Mudah Betul Cair Sampai Tersingkir – Iman Troye Rupanya Aiskrim Roti!




Tiada lagi kemanisan si Aiskrim Roti apabila identitinya didedahkan pada minggu kelima The Masked Singer Malaysia (TMSM) musim kedua! Akhirnya, setelah empat minggu membuat tekaan yang salah, juri tetap berjaya ‘hit the bullseye’ dengan mendedahkan identiti di sebalik topeng Aiskrim Roti adalah penyanyi dan personaliti media yang popular, Iman Troye!

 

“Iman rasa berdebar bila duduk atas stage yang sangat besar untuk menunjukkan side lain dan bakat Iman kepada orang ramai,” katanya selepas dia tidak dapat menyorokkan nada suaranya untuk mengelirukan orang ramai.

 

Lebih mengejutkan, tujuh orang daripada juri-juri TMSM termasuk Datuk Aznil Hj. NawawiRamona ZamzamRemy IshakAmy MasturaZizan RazakRaja Azura dan Michael Ang berjaya mengumpul satu markah apabila mereka berjaya meneka nama Iman Troye sebagai wajah disebalik topeng Aiskrim Roti. Fuh, makin terer lah juri-juri kita pada episod kali ini! Zizan Razak, yang telah meraih tiga markah setakat ini menjadi juri dengan markah tertinggi, lantas kekal menjadi calon Anugerah ‘Tekaan Juri Paling Gempak’ diikuti oleh Datuk Aznil Hj. Nawawi dan Remy Ishak.

 

Minggu kelima ini, program yang penuh dengan misteri ini menyaksikan tiga selebriti disebalik kostum Ratu Semut, Periuk Kera dan Aiskrim Roti terpaksa akur dengan pemarkahan juri yang meletakkan mereka di ‘bottom three’. Dengan markah terendah sebanyak 71.11%, Iman yang mempersembahkan lagu Assalammualaikum oleh Faizal Tahir tersingkir dari program nyanyian anjuran Astro Warna itu dan mendedahkan identitinya kepada para juri dan audiens! Ini secara tidak langsung akan membawa 9 selebriti disebalik topeng OrkidRambutan, Seladang, Burung hantu, Mat Penyu, Bujang Senang, Si Merak, Ratu Semut dan Periuk Kera ke minggu seterusnya.

 

Apakah yang bakal terjadi di episod seterusnya? Siapakah yang akan tersingkir? Ikuti program mengujakan ini di Astro Warna (Saluran 127) dan Warna HD (Saluran 107) pada setiap Jumaat, jam 9 malam.

 

Program ini juga boleh distrim secara eksklusif menerusi On Demand dan di aplikasi Astro GO untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Comments

Popular posts from this blog

5 SELEBRITI POPULAR MALAYSIA BERGURU DENGAN 8 MASTER DARI KOREA DAN MALAYSIA

MUSIC OF THE SOUL :AN EVENING BERSAMA DATO’ SRI SITI NURHALIZA

Gadis Pilot Lancar Single Terbahru Ceritaku - Farah Rose