Skip to main content

Tewas, kolaborasi Farahdhiya & rapper Korea Selatan, Denis



 Nama Farahdhiya bukan lagi asing dalam industri hiburan tanah air. Dia bukan sahaja dikenali sebagai penyanyi yang bagus, tapi juga berbakat dalam bidang lakonan.


Biarpun Farahdhiya cukup dikenali dengan lagu balada, namun kemampuannya menyanyikan lagu dari pelbagai genre ketika menyertai program Gegar Vaganza musim kedua membuka mata ramai pihak.


Terbaharu Farahdhiya, 38, atau nama sebenarnya Farahdhiya Mohd Amin muncul dengan single Tewas yang mana merubah 360 darjah genre muzik yang sering dibawakan dalam kebanyakan lagu sebelum ini.




Menariknya, lagu Tewas yang bergenre Electronic Dance Music (EDM) turut menampilkan rapper dari Korea Selatan iaitu Denis dengan menggunakan tiga bahasa iaitu Melayu, Inggeris dan Korea. 


Percaya akan kualiti lagu ciptaan sepenuhnya oleh Pown Hasril, Karim Karam, Otromen, Nass dan DL itu, Farahdhiya tidak mahu menggunakan pendekatan gimik keterlaluan seperti dilakukan segelintir penyanyi.


“Untuk lagu ini tiada sebarang gimik sebab saya seorang yang ‘simple’ dan ‘straight forward’. Jadi nak keluar lagu kita buat cara biasa sahaja. Pada saya jika itu lagu yang bagus, penyanyinya bagus atau produknya baik kalau buat dengan cara yang biasa pun tiada masalah. 


“Kadang-kadang kita tengok sendiri orang buat gimik sampai ada yang memalukan diri dan nampak bodoh sehingga dikecam. Saya tak sanggup semata-mata nak buat gimik sebegitu dan saya tidak perlukan itu. Bila nak keluar lagu, kita keluarkan lagu sahaja,” katanya.


Menurut Farahdhiya yang popular menerusi lagu Bertakhta Di Hati, dia yakin dengan lagu Tewas tinggal lagi memerlukan publisiti dan promosi yang bagus.


“Saya sangat yakin dengan lagu ini. Setiap kali saya keluarkan lagu baharu tak kisah ia meletup ataupun tidak saya selalu ada keyakinan. Sebab bila kita dengar kita tahu lagu itu sedap. Cumanya sesebuah lagi itu jika tidak meletup tidak semestinya ia tidak sedap dan bagus. 


“Mungkin ia berpunca dari segi publisiti dan promosi. Seperti saya cakap, saya sangat yakin dengan lagu ini dan ia adalah lagu yang bagus. Saya harap dapat sokongan daripada semua pihak,” katanya.


Teruja 


Berkongsi lanjut mengenai lagu Tewas itu, Farahdhiya berkata pertama kali mendengar lagu itu dia terus jatuh cinta dan bersetuju untuk merakamkannya.


“Diakui orang mengenali saya dengan lagu balada, jadi ini perkara baharu daripada saya dan saya sangat seronok. Kita pun mengikut peredaran zaman kerana lagu sebegini sekarang tengah ‘in’. 


“Pertama kali dapat lagu ini saya terus setuju sebab saya sukakan melodinya yang ‘catchy’. Pada saya lagu sebegini cita rasa orang sekarang. Ini memang satu jenama baharu daripada saya dan saya sangat teruja. Ditambah pula lagu ini menggunakan tiga bahasa. Saya fikir ini peluang untuk menjayakan lagu ini,” katanya.


Menurut Farahdhiya, muzik EDM bukanlah asing dalam hidupnya kerana pernah mempersembahkan lagu dari genre itu ketika zaman sekolah.


“Muzik sebegini sebenarnya tidak asing bagi saya kerana pernah mempersembahkannya ketika zaman sekolah dan juga untuk ‘Gigs’. Saya pernah menyanyikan lagu sebegini yang bergenre hip hop dan ada elemen EDM. 


“Cuma orang tidak tahu berkenaan itu. Jadi saya teruja dengan genre yang saya buat ini ditambah pula bersama penyanyi rap baharu dari Korea Selatan, Denis,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Farahdhiya berkongsi jadual kerjaya seninya padat selepas aktiviti seni kembali dibenarkan beroperasi selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


“Sejak dibenarkan bekerja semula pada Oktober tahun lalu, Alhamdulillah jadual saya sangat padat sampai sekarang. Nyanyian dan lakonan seiring. Saya sibuk menjayakan persembahan korporat dan makan malam. Tawaran berlakon pun tak berhenti.


“Memang agak sibuk sebenarnya sejak mula dibenarkan bekerja semula dan fokus sekarang dengan lagu terbaharu ini. Ada juga beberapa drama yang akan keluar seperti Roti Cicah Susu yang akan ditayangkan di saluran Astro Ria tak lama lagi. Ada juga drama dengan penstriman Viu. Kerjaya saya berjalan dengan lancar Alhamdulillah,” katanya.


Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT 5 RUKUN GABUNG LIMA ARTIS NASYID TERKEMUKA, KESINAMBUNGAN DARIPADA ALBUM SAHABAT SELAMANYA

  Hiburan dakwah adalah suatu pendekatan yang cukup relevan pada masa kini khususnya untuk golongan muda pada zaman ini yang banyak sekali terdedah dengan hiburan dan muzik dari barat. Ia juga satu medium untuk mendidik akhlak, menerapkan pemahaman tentang ilmu Islam, meningkatkan keimanan dan meningkatkan keinsafan manusia terhadap Allah SWT sebagai Tuhan Yang Menciptakan Alam Semesta ini. Bagi membantu melonjakkan semula kegemilangan irama nasyid agar ia kembali bernafas semula serta mampu mencetuskan fenomena seperti mana yang pernah berlaku pada awal 90-an dahulu, MAC Training Centre Sdn Bhd telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan KONSERT 5 RUKUN yang bakal diadakan di ZEPP, KUALA LUMPUR pada 15 September , bermula 8.30 malam. Bakal berlangsung selama dua jam, konsert ini juga turut mengangkat lima karektor utama yang diraikan di dalam sejarah industri nasyid Malaysia iaitu Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestica dan Daqmie @ Azmi Manap.  Ia juga sebagai satu kesinam