Juara Big Stage 2022 Milik Elica Paujin

 



Kemenangan penyanyi kelahiran Tambunan, Sabah itu membolehkannya membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 dan trofi. Elica Paujin, 23, diumumkan sebagai juara Big Stage 2022 pada pentas akhir yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC),


Naib juara yang menawarkan hadiah wang tunai RM50,000 dan trofi pula disandang oleh penyanyi Daniel Chuer.

Tempat ketiga dimenangi oleh penyanyi Aisha Retno yang membawa pulang hadiah wang tunai RM25,000 berserta trofi. 




Tempat keempat menjadi milik penyanyi Yazmin Aziz manakala  Tegar Septian hanya mampu berpuas hati menduduki tempat kelima. Masing-masing membawa pulang RM15,000 dan RM10,000. 

Konsert akhir Big Stage 2022 yang dihoskan Alif Satar dan Sherry Alhadad menampilkan juri tetap Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ajai, dan Aliff Aziz.

Lebih meriah, Aina Abdul diundang sebagai juri jemputan bersama-sama dengan selebriti Elly Mazlein yang menggalas tanggungjawab sebabai juri pedas dan usahawan sensasi, Datuk Seri Vida sebagai presiden netizen.

Sementara menanti keputusan diumumkan, penonton dihiburkan dengan persembahan mantap dan memukau daripada Siti dan Aina.

Comments

Popular posts from this blog

5 SELEBRITI POPULAR MALAYSIA BERGURU DENGAN 8 MASTER DARI KOREA DAN MALAYSIA

MUSIC OF THE SOUL :AN EVENING BERSAMA DATO’ SRI SITI NURHALIZA

Gadis Pilot Lancar Single Terbahru Ceritaku - Farah Rose