelas Sweet dalam nada ceria.

Menurut Sweet, Namo membawa maksud tidak mahu atau tiada lagi, yang bererti jangan terus hidup dengan kenangan lalu serta berani menolak kepada perkara yang akan membuatkan hidup bertambah resah dan tidak tenteram.

“Namo menggambarkan tentang seseorang yang berani menyuarakan perasaannya dan tidak takut untuk berkata ‘tidak’ pada sesiapa atau mana-mana situasi, sama ada dalam perhubungan atau kehidupan yang toksik, lantas keluar dari zon selesa,” tambah Sweet.

Pemenang trofi Artis Baru Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2016 ini menyifatkan setiap yang berlaku ada hikmahnya, kata Sweet, “Bidang lakonan sememangnya sebati dengan jiwa saya kerana ia merupakan cinta pertama saya. Tapi melalui nyanyian, saya temui kepuasan yang baharu dan tidak sabar rasanya untuk memulakan fasa baharu ini.

Single Namo yang jatuh dalam genre pop rancak berdurasi 3:05 minit ini jelas mempunyai keistimewaannya tersendiri, rangkap pertamanya sahaja sudah cukup menggamit halwa telinga pendengar dan apabila bahagian korusnya masuk, melodi ala K-pop nyata kedengaran sesuai dengan imej segar yang dibawakan Sweet.

“Dalam MV (video muzik) Namo nanti, penonton bakal melihat sisi yang lain tidak pernah saya bawakan sebelum ini. Saya cuba tampilkan sesuatu yang berbeza dan lari dari perkataan ‘Sweet’ itu sendiri. Jadi, peminat muzik di luar sana wajib menonton MV saya nanti.

“Saya tidak mengharap banyak, cukup dengan tanda sokongan positif dari peminat kerana saya sendiri masih lagi merangkak dalam bidang nyanyian.

“Akan tetapi saya sangat teruja dan gembira untuk menerokai ruangan ini dan semoga peminat yang mendengar single Namo akan terhibur dan teruskan menyokong saya sampai bila-bila,” ujar Sweet mengakhiri bicara.

Lagu ‘Namo’ boleh dimuat turun di iTunes dan boleh juga dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.

Manakala MV pula boleh ditonton secara eksklusif pada tarikh yang sama hanya di saluran YouTube Warner Music Malaysia jam 9 malam.





Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT 5 RUKUN GABUNG LIMA ARTIS NASYID TERKEMUKA, KESINAMBUNGAN DARIPADA ALBUM SAHABAT SELAMANYA

  Hiburan dakwah adalah suatu pendekatan yang cukup relevan pada masa kini khususnya untuk golongan muda pada zaman ini yang banyak sekali terdedah dengan hiburan dan muzik dari barat. Ia juga satu medium untuk mendidik akhlak, menerapkan pemahaman tentang ilmu Islam, meningkatkan keimanan dan meningkatkan keinsafan manusia terhadap Allah SWT sebagai Tuhan Yang Menciptakan Alam Semesta ini. Bagi membantu melonjakkan semula kegemilangan irama nasyid agar ia kembali bernafas semula serta mampu mencetuskan fenomena seperti mana yang pernah berlaku pada awal 90-an dahulu, MAC Training Centre Sdn Bhd telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan KONSERT 5 RUKUN yang bakal diadakan di ZEPP, KUALA LUMPUR pada 15 September , bermula 8.30 malam. Bakal berlangsung selama dua jam, konsert ini juga turut mengangkat lima karektor utama yang diraikan di dalam sejarah industri nasyid Malaysia iaitu Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestica dan Daqmie @ Azmi Manap.  Ia juga sebagai satu kesinam