Skip to main content

Klangit Tampir Dengan Lagu Terbahru Pusing

Klangit adalah sebuah band yang telah membuat kemunculan pada tahun 2008 dan sehingga 
kini masih menempah nama di persada musik industri tanah air. Nama band Klangit adalah 
asalnya bernama “ADRIBAND” dan telah ditukarkan pada Klangit pada tahun 2010. Idea 
nama Klangit adalah melambangkan destinasi yang jauh dan tinggi yang ingin digapai 
bersama. Mereka yang dikenali dengan lagu Sesal Mendua masih mengekalkan hala tuju 
muzik mereka sebagai pemain Modern Rock, Pop, Electro dan Ballad Rock. Klangit kini 
dianggotai oleh Ary sebagai vokalis dan Haris sebagai pemain gitar.
Terkini, Klangit telah disambar oleh pihak syarikat rakaman Rusa Music pada tahun 2020
dan telah membuahkan hasil pertama mereka atas kerjasama Rusa Music. ‘Aku Masih Disini’
adalah tajuk single pertama mereka bersama Rusa Music pada tahun 2020 juga. Aku Masih 
Disini telah memperoleh hampir 1 juta tontonan di Youtube Rusa Music. Dan terbaru, 
Klangit berjaya menghasilkan single ke dua mereka yang bertajuk Pusing. Lagu Pusing ini 
berentak lebih catchy adalah hasil ciptaan sepenuhnya Ary Klangit, Haris Klangit dan 
Zimi. Maksud lagu Pusing ini adalah seorang perempuan merupakan kekasihnya yang sering 
membeli belah didalam talian hingga membuat dirinya berasa pusing kerana perlukan belanja 
secara banyak hanya demi kekasihnya yang dicintai. Mengenakan music video yang 
bertamakan warna Kuning menampakan lebih menarik dan kotak bungkusan yang banyak.
Ini kerana konsep sebegini lebih dekat pada jiwa rakyat pada masa kini.
Single Pusing kini boleh anda dengarkan di semua pelantar digital muzik termasuk Muzik 
Video di YouTube Rusa Music. Diharap karya Pusing ini akan mendapat sokongan semua 
pihak media & radio tempatan dan diterima ramai. Segala info terkini boleh diketahui melalui 
laman instagram @klangit_official, @aryklangit, @harisklangit dan @rusamusic untuk 
mengetahui perkembangan lanjut bagi single Pusing dan Klangit.

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT 5 RUKUN GABUNG LIMA ARTIS NASYID TERKEMUKA, KESINAMBUNGAN DARIPADA ALBUM SAHABAT SELAMANYA

  Hiburan dakwah adalah suatu pendekatan yang cukup relevan pada masa kini khususnya untuk golongan muda pada zaman ini yang banyak sekali terdedah dengan hiburan dan muzik dari barat. Ia juga satu medium untuk mendidik akhlak, menerapkan pemahaman tentang ilmu Islam, meningkatkan keimanan dan meningkatkan keinsafan manusia terhadap Allah SWT sebagai Tuhan Yang Menciptakan Alam Semesta ini. Bagi membantu melonjakkan semula kegemilangan irama nasyid agar ia kembali bernafas semula serta mampu mencetuskan fenomena seperti mana yang pernah berlaku pada awal 90-an dahulu, MAC Training Centre Sdn Bhd telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan KONSERT 5 RUKUN yang bakal diadakan di ZEPP, KUALA LUMPUR pada 15 September , bermula 8.30 malam. Bakal berlangsung selama dua jam, konsert ini juga turut mengangkat lima karektor utama yang diraikan di dalam sejarah industri nasyid Malaysia iaitu Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestica dan Daqmie @ Azmi Manap.  Ia juga sebagai satu kesinam