Skip to main content

ANUGERAH JUARA LAGU 36 UMUM TARIKH SIARAN

 


Hari ini, peminat muzik tanah air menerima berita baik tentang tarikh siaran Anugerah Juara Lagu 36 (AJL 36) selepas pengumuman dilakukan menerusi Melodi sebentar tadi.


Acara tahunan berprestij untuk memartabatkan lagu terbaik, Anugerah Juara Lagu bakal melangsungkan edisi ke 36 pada 6 Mac 2022 (Ahad), bersiaran langsung dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, pukul 9.00 malam. 


Bagi menyemarakkan lagi AJL 36, iklan penjenamaan (brand ad) AJL 36 yang berkonsepkan spektrum warna yang melambangkan tenaga muzik yang sama turut dilancarkan secara rasmi pada hari ini di TV3 dan laman media sosial rasmi TV3 Malaysia Official. Rentak AJL 36 menyatukan kesemua finalis AJL 36 yang mengetengahkan genre muzik yang berbeza juga memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa bersama mengharungi cabaran melawan penularan virus Covid-19. Ia juga menggambarkan aura generasi terkini yang sentiasa berani mencuba sesuatu yang baharu. Selain itu, penggunaan elemen “glitch” dalam iklan ini juga menjurus kepada era digitalisasi dan moden.


Dalam keterujaan untuk meraikan lagu-lagu terbaik tahun 2021, pihak TV3 dan produksi akur dengan situasi semasa negara yang masih diancam dengan penularan virus Covid - 19. Selepas penganjuran dalam norma baharu di edisi tahun lepas, pihak TV3 dan produksi akan memperinci prosedur operasi standard yang harus dipatuhi supaya acara ini dapat dianjurkan dengan terancang, sempurna dan memastikan aspek keselamatan warga kerja terjaga. 


Berikut ialah 12 buah lagu yang berentap di pentas Anugerah Juara Lagu 36:

LAGU

PENYANYI

KOMPOSER

PENULIS LIRIK

MIMPI

HAQIEM RUSLI

HAQIEM RUSLI & DATO A.AIDA 

HAQIEM RUSLI & DATO A.AIDA 

SEPI

AINA ABDUL

AINA ABDUL

AINA ABDUL & WAN ZAKARIA

NAFAS CINTA

KHAI BAHAR & AINA ABDUL

KHAI BAHAR & AINA ABDUL

AINA ABDUL & WAN ZAKARIA

BONEKA

ERNIE ZAKRI

OMAR K,IQIE HUGH & FIRDAUS RAHMAT

OMAR K,IQIE HUGH & FIRDAUS RAHMAT

PURNAMA 

NAIM DANIEL

AMZAR RAZQA & NAIM DANIEL

AMZAR RAZQA

PELUKAN ANGKASA

SOG X SHILA AMZAH

RAJA NAZRIN SHAH

FAZLEENA HISHAMUDDIN

INTAN PAYUNG

NORANIZA IDRIS & BUNGA

LUCA SICKTA, BUNGA & AMZAR RAZQA

BUNGA & SIQMA

SALAHKU 

YONNYBOII

YONNYBOII

YONNYBOII

AEWO

SHIHA ZIKIR FT NOKI

EZRA KONG

EZRA KONG & NOKI

LARA

HAEL HUSAINI, NAIM DANIEL & HAQIEM RUSLI

HAEL HUSAINI & MFMF

HAEL HUSAINI, NAIM DANIEL & HAQIEM RUSLI

ANGKARA

SITI NORDIANA

SHARON PAUL

FEDTRI YAHYA & NANA ALIAS

CINTA

MARSHA MILAN

BUNGA CANTIK & HANG NADIM

HANG NADIM


Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang Anugerah Juara Lagu 36, layari laman web rasmi www.anugerahjuaralagu.com dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia. 



Comments

Popular posts from this blog

Salammusik menyeru agar segera menghentikan kitaran keganasan antara Israel dan Palestin ini.

  Kumpulan tempatan Salammusik menggunakan kreativiti mereka untuk memberi kesan positif, mengenai keadaan atau situasi semasa dengan catatan baru mereka "Kuasa".   Punca keganasan yang sama selama beberapa dekad: kesan dari konflik yang tidak dapat diselesaikan antara Israel dan Palestin. Lebih dari satu abad mereka berjuang untuk tanah antara Laut Mediterranean dan Sungai Jordan.   “Selagi konflik ini tidak dapat diselesaikan, ia akan berlaku berulang kali. Kita harus menyatukan para pemimpin dan mengembalikan pihak-pihak ke meja rundingan. Penggunaan kekuatan hanya menimbulkan lebih banyak kebencian ”, tegas Salammusik   Menurut Institut Penyelidikan Keamanan Antarabangsa Stockholm (SIPRI), jumlah perbelanjaan ketenteraan global meningkat kepada $1981 bilion pada tahun lalu. Melihat dengan lebih mendalam, anda akan menjumpai banyak syarikat yang memperoleh keuntungan berbilion dolar setiap tahun kerana perperangan.   “Kami percaya bahawa para pemimpin perl

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.