Skip to main content

Nabil, Azad Jasmin, Radin Penyambung Legasi Slot Pagi Radio ERA



Stesyan Radio No 1 Negara ERA Radio kini menampirkan Segmen baru dan juga peyampai baru.


Selepas 10 tahun digandingkan dalam segmen pagi Di Era, jenama JoHaRa kini digantikan dengan 3 Pagi Era yang menampilkan Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin.





Namun Segmen JoHaRa sebelum yang diterajui tiga penyampai popular iaitu Johan, Hanif Hamzah dan Ray.


Pengumuman itu dibuat pada majlis sidang media Pengenalan Personaliti Baharu Era yang berlangsung Tiffin At The Yard, Sentul Depot, Petang tadi.


Pengurus Kandungan Era, Hani Fadzil berkata kali ini Era menampilkan perubahan beberapa segmen seperti 3 Pagi Era, 101 Era dan Daebak Era.




Bercakap mengenai gandingan tiga penyampai bahru pagi itu, Hani menjelaskan pihaknya cuba membawa kelainan dengan memperkenalkan hiburan infotainment bagi memenuhi selera pendengar.




“Pihak Era merasakan sudah sampai masanya untuk kami bawa perubahan baharu untuk para pendengar yang selama ini menyokong kami sehingga menjadikan Era terus kekal sebagai stesen radio nombor satu di Malaysia.


“Saya percaya gandingan Nabil, Azad dan Radin ada kekuatannya tersendiri.


“Kita tak boleh lari kalau orang buat perbandingan dengan JoHaRa tapi kehadiran Nabil, Azad dan Radin bukan untuk menggantikan mereka, sebaliknya terus menyambung legasi JoHaRa.


Hanif dan Ray masih lagi kekal berada dalam keluarga Era mengendalikan segmen 101 Era yang bersiaran dari Isnin hingga Jumaat, jam 4 petang hingga 8 malam.


Muka baharu yang turut ditampilkan ialah finalis Hero Remaja 2021, Fazziq Muqris yang akan bergandingan dengan Munabella menerusi segmen Daebak Era.


Daebak Era yang mengetengahkan lagu-lagu hits Kpop bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat, jam 8 malam hingga 12 tengah malam.


Pelawak Daniel Zaini pula akan mengendalikan segmen Port-Era, bersiaran Isnin hingga Khamis, jam 10 pagi hingga 1 petang.


Pengacara Isha Norsham diberi peranan menjayakan segmen Gempak Hit Era, yang bersiaran Isnin hingga Jumaat, jam 1 hingga 4 petang.


Manakala bagi segmen Hujung Minggu di Era pula dikendalikan Zahier Yusoff.


Untuk makluman terkini, anda boleh mendergar Radio Era di Frekuensi 103.3 atau di aplikasi SYOK. 

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

Wings Tawar Harga ‘Rahmah’, Hargai Sokongan Peminat Muzik itu satu rakaman masa, ianya terus berevolusi bergerak merentas zaman malah mendedikasikan sebuah revolusi buat penggemar baru dan lama, begitu juga dengan Wings yang terus terbang menggapai kejayaan yang seakan tiada noktah malah pasti ada kejutan dalam membina empayar dan perluasan pengaruhnya. Justeru itu tidak hairanlah mengapa Wings terus ‘meragut magis’ ratusan malah ribuan peminat yang sentiasa dahagakan aksi bertenaga Wings di atas pentas. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur’ menjadi wadah signifikasi yang seterusnya dengan tema yang dibawa! ‘Kuasa dan kemenangan’ itu telahpun  dicipta di pentas The Star Theatre , Singapura pada 29 Julai lalu,  tidak adil rasanya ‘kuasa’ itu tidak digagaskan di Malaysia apatah lagi ianya tempat di mana Wings ditubuhkan sejak 38 tahun yang lalu. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter’ dianjurkan oleh Rumah Produksi Merah manakala Awie Entertainment bertindak seba