Skip to main content

, Lah Ahmad muncul dengan lagu terbaharu – “Alhumaira”

Penyanyi terkemuka tanah air, Lah Ahmad bakal 
muncul dengan lagu terbaharu, Alhumaira. Bersempena itu, sebuah sesi pra-dengar dan pra-
tonton video lirik rasmi bersama para media telah berlangsung di Damansara. 
Lagu yang berkonsepkan Balada R&B ini telah mendapat sentuhan sepenuhnya oleh Hafiz 
Hamidun. Kali ini Hafiz Hamidun mencuba sebuah komposisi yang berbeza di dalam lagu 
Alhumaira, seiring dengan vokal yang menyerlah dan penghayatan yang sempurna dari Lah 
Ahmad.
Kolaborasi pertama bersama Hafiz Hamidun
“Ini merupakan kali pertama saya berkolaborasi dengan Hafiz sebagai penerbit dan komposer
untuk lagu saya. Walaupun kami merupakan rakan industri muzik dan beberapa kali membuat 
persembahan bersama, namun kerjasama kali ini sangat istimewa.
“Apabila Hafiz mengirimkan ‘demo’ Alhumaira, saya dapat merasakan kekuatan melodi lagu 
ini dan lagu ini sangat dekat dengan perasaan saya. Setelah berbincang melalui pihak 
pengurusan saya dan Hafiz, kami bersetuju untuk merakamkan lagu ini. Sesi rakaman telah 
berlangsung pada pertengahan bulan Oktober 2023, dua minggu selepas Konsert Jatuh Cinta 
saya di Istana Budaya berlangsung.” – Lah Ahmad
Lah Ahmad penyanyi paling sesuai untuk Alhumaira
“Ilham untuk melodi Alhumaira datang secara tidak sengaja. Setelah demo asas lagu ini 
selesai, saya tidak fikirkan penyanyi lain untuk menyampaikannya kecuali Lah Ahmad. 
Walaupun dengan kesibukan Lah Ahmad dengan persembahan dan lakonan, saya rasa tidak 
salah jika saya mencuba melamar beliau untuk menyanyikan lagu ini .

“Pada awalnya, demo lagu ini tanpa lirik yang lengkap, kecuali perkataan ‘Alhumaira’ di 
bahagian chorus. Setelah Lah bersetuju untuk menyanyikan lagu ini, saya terus mengarang 
lirik yang sesuai untuk ‘Alhumaira’. Alhumaira itu bermakna putih kemerah-merahan, dan 
melambangkan cinta dan kecantikan. Walaupun ia berasal dari perkataan Bahasa Arab, saya 
cuba mentafsirkan perkataan Alhumaira sebagai simbolik wanita yang disayangi, dicintai dan 
dikasihi.” – Hafiz Hamidun 

Alhumaira bukan lagu 
cinta kosong
“Sebagai seorang penyanyi, 
saya akan mendalami 
maksud lirik yang ingin 
disampaikan. Setelah saya 
menghayati bait-bait lirik 
lagu ini, saya merasakan 
Alhumaira bukan sekadar 
lagu cinta semata-mata, 
tetapi adalah tentang 
kesyukuran dan kesetiaan
seorang lelaki kepada 
wanita yang dicintainya. 
“Saya juga merupakan seorang suami, jadi lagu ini begitu istimewa jika disampaikan untuk 
isteri tersayang. Pada saya, kelembutan seseorang wanita itu akan dikuatkan oleh janji dan 
setia seorang suami. Saya harap para pendengar juga dapat merasakan perasaan yang sama.”
– Lah Ahmad

Lagu ini akan berada di semua platform digital seperti Spotify, Apple Music, TikTok,
Instagram dan lain-lain mulai 24 November 2023, tepat jam 12 malam. Lirik video rasmi 
Alhumaira akan disiarkan di YouTube tepat jam 12 tengahari pada hari yang sama. Para 
peminat boleh melayari pautan https://lah.lnk.to/alhumaira untuk strim dan muat turun 

Alhumaira dari Lah Ahmad.
Alhumaira diterbitkan oleh Arteffects Sdn. Bhd. dan diedarkan oleh Sony Music Entertainment 
Sdn. Bhd.

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

Wings Tawar Harga ‘Rahmah’, Hargai Sokongan Peminat Muzik itu satu rakaman masa, ianya terus berevolusi bergerak merentas zaman malah mendedikasikan sebuah revolusi buat penggemar baru dan lama, begitu juga dengan Wings yang terus terbang menggapai kejayaan yang seakan tiada noktah malah pasti ada kejutan dalam membina empayar dan perluasan pengaruhnya. Justeru itu tidak hairanlah mengapa Wings terus ‘meragut magis’ ratusan malah ribuan peminat yang sentiasa dahagakan aksi bertenaga Wings di atas pentas. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur’ menjadi wadah signifikasi yang seterusnya dengan tema yang dibawa! ‘Kuasa dan kemenangan’ itu telahpun  dicipta di pentas The Star Theatre , Singapura pada 29 Julai lalu,  tidak adil rasanya ‘kuasa’ itu tidak digagaskan di Malaysia apatah lagi ianya tempat di mana Wings ditubuhkan sejak 38 tahun yang lalu. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter’ dianjurkan oleh Rumah Produksi Merah manakala Awie Entertainment bertindak seba