Skip to main content

KEMBALINYA EMMA KE ARENA MUZIK


 

Rahimah Sukor, yang lebih mesra disapa sebagai Emma, merupakan satu nama yang tidak asing lagi bagi penggemar rock era 90an. Beliau merupakan bekas vokalis kumpulan Revolusi, dan pernah merakamkan dua album rock solo bersama Warner Music sebelum mengundurkan diri daripada pentas muzik tanah air. Walaupun tidak lagi muncul di kaca televisyen atau corong radio, Emma masih terus bergiat aktif dalam industri hiburan luar dan dalam negara menerusi syarikatnya sendiri, Impact Music & Entertainment, yang diuruskan sepenuhnya oleh beliau dan suami tercinta. Emma kini tampil dengan KEMBALILAH EMMA, sebuah EP yang memuatkan tiga lagu baru - RINTIHAN RASA, SUDAH BERLALU, dan DUNIA CINTA, serta dua lagu tribute buat Kumpulan Revolusi dan Merah - BAYANGAN MISTERI 2020, dan CINTAKU 2022. Mengambil nama salah satu lagu hit beliau, KEMBALILAH EMMA mewakili hasrat peminat yang ingin muzik rock kembali ke persada hiburan tanah air. Album ini juga mengorak langkah untuk beliau berkolaborasi dengan nama-nama besar dalam industri hiburan. Antara yang terlibat dalam pembikinan EP ini adalah Adi Priyo, Mus May, Denis Chairis, Gjie Arlis, Yazri Malik, dan ramai lagi. Lirik video CINTAKU 2022 boleh ditonton di saluran YouTube Impact Music mulai 18 Februari jam 12 tengah malam. EP KEMBALILAH EMMA pula boleh didengarkan di semua pelantar penstriman digital mulai 22 Februari jam 12 tengah malam manakala lirik video RINTIHAN RASA boleh ditonton di saluran YouTube Impact Music pada hari yang sama.

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

Wings Tawar Harga ‘Rahmah’, Hargai Sokongan Peminat Muzik itu satu rakaman masa, ianya terus berevolusi bergerak merentas zaman malah mendedikasikan sebuah revolusi buat penggemar baru dan lama, begitu juga dengan Wings yang terus terbang menggapai kejayaan yang seakan tiada noktah malah pasti ada kejutan dalam membina empayar dan perluasan pengaruhnya. Justeru itu tidak hairanlah mengapa Wings terus ‘meragut magis’ ratusan malah ribuan peminat yang sentiasa dahagakan aksi bertenaga Wings di atas pentas. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur’ menjadi wadah signifikasi yang seterusnya dengan tema yang dibawa! ‘Kuasa dan kemenangan’ itu telahpun  dicipta di pentas The Star Theatre , Singapura pada 29 Julai lalu,  tidak adil rasanya ‘kuasa’ itu tidak digagaskan di Malaysia apatah lagi ianya tempat di mana Wings ditubuhkan sejak 38 tahun yang lalu. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter’ dianjurkan oleh Rumah Produksi Merah manakala Awie Entertainment bertindak seba