Skip to main content

Dewi Remaja Kini Kembali


Setelah dua bulan berlalu sejak sesi uji bakat dilangsungkan, 16 orang finalis telahpun diumumkan sebagai peserta pencarian Dewi Remaja 2022. Menerusi sebuah sidang media yang dilangsungkan pada 7 Julai 2022 (Khamis) bertempat di Z Botanica by Nicsmann One Utama, kesemua finalis telah diperkenalkan satu-persatu kepada rakan media, rakan selebriti dan penonton yang mengikuti sidang media secara langsung menerusi aplikasi media sosial rasmi Majalah Remaja.

 

Buat julung kalinya juga, pencarian Dewi Remaja 2022 memperkenalkan hos tetap, Fikry Ibrahim dan juri tetap, Rozita Che Wan. Fikry Ibrahim dipilih atas kriteria karisma, kebolehan mengendalikan program televisyen realiti dan pakej yang ditampilkan bersesuaian dengan imej program.

 

Manakala, pemilihan Rozita Che Wan sebagai juri tetap tunggal pada musim ini menyuntik satu kelainan memandangkan ini merupakan kali pertama beliau diberikan tugas tersebut. Rozita Che Wan merupakan salah seorang finalis pada edisi pencarian Dewi Remaja 1994/1995 yang dimenangi oleh Wan Khatijah Wan Othman dan sejak itu telah meletakkan jenamanya sebagai pelakon, pengacara, usahawanita dan jurucakap produk terkenal di Malaysia.

 

Pemilihan 16 orang finalis pada edisi kali ini juga memastikan saingan menjadi lebih sengit di samping memberi pilihan yang lebih luas buat juri tetap dan juri jemputan pada setiap minggu. Masing-masing memiliki keperibadian dan latar belakang yang pelbagai, karakter menarik untuk ditonjol dan potensi tinggi bagi diangkat sebagai wajah baharu yang mewakili remaja Malaysia dalam industri hiburan tanah air mahupun lapangan lain yang ingin mereka ceburi.

 

Mereka dipilih menerusi empat sesi uji bakat yang telah diadakan sepanjang bulan Mac lalu iaitu di Johor, Sabah, Pulau Pinang dan Selangor. Penganjuran uji bakat Dewi Remaja 2022 di lokasi berbeza itu telah berjaya menarik penyertaan lebih daripada 500 peserta tempatan mahupun antarabangsa dari segenap Malaysia.

 

Menurut Fiezreen Ahmad selaku Editor Pengurusan REMAJA, pencarian Dewi Remaja 2022 dijangka akan memberi impak berbeza disebabkan kekuatan pada pemilihan finalisnya.

 

“Dewi Remaja memiliki sejarah yang panjang di Malaysia. Bermula sejak tahun 1985 lagi, pencarian ini telah melahirkan banyak nama besar dalam industri seni hiburan tanah air. Tahun ini setelah tiga tahun berlalu, Dewi Remaja tampil berbeza menerusi pemilihan yang diadakan secara lebih meluas.  

 

“Setelah menjelajah ke Johor, Sabah, Pulau Pinang dan Selangor, maka kami persembahkan 16 gadis yang terbaik untuk berada dalam rancangan ini sekaligus merebut gelaran Dewi Remaja yang ke-11. Menariknya kali ini, finalis Dewi Remaja 2022 menampilkan peserta yang lebih diversiti.  

 

“Dengan tampilan 16 finalis bermakna persaingan bakal menjadi lebih sengit sepanjang lapan minggu mereka bertanding. Setiap cabaran yang bakal finalis lalui dalam pertandingan mempersiapkan diri mereka agar mampu memberi impak sebagaimana juara sebelum ini sekaligus meneruskan legasi kecemerlangan jenama Dewi Remaja. Terlebih dahulu sebelum ini ketika sesi uji bakat mereka telah di uji menerusi segmen komunikasi, bakat dan juga pengetahuan am sebelum disenarai pendek, ” kongsi Fiezreen.  

 

Pengurus Saluran Astro Ria, Idlan Zahari berkata, “Setelah 3 tahun dikekang oleh pandemik, Astro menyambut baik inisiatif penganjuran program ‘Dewi Remaja’ untuk kali ke-12 yang mengiktiraf potensi bakat luar biasa kaum wanita dalam pesada dunia hiburan. Dewi Remaja kembali dengan lebih pengisian menarik termasuk cabaran-cabaran yang menguji ilmu dan versatiliti para peserta. Kami turut teruja untuk meneruskan peranan kami sebagai platform yang mampu menyerlahkan bakat-bakat wanita khususnya golongan muda yang penuh dengan keazaman dan semangat gigih untuk mengecapi cita-cita mereka.

 

Sebagai peneraju utama kandungan hiburan tempatan, Dewi Remaja dilihat memberi impak yang sangat besar dalam industri lebih-lebih lagi dalam mengangkat martabat wanita muda. Untuk meneruskan legasi Dewi Remaja, platform pencarian seumpama ini juga berupaya meningkatkan keyakinan setiap wanita yang pastinya ada impian untuk berjaya dan menyerlahkan bakat terpendam dalam apa jua bidang yang diceburi terutamanya bidang hiburan.

 

Semoga penganjuran Dewi Remaja pada tahun ini dapat mengukuhkan lagi kedudukan Astro dalam penerbitan program realiti berkualiti tinggi dan sebagai sebuah platform pencarian bakat komersial yang sekaligus mampu meneruskan legasi kecemerlangan jenama kandungan harta intelek lain seperti Hero Remaja”

 

Berikut merupakan 16 orang peserta telah terpilih sebagai finalis pencarian Dewi Remaja 2022.

 

NO.

FINALIS DEWI REMAJA 2022

UMUR

NEGERI ASAL

AKAUN INSTAGRAM

1

Siti Auni Safiya Binti Yusri

22

Selangor

@auniyusrii

2

Fifi Filan Tisya Binti Mohd Zain

20

Pulau Pinang

@miss_fififilan

3

Keeranjit Kaur A/P Darjit Singh

25

Pahang

@keeranpraval

4

Nurshafeera Reezlyn Bt Shamsul Azhar

18

Pulau Pinang

@reezlynshafeera

5

Dina Allysha Binti Aminudin

21

Selangor

@dinaallysha_

6

Melissa Quek Ai Ying

20

Pulau Pinang

@xcmelaurell__

7

Nur Hailee Izzati Binti Mohd Azimzim

23

Perak

@hyeley

8

Malle Christian Anderson Barlus

24

Sabah

@millehchristian

9

Siti Nur Aishah Bee Binti Md Nor

22

Johor

@beeaishah_

10

Zafira Natasya Yong

21

Johor

@zafirayong

11

Wan Nurul Eiman Binti Wan Zulkifli

24

Kuala Lumpur

@emnwnzl

12

Kimberly Chuah

22

Kuala Lumpur

@kimberly.chuah

13

Noor Alyssa Binti Ahmad Azim

20

Kuala Lumpur

@alyssaazmi

14

Tracie Sinidol

21

Sabah

@traciesinidol_official

15

Nur Rasyiqah Johan

20

Pulau Pinang

@raasyiqa

16

Janani A/P Baskaran

24

Selangor

@jannybaskaran

 

Dengan menampilkan sokongan daripada jenama Kinohimitsu dan WonderDewi by WonderLab sebagai penaja bersama, pencarian Dewi Remaja 2022 bakal ditayangkan menerusi lapan (8) episod  bermula 16 Julai, pada setiap hari Sabtu jam 9 malam di saluran Astro Ria.

 

Selain bertanding menerusi cabaran episod yang ditayangkan, 16 finalis terpilih juga bertanding dari aspek populariti menerusi undian peminat yang dibuka bermula 8 Julai 2022 sehingga ke malam finale kelak untuk mengetahui siapakah yang akan bergelar Dewi Favourite 2022. Undian boleh dilakukan pada setiap hari di laman web rasmi REMAJA di https://www.remaja.my/dewi/

 

Pertandingan Dewi Remaja 2022 merupakan kerjasama di antara Nu Ideaktiv Sdn Bhd selaku penganjur dan Astro Ria selaku penyiar rasmi. Siapakah yang bakal meneruskan legasi DEWI REMAJA yang disandang oleh juara musim lalu, Shaza Bae? Sama-sama kita nantikan pencarian Dewi Remaja 2022 bermula bulan Julai ini.

 

 

Astro Originals yang kami hasilkan. Astro Radio, ‘rumah’ kepada rangkaian jenama radio yang merekodkan rating tertinggi dalam negara merentasi pelbagai bahasa, dan jenama digital kami termasuk SYOK, Gempak, Xuan, Ulagam dan AWANI menghubungkan rakyat Malaysia dengan sajian kandungan dan kisah-kisah menarik yang berlaku di sekeliling kita pada setiap hari. Go Shop, platform e-dagang dan pusat membeli belah dari rumah kami pula menawarkan pengalaman yang menyeronokkan serta menghiburkan, menepati kehendak gaya hidup rakyat Malaysia.

 

TENTANG MAJALAH REMAJA

Remaja merupakan sebuah jenama media yang didedikasikan untuk menyediakan kandungan inspirasi dan aspirasi bagi anak muda Malaysia selama lebih 38 tahun. Bermula sebagai majalah, kini jenama ini bertapak kukuh di dunia digital. Remaja adalah jenama yang mengupas tentang trend fesyen dan kecantikan, tip pendidikan & kerjaya, nasihat hubungan, perihal selebriti dan hiburan, peretasan hidup serta inklusif dengan pelbagai lagi informasi bagi para anak muda yang ingin meningkatkan gaya hidup mereka pada setiap hari.

 

PENAJA BERSAMA:

 

Kinohimitsu

Semua produk Kinohimitsu memiliki ekstrak semula jadi yang sangat penting untuk sistem semula jadi kawalan kendiri. Fokus utama Kinohimitsu adalah Detoks , kesihatan dan kecantikan yang berasaskan prinsip pendekatan holistik bagi menambahbaik kesejahteraan hidup manusia. Kinohimitsu juga menawarkan  penggunaan produk semula jadi yang selamat dan berkesan. Kinohimitsu menambah baik kehidupan anda tanpa membuat sebarang tuntutan bagi masa dan tenaga anda, malah memberi anda kebebasan untuk menjalani kehidupan yang lebih baik.

Untuk maklumat lanjut tentang Kinohimitsu, layari my.kinohimitsu.com

 

Kumpulan WonderLab

WonderLab Group adalah kumpulan korporat yang ditubuhkan untuk menyelia operasi semua jenama kecantikan dan kesejahteraan di bawah CUCKOO International (MAL) Sdn Bhd (CUCKOO International). Kumpulan itu menempatkan dua jenama dalaman utama, jenama WonderDewi dan jenama WonderLab, meletakkan dirinya sebagai penyedia penyelesaian kecantikan dan kesejahteraan holistik yang memenuhi keperluan dan kehendak pengguna yang semakin sofistikated dan pelbagai dalam segmen kecantikan dan kesihatan.

 

Untuk maklumat lanjut tentang Kumpulan WonderLab, lawati wonderlab.com.my atau layari halaman Facebook dan Instagram rasmi Kumpulan WonderLab @WonderLabOfficial.

 

 

 

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT 5 RUKUN GABUNG LIMA ARTIS NASYID TERKEMUKA, KESINAMBUNGAN DARIPADA ALBUM SAHABAT SELAMANYA

  Hiburan dakwah adalah suatu pendekatan yang cukup relevan pada masa kini khususnya untuk golongan muda pada zaman ini yang banyak sekali terdedah dengan hiburan dan muzik dari barat. Ia juga satu medium untuk mendidik akhlak, menerapkan pemahaman tentang ilmu Islam, meningkatkan keimanan dan meningkatkan keinsafan manusia terhadap Allah SWT sebagai Tuhan Yang Menciptakan Alam Semesta ini. Bagi membantu melonjakkan semula kegemilangan irama nasyid agar ia kembali bernafas semula serta mampu mencetuskan fenomena seperti mana yang pernah berlaku pada awal 90-an dahulu, MAC Training Centre Sdn Bhd telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan KONSERT 5 RUKUN yang bakal diadakan di ZEPP, KUALA LUMPUR pada 15 September , bermula 8.30 malam. Bakal berlangsung selama dua jam, konsert ini juga turut mengangkat lima karektor utama yang diraikan di dalam sejarah industri nasyid Malaysia iaitu Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestica dan Daqmie @ Azmi Manap.  Ia juga sebagai satu kesinam