Skip to main content

MUSIC OF THE SOUL :AN EVENING BERSAMA DATO’ SRI SITI NURHALIZA


 

 

Yayasan Nurjiwa akan mengadakan persembahan amal khas yang dijayakan oleh penyanyi Dato’ Sri Siti Nurhaliza pada 5 & 6 November 2022 di Dewan Plenary, KLCC, bermula pukul 8.45 malam.

Tiket-tiket berharga RM188, RM288, RM388, RM488, RM588, RM788, RM888 dan RM1188 mula dijual pada hari ini di www.myticket.asia atau menerusi hotline +603-86050196.

Persembahan dua malam ini bertujuan mengisi dana Yayasan Nurjiwa bagi meneruskan misi bantuan serta mengubat rindu para peminat Siti Nurhaliza untuk menonton aksi penyanyi kesayangan mereka.

Artis jemputan bagi persembahan ini merupakan seorang legenda rock tanahair iaitu Dato’ Awie. Gandingan kedua-dua artis ini juga merupakan elemen istimewa yang akan dipersembahkan di Dewan Plenary, KLCC.

Sebagai penerbit, Yayasan Nurjiwa berharap persembahan ini akan mencapai sasaran supaya lebih banyak misi bantuan dapat dilaksanakan terutama pada musim banjir, bantuan berterusan ke Palestin serta bencana alam lainnya.

 

 

 

 

 

 

 

YAYASAN NURJIWA

Yayasan Nurjiwa ditubuhkan pada 21 Ogos 2006 dan merupakan sebuah pertubuhan kebajikan yang menjalankan kerja-kerja amal.

Yang Berbahagia Dato’ Sri Khalid bin Mohamad Jiwa dan Yang Berbahagia Dato’ Sri Siti Nurhaliza binti Tarudin merupakan penaung dan pengerusi yayasan ini.

Objektif penubuhan yayasan ini merangkumi beberapa aspek iaitu bantuan kemanusiaan, kemasyarakatan dan bencana alam, pembangunan modal insan, pembangunan agama serta pendidikan.

Pihak yayasan telah melaksanakan pelbagai program sejak penubuhannya serta mewujudkan Tabung Bantuan Khas Bencana Alam, Palestin dan Covid-19  dengan kerjasama Kita Fund.

Tabung ini telah ditubuhkan sejak tahun 2020 sehingga sekarang dan memberi peluang kepada orang ramai menyalurkan sumbangan untuk terlibat sama dalam usaha amal pihak yayasan. Sumbangan boleh dibuat dengan melayari kita.fund/tabungbantuanYNJCTDK

Selain mengadakan pelbagai misi bantuan kepada masyarakat, bencana alam, pembangunan surau dan masjid, Yayasan Nurjiwa juga telah menyediakan sebuah sekolah untuk kanak-kanak di Gaza, Palestin. Sekolah yang diberi nama Afwa & Afiyah ini memfokuskan kepada pendidikan peringkat awal dalam bidang Al-Quran dan akademik termasuk mengenai akhlak, adab dan sebagainya.

Pihak yayasan mempunyai wakil khas di Gaza yang diberi kepercayaan untuk menguruskan sekolah, tenaga pengajar, pelajar termasuk kemudahan makanan disediakan pada waktu persekolahan. Sekolah yang ditubuhkan pada 5 Oktober 2021 ini memberi peluang kepada anak-anak Palestin mendapat pendidikan awal serta disediakan bangunan sekolah yang lebih selesa.

 

 

 

 

MUSIC OF THE SOUL: AN EVENING WITH DATO’ SRI SITI NURHALIZA

Sebagai usaha menambah dana bagi meneruskan usaha kebajikan, pihak Yayasan Nurjiwa akan mengadakan persembahan khas Music Of The Soul: An Evening With Dato’ Sri Siti Nurhaliza.

Ini merupakan kali ke-3 yayasan dengan kerjasama penganjur acara, Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn.Bhd.menjayakan persembahan amal selepas Konsert Satu Dato’ Siti Nurhaliza (2009), Dato’ Siti Nurhaliza Live In KLCC: Where The Heart Is (2014) dan terkini, Music Of The Soul: An Evening With Dato’ Sri Siti Nurhaliza (2022).

Persembahan selama 2 jam ini dijangka akan dapat mengubat rindu peminat Siti setelah beberapa tahun tidak muncul dalam konsert berskala besar. Beliau juga memilih Dato’ Awie sebagai artis undangan dan yakin dengan aura yang dimiliki oleh penyanyi kumpulan Wings tersebut.

Menurut Siti, persembahan kali ini bukan sahaja bertujuan untuk berhibur tetapi ada matlamat yang lebih diutamakan iaitu mengajak peminat bersama-sama berbuat kebaikan. Pengalaman beliau sewaktu turun padang menyampaikan misi bantuan menimbulkan kesedaran bahawaNGO dan masyarakat boleh digembleng untuk sebarang usaha murni.

``Saya yakin, apabila lebih banyak tangan yang membantu, apa yang kita usahakan akan dapat diperluaskan lagi. Saya bersyukur kerana sepanjang misi bantuan banjir, Palestin dan Covid-19, banyak syarikat dan individu yang telah bersama-sama Yayasan Nurjiwa,’’ katanya.

Tambah Siti, beliau sangat teruja untuk bertemu para peminat dan berusaha untuk menampilkan persembahan yang akan diingati. Setiap kali dengan persembahan terbaharu, beliau akan berusaha menampilkan konsep persembahan berbeza bagi memuaskan hati penonton.

``Menyanyi adalah kerja saya, menghiburkan pula adalah satu amanah dan tanggungjawab. Memasuki usia 27 tahun di dalam industri, saya percaya bahawa  persembahan saya juga semakin matang mengikut arus waktu. Sesuai usia saya 43 tahun, saya akan memberikan keutamaan kepada konsep persembahan yang bersesuaian,’’ ujarnya.

 

 

 

``Saya juga teruja untuk membuat persembahan dengan Dato’ Awie dan sudah pun memikirkan konsep yang sesuai buat kami. Apa yang saya utamakan adalah kepuasan para penonton seusai persembahan kami nanti,’’ujar Siti.

Persembahan Siti akan diiringi oleh barisan pemuzik profesional yang diketuai oleh Aubrey Suwito. Menampilkan konsep emosi dan penjiwaan, Siti yakin beliau dan Aubrey Suwito yang telah lama bekerjasama akan dapat menghasilkan gubahan muzik segar dan berbeza.

Music Of The Soul adalah kesinambungan perjalanan Siti sebagai penyanyi dan seni merupakan sebahagian daripada jiwa beliau. Justeru karier muzik telah menjadi penyambung usaha beliau dalam bidang seni dan seterusnya bertemu dengan pelbagai golongan masyarakat. Jiwanya dekat dengan masyarakat dan apa yang dilakukan pada hari ini adalah dengan memberi semula dan bermanfaat kepada orang lain.

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT 5 RUKUN GABUNG LIMA ARTIS NASYID TERKEMUKA, KESINAMBUNGAN DARIPADA ALBUM SAHABAT SELAMANYA

  Hiburan dakwah adalah suatu pendekatan yang cukup relevan pada masa kini khususnya untuk golongan muda pada zaman ini yang banyak sekali terdedah dengan hiburan dan muzik dari barat. Ia juga satu medium untuk mendidik akhlak, menerapkan pemahaman tentang ilmu Islam, meningkatkan keimanan dan meningkatkan keinsafan manusia terhadap Allah SWT sebagai Tuhan Yang Menciptakan Alam Semesta ini. Bagi membantu melonjakkan semula kegemilangan irama nasyid agar ia kembali bernafas semula serta mampu mencetuskan fenomena seperti mana yang pernah berlaku pada awal 90-an dahulu, MAC Training Centre Sdn Bhd telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan KONSERT 5 RUKUN yang bakal diadakan di ZEPP, KUALA LUMPUR pada 15 September , bermula 8.30 malam. Bakal berlangsung selama dua jam, konsert ini juga turut mengangkat lima karektor utama yang diraikan di dalam sejarah industri nasyid Malaysia iaitu Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestica dan Daqmie @ Azmi Manap.  Ia juga sebagai satu kesinam